Membaca al-Quran dan beramal dengannya merupakan perkara yang baik dan disarankan.
Malah Allah SWT menjanjikan pelbagai kebaikan dan ganjaran buat mereka yang beramal dengan al-Quran termasuklah menghafaznya.
Oleh itu, segelintir ibu bapa mengambil inisiatif untuk menghantar anak mereka kepada guru atau institusi tertentu bagi membentuk si kecil menjadi seorang hafiz atau hafizah.
Tidak kurang juga ada yang mengambil kesempatan untuk menghantar anak mereka bagi pertandingan hafazan, membaca al-Quran serta banyak lagi.
Perkara ini sama seperti video yang tular memaparkan seorang kanak-kanak lelaki yang memasuki pertandingan hafazan dipercayai di Sabah.
Menerusi video yang dimuat naik oleh @mimie.pileh di TikTok, kedengaran juri meminta kanak-kanak lelaki itu untuk membacakan surah Al-Qariah.
Kanak-kanak itu kemudian memulakan bacaannya dengan membaca basmalah (Bismillahhirohmannirohim).
Dia kemudian membaca dengan kuat dan penuh bersemangat menggunakan mikrofon.
Namun sebaik membaca ayat ke empat kanak-kanak itu menghentikan bacaannya sebelum secara spontan mengatakan yang dia belum menghafal surah tersebut sepenuhnya.
Penonton yang mendengar perkara itu lantas tertawa dengan jawapan spontan dan comel kanak-kanak berkenaan.
“Tak hafal ke?” tanya juri berkenaan.
“Belum hafal,” katanya sambil tersenyum.
Dalam satu lagi video yang dimuat naik oleh Mimie, awalnya kanak-kanak itu telah diminta untuk membacakan beberapa surah seperti al-Fatihah, Ad-Dhuha, Zalzalah dan terakhir al-Humazah.
Semuanya dapat dibacakan dengan baik, kecuali surah al-Qariah kerana dia belum menghafal surah berkenaan.
Menurut Mimie, bagi seseorang yang menghafaz al-Quran terutama anak kecil, sekiranya mereka mengatakan belum hafal itu bermaksud dia sememangnya tidak hafal surah terbabit.
Melihat di ruangan komen, ramai yang terhibur si kecil itu selain turut menyifatkan dia sangat comel.
Ada juga menyatakan dia bagus kerana jujur apabila menjawab dia belum menghafal surah berkenaan.
Menurut Ketua Polis Daerah Barat Daya, insiden berkenaan belaku di sebuah rumah yang terletak di…
Berdasarkan rakaman terbabit, kelihatan pemilik dashcam yang melalui jalan berkenaan pada waktu awal pagi semalam…
Ekoran daripada video memasak mi segera di stesen minyak tersebut polis membuka kertas siasatan di…
Keseluruhannya yang mana satu lebih berbaloi? Sama ada MHflypass ASEAN oleh MAS atau ASEAN Explorer…
Menurut Fahmi, akaun Meta Malaysia Gazette telah dinyahaktif sehingga terpaksa membuka akaun baru.
Jelas pelantun lagu Sumpah itu, komen yang dilemparkan telah lari dari objektif asal ciapannya di…