fbpx
Now Reading
Ini Kesalahan Yang Sering Dilakukan Makmum Masbuk, Ramai Terlepas Pandang! [Video]

Ini Kesalahan Yang Sering Dilakukan Makmum Masbuk, Ramai Terlepas Pandang! [Video]

Antara kesalahan tersebut ialah makmum menghabiskan bacaan Al-Fatihah sehingga terlepas untuk rukuk bersama-sama imam.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Agama Islam mewajibkan umatnya untuk mendirikan solat fardhu lima waktu dalam sehari iaitu solat Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak.

Solat fardhu ini boleh dilakukan secara bersendirian atau berjemaah dengan cara menjadi makmum yang mengikuti imam di hadapan.

Bagaimanapun, kesibukan dalam melakukan tugasan harian terkadang menyebabkan kita terlewat daripada memasuki saf solat berjemaah bersama imam sekali gus digelar makmum muafik atau masbuk.

Akaun TikTok masjid kongsi jenis kesalahan makmum masbuk

Susulan itu, akaun TikTok Masjid Kampung Nakhoda di Selayang, Batu Caves ini telah berkongsi beberapa kesalahan yang dilakukan oleh makmum masbuk.

Secara ringkasnya, makmum masbuk bermaksud jemaah yang tidak sempat menghabiskan bacaan Al-Fatihah sebelum imam rukuk.

Tak lakukan takbiratul ihram, terus sujud bersama imam

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @masjid.kg.nakhoda, kesalahan pertama yang sering dilakukan oleh makmum masbuk ialah tidak melakukan takbiratul ihram.

Sebagai contoh, makmum terbabit terus rukuk bersama-sama imam dan jemaah yang lain selepas memasuki saf.

Bagi kesalahan itu, hukum solat yang dilakukan secara tidak langsung menjadi terbatal dan perlu melakukan solat semula.

Tidak toma’inah bersama imam

Kesalahan kedua pula yang selalu dilakukan jemaah yang terlewat ialah tidak toma’inah dalam rukuk bersama-sama imam.

Contohnya, seorang lelaki yang terlewat memasuki saf lalu melakukan takbiratul ihram dan terus rukuk, namum pada ketika itu, imam sudahpun sujud, ini bermakna dia tidak sempat untuk melakukan toma’inah bersama imam dan jemaah yang lain.

Baca Al-Fatihah sehingga habis sampai terlepas untuk rukuk dan toma’inah bersama imam

Kesalahan ketiga pula, ialah menghabiskan bacaan Al-Fatihah selepas takbiratul ihram sehingga terlepas untuk rukuk bersama-sama imam.

Untuk info, makmum masbuk yang terlewat memasuki saf tidak wajib membaca Al-Fatihah kerana perlu melakukan rukuk dan toma’inah bersama-sama imam sebelum sujud dan melakukan rukun solat yang lain.

Bagi yang ingin tahu dan melihat secara visual pula, anda boleh menonton video penuh di TikTok yang kami sertakan di bawah ini:

Sedikit info tambahan, makmum muafik pula bermaksud mereka yang sempat menghabiskan bacaan Al-Fatihah sebelum imam rukuk.

Diharapkan perkongsian ini dapat membantu anda bagi memperbetulkan cara untuk solat berjemaah sekiranya menjadi makmum masbuk.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.