fbpx
Now Reading
“Siap Bunyi Tarannum Weh” – Netizen Kagum Lihat Kanak-Kanak Bukan Agama Islam Ini Baca Surah Al Fatihah [Video]

“Siap Bunyi Tarannum Weh” – Netizen Kagum Lihat Kanak-Kanak Bukan Agama Islam Ini Baca Surah Al Fatihah [Video]

Ketika ditanya oleh ibunya bagaimana dia menghafal surah tersebut, Rashmika berkata dia hanya mempelajari surah berkenaan dengan sendiri di sekolah.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui surah Al-Fatihah merupakan ibu kepada isi al-Quran. Ia juga merupakan surah yang sering menjadi amalan dan sebutan dalam kehidupan seharian buat individu yang beragama Islam.

Ini kerana banyak kebaikan dan manfaat yang dapat diperolehi jika seorang muslim itu mengamalkannya. Namun siapa sangka, ada juga segelintir individu dari bangsa dan agama lain turut menghafal surah ini.

Kanak-Kanak Bangsa India Hafal Surah Al-Fatihah

Menerusi video yang dikongsikan di akaun TikTok @dhacaayani79, kelihatan seorang kanak-kanak perempuan membaca surah Al-Fatihah dengan lancar.

Pada awalnya, kanak-kanak yang dikenali sebagai Rashmika itu diminta oleh ibunya untuk membaca surah berkenaan buat rakan-rakan muslim.

“Rashmika, saya nak awak ‘nyanyi’ doa untuk kawan muslim kita,” kata ibu Rashmika.

Tanpa teragak-agak, Rashmika dilihat membaca surah berkenaan dengan lancar. Malah, apa yang menarik perhatian adalah lenggok bacaannya yang kedengaran seperti bertaranum.

Dengar Setiap Hari Di Sekolah

Ketika ditanya oleh ibunya bagaimana dia menghafal surah tersebut, menurut kanak-kanak comel itu, dia hanya mempelajari surah berkenaan dengan sendiri.

Ini kerana menurut Rashmika, sekolahnya memainkan ‘lagu’ tersebut setiap hari sehingga dia boleh menghafal surah berkenaan.

“Saya belajar sendiri, sebab setiap hari mereka ‘nyanyi’ di sekolah, jadi saya belajar dengan cepat,” jelas kanak-kanak berkenaan.

Video Raih Pujian Ramai

Video yang telah mendapat lebih 890 ribu tontonan itu nyata menarik perhatian ramai pihak. Rata-rata warganet mengagumi serta memuji kelancaran dan kepetahan kanak-kanak berkenaan mengalunkan surah pertama dalam al-Quran itu.

Malah, ada warganet yang turut berkongsikan pengalaman mempunyai rakan-rakan dari bangsa lain yang turut menghafal surah Al-Fatihah dan surah-surah lain di dalam al-Quran.

Hukum Orang Bukan Muslim Baca Surah Al-Fatihah

Untuk info, sekiranya individu bukan muslim membaca surah al-Fatihah bagi tujuan untuk menghina, maka dia dilarang dan sebagai orang Islam, kita diwajibkan menghalang perbuatannya.

Namun, sekiranya dia membaca dan menghafal surah berkenaan tanpa niat untuk menghina serta sudah terbiasa dengan persekitaran bacaan tersebut, maka, ia diharuskan dan sebagai muslim, kita harus mendoakan agar Allah mengurniakan hidayah buatnya.

Berikut antara komen warganet:

“Wahh Siap Bunyi Tarannum Weh”

“Pandainya Dia Baca Surah Al-Fatihah”

“MasyaAllah, Anak Cerdik & Terang Hati, Suara Merdu,Semoga Hidayah Milikmu”

“Ada Pesakit Aunty Saya, Dia Cina, Kalau Dia Takut Dia Akan Baca Ayat Kursi”

“Anak Murid Saya Ada Sorang Macam Ni, Qunut Nazilah Dia Boleh Baca”

Baca Artikel Berkaitan: Wanita AS Peluk Islam Lepas Pelajari Al-Quran Untuk Fahami Kekuatan Diri Rakyat Palestin

Baca Artikel Berkaitan: Aunty Terpegun Ketika Dengar Bacaan Ayat Al-Quran, Siap Minta Anak Hormati Orang Solat [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.