“Belum Hafal”- Gelagat Comel Budak Lelaki Ketika Pertandingan Hafazan Buat Ramai Terhibur [Video]
Kanak-kanak lelaki itu bagaimanapun berjaya menghafaz empat surah dengan baik iaitu al-Fatihah, Ad-Dhuha, Zalzalah dan juga al-Humazah.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Membaca al-Quran dan beramal dengannya merupakan perkara yang baik dan disarankan.
Malah Allah SWT menjanjikan pelbagai kebaikan dan ganjaran buat mereka yang beramal dengan al-Quran termasuklah menghafaznya.
Oleh itu, segelintir ibu bapa mengambil inisiatif untuk menghantar anak mereka kepada guru atau institusi tertentu bagi membentuk si kecil menjadi seorang hafiz atau hafizah.
Tidak kurang juga ada yang mengambil kesempatan untuk menghantar anak mereka bagi pertandingan hafazan, membaca al-Quran serta banyak lagi.
Kanak-kanak masuk pertandingan hafazan
Perkara ini sama seperti video yang tular memaparkan seorang kanak-kanak lelaki yang memasuki pertandingan hafazan dipercayai di Sabah.
Menerusi video yang dimuat naik oleh @mimie.pileh di TikTok, kedengaran juri meminta kanak-kanak lelaki itu untuk membacakan surah Al-Qariah.
Kanak-kanak itu kemudian memulakan bacaannya dengan membaca basmalah (Bismillahhirohmannirohim).
Baca dengan semangat di awal ayat sebelum beritahu belum hafal
Dia kemudian membaca dengan kuat dan penuh bersemangat menggunakan mikrofon.
Namun sebaik membaca ayat ke empat kanak-kanak itu menghentikan bacaannya sebelum secara spontan mengatakan yang dia belum menghafal surah tersebut sepenuhnya.
Penonton yang mendengar perkara itu lantas tertawa dengan jawapan spontan dan comel kanak-kanak berkenaan.
“Tak hafal ke?” tanya juri berkenaan.
“Belum hafal,” katanya sambil tersenyum.
Sebelum diminta baca surah al-Qariah, kanak-kanak itu berjaya hafaz 3 surah
Dalam satu lagi video yang dimuat naik oleh Mimie, awalnya kanak-kanak itu telah diminta untuk membacakan beberapa surah seperti al-Fatihah, Ad-Dhuha, Zalzalah dan terakhir al-Humazah.
Semuanya dapat dibacakan dengan baik, kecuali surah al-Qariah kerana dia belum menghafal surah berkenaan.
Menurut Mimie, bagi seseorang yang menghafaz al-Quran terutama anak kecil, sekiranya mereka mengatakan belum hafal itu bermaksud dia sememangnya tidak hafal surah terbabit.
Melihat di ruangan komen, ramai yang terhibur si kecil itu selain turut menyifatkan dia sangat comel.
Ada juga menyatakan dia bagus kerana jujur apabila menjawab dia belum menghafal surah berkenaan.