fbpx
Now Reading
Bapa Zayn Rayyan Pengsan Beberapa Kali Sejurus Terima Berita Penemuan Jasad Anaknya [Video]

Bapa Zayn Rayyan Pengsan Beberapa Kali Sejurus Terima Berita Penemuan Jasad Anaknya [Video]

Dalam pada itu, pihak polis pula menyatakan kawasan penemuan Zayn merupakan lokasi yang sama sebelum ini termasuk dalam radius pasukan mencari dan menyelamat (SAR).

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Hati ibu bapa mana yang tidak luluh, apabila anak kesayangan meninggal dunia, namun itulah takdir dan ketentuan daripada Allah SWT yang harus diterima sebagai hambaNya.

Begitu juga yang dilalui sepasang suami isteri ini apabila anak mereka, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang sebelum ini dilaporkan hilang di kawasan kediamannya di Apartment Idaman, Damansara Damai, Petaling Jaya sejak Selasa lalu (5 Disember), telah ditemui dalam keadaan tidak lagi bernyawa.

Zayn Rayyan ditemui meninggal dunia di anak sungai berdekatan Apartment Idaman

Zayn, enam tahun yang juga kanak-kanak autisme itu ditemui meninggal dunia di anak sungai berdekatan kawasan kediamannya pada jam 10 malam semalam (6 Disember).

Mangsa ditemui dalam keadaan terbaring di sungai yang jaraknya kira-kira 200 meter dari blok kediamannya.

Laungan ‘Allahuakbar’, tangisan & bapa Zayn pengsan selepas penemuan jasad mangsa

Lapor Berita Harian, laungan ‘Allahuakbar’ dan tangisan hiba memecah keheningan malam di kawasan apartment terbabit selepas jasad Zayn ditemui.

Lebih memilukan lagi, bapa Zayn juga dilihat sukar menerima berita penemuan anaknya itu selain pengsan beberapa kali semasa ditenangkan oleh jiran-jirannya.

Tempat penemuan adalah lokasi sama dalam radius pencarian pasukan SAR

Dalam pada itu, pihak polis pula menyatakan kawasan penemuan Zayn merupakan lokasi yang sama sebelum ini termasuk dalam radius pasukan mencari dan menyelamat (SAR).

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan faktor hujan lebat dan air naik di kawasan tersebut menyebabkan mangsa tidak dapat ditemui sebelum ini.

“Kita kemudian memanggil Unit Forensik Polis Selangor, sebelum membawa mayat Zayn ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk proses bedah siasat.

“Pada masa ini kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR) sebelum sebarang keputusan diperoleh,” katanya dipetik Kosmo.

Zayn hilang pada 12 tengah hari Selasa dalam keadaan lengkap berseragam sekolah

Terdahulu, kehilangan Zayn Rayyan mula mendapat perhatian ramai selepas ibunya berkongsi mengenai berita tersebut selain menyeru bantuan orang ramai untuk mencari anaknya di media sosial.

Zayn dilaporkan hilang sejak 12 tengah hari kelmarin dalam keadaan lengkap berpakaian seragam sekolah.

Kami mengucapkan salam takziah buat seluruh ahli keluarga Allahyarham adik Zayn, semoga mereka diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menempuhi dugaan ini.

Baca Artikel Berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.