Seorang kanak-kanak lelaki autisme yang berusia enam tahun dilaporkan hilang sejak 12 tengah hari Semalam (5 Disember).
Kehilangan kanak-kanak itu dikongsikan oleh ibunya di akaun Facebook Sarina Yusof sebelum ia disebarkan di platform media sosial yang lain.
Hilang dalam keadaan lengkap berpakaian sekolah
Menurut ibunya, kanak-kanak yang dikenali sebagai Zayn Rayyan itu hilang dalam keadaan lengkap berpakaian seragam sekolah.
“Assalamualaikum semua, minta tolong jika ada ternampak anak saya seperti dalam gambar, anak saya hilang dari jam 12 tengah hari,” katanya.
Pegang dahuluu dan segera hubungi jika jumpa
Dalam pada itu, dia turut meminta orang ramai memegang anaknya terlebih dahulu sekiranya terjumpa dan segera menghubungi dirinya.
“Jika ternampak sila hubungi saya (011-33119578). Anak saya OKU, Autisme, tak boleh bercakap. Jika nampak sila pegang dia dulu ya dan terus hubungi saya, terima kasih,” katanya.
Zayn Rayyan yang berketinggian 120cm kali terakhir dilihat berpakaian baju sekolah berkolar warna putih, berseluar hitam, dan berkasut sekolah selain mempunyai lencana Sekolah Kebangsaan Damansara Damai 2 (SKDD2).
Kami turut mendoakan agar adik Zayn Rayyan berada dalam lindungan Allah SWT dan akan segera ditemui.