Belum 29 September Lagi, Tapi Hantu Nights Of Fright ‘Dah Serang’ Office BuzzKini [Video]

Perasaan takut merupakan salah satu sifat yang wujud pada setiap manusia.

Malah setiap di antara kita mempunyai rasa takut terhadap perkara yang berbeza contohnya ada yang takut kepada tempat yang tinggi, ada yang takut kucing dan ada juga yang takut kepada perkara mistik.

Bercakap mengenai perkara mistik seperti hantu atau zombie (mayat hidup) yang sering menghantui manusia pasti ada di antara anda yang meminati perkara ini.

Malah ada di antara peminat mistik ini sanggup berkunjung ke tempat yang menakutkan seperti rumah berhantu untuk melihat sendiri sosok mistik berkenaan tidak kiralah secara semula jadi atau yang direka oleh orang ramai.

Zombie NOF9 datang hantui pejabat kami

Baru-baru ini, pejabat BuzzKini dan portal saudara kami The Rakyat Post (TRP) telah ‘diserang’ oleh hantu-hantu yang menakutkan dari Nights Of Fright 9 (NOF9) Sunway Lagoon.

Serius seram!

Malah lebih parah lagi, ada di antara rakan kami turut mengalirkan air mata kerana terkejut dengan kehadiran lembaga terbabit.

Bawa pelbagai karakter hantu

Kunjungan pada 23 Ogos lalu itu turut disertai beberapa karakter-karakter mistik seperti wanita zombie, arnab berpewatakan psiko dan juga zombie yang sentiasa dengan mesin gergajinya.

Tujuan Sunway Lagoon membuat kunjungan ke pejabat kami bukanlah sekadar untuk memperkenalkan karakter terbabit sahaja.

NOF9 bakal hantui pengunjung bermula 29 September ini

Sebaliknya untuk memberi satu pengalaman baharu kepada semua kakitangan mengenai NOF9 yang bakal berlangsung pada 29 September hingga 31 Oktober ini di Sunway Lagoon.

Bukan hanya itu, apa yang lebih menarik kedatangan karakter-karakter dalam pada sama turut menghiburkan kami dengan gelagat mereka bersama peralatan prop yang sama bakal digunakan ketika NOF9 nanti.

Antara tarikan yang menarik

Untuk pengetahuan anda pada NOF9 ini antara aktiviti menarik yang dijanjikan oleh Sunway Lagoon kepada bakal pengunjung:

  • 8 rumah hantu
  • 1 teater hantu
  • 2 zon menakutkan
  • 11 tunggangan yang mencabar
  • 2 persembahan pentas

Oleh itu, berita baik buat anda yang berminat untuk berkunjung ke NOF9 yang ingin menguji ‘level’ ketakutan, tiket kini telah mula dijual di laman sesawang Sunway Lagoon.

Setiap tiket dijual pada harga RM128 dan pengunjung bakal mendapat satu aksesori kepala berbentuk tanduk syaitan.

Foto: Sunway Lagoon

Selain tiket masuk Sunway Lagoon turut menawarkan beberapa pakej lain seperti:

  • Pakej 1: Express pass dan kemasukan seawal jap 7 petang berharga RM98
  • Pakej 2: Express pass dan kemasukan awal berharga RM108 dimana pengunjung turut berpeluang untuk masuk ke 1 Sk8te City.

Kemasukan adalah setiap hari Jumaat, Sabtu dan juga Ahad sepanjang NOF9 berlansung.

Jadi tunggu apa lagi? Jangan biarkan kami sahaja yang dihantui NOF9 anda pun kena rasai pengalaman yang menakutkan dan luar biasa ni.

Baca artikel berkaitan:

Recent Posts

  • Trending

Dituduh Tak Cakna Isu Di Rafah, Ning Baizura Akhirnya Tampil Beri Penjelasan [Video]

Menurut Ning Baizura, dia juga tahu mengenai apa yang berlaku di Palestin, tidak seperti apa…

18 hours ago
  • Trending

Islam Tidak Merestui Perbuatan Atau Penganjuran ‘Speed Dating’ – Mufti Pulau Pinang

Difahamkan, program cari jodoh itu terbuka buat mereka yang berusia 25 hingga 35 tahun dan…

2 days ago
  • News
  • Trending

KPN Sahkan Suspek Kes Serangan Balai Polis Ulu Tiram Anggota JI, 7 Individu Ditahan

Menurut KPN, suspek telah membuat persediaan untuk menyerang Balai Polis Ulu Tiram berkenaan kerana menggunakan…

2 days ago
  • Trending

“Mentaliti Rendah” – Pemandu Parkir Kereta Di Selekoh & Pejalan Kaki Dikecam

Pemandu kereta jenis Lamborgini Hurucan, MPV dan SUV itu meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya…

2 days ago
  • Hiburan
  • Trending

Fatiya Latiff Dedah Hidap Skizofrenia, Mohon Maaf Pada Ibu Dalam Ucapan Hari Jadi

Skizofrenia merupakan penyakit mental kronik yang menyebabkan berlaku gangguan pemikiran secara serius.

2 days ago
  • Trending

“Tak Perlu 8 Bulan”- Dr Akmal Saleh Bantu Selesai Masalah Ketiadaan Meja & Kerusi Dalam Tempoh 24 Jam [Video]

Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu melakukan lawatan mengejut ke sekolah rendah agama berkenaan…

2 days ago