Pelajar Malaysia Ditahan Di Norway Selepas Disyaki Mengintip, Ini Info Yang Diketahui Setakat Ini

Seorang pelajar lelaki Malaysia ditahan di Norway selepas dipercayai terlibat dengan aktiviti pengintipan.

Pelajar berkenaan yang berusia 25 tahun ditahan kerana dikatakan melakukan pengintipan dengan melakukan aktiviti risikan isyarat di negara itu, termasuk melakukan wiretapping (pemantauan telefon).

Siapa suspek?

Difahamkan suspek yang identitinya masih dirahsiakan berstatus seorang pelajar namun dia tidak berdaftar dengan mana-mana institusi pendidikan di Norway.

Bahkan dia juga hanya berada di negara itu untuk tempoh masa yang singkat.

Menurut The Star yang memetik NRK, meskipun lelaki itu berasal dari Malaysia, tidak timbul isu atau dakwaan yang mengaitkannya dengan Malaysia.

Ditahan pada 8 September, namun mengaku tak bersalah sewaktu siasatan awal

Dia difahamkan telah ditahan oleh Perkhidmatan Perisikan Norway (PST) pada Jumaat, 8 September sebelum dihadapkan ke mahkamah pada 10 September.

Dia kini ditahan selama empat (4) minggu di mana dua minggu pertama akan diletakkan di dalam sel berasingan.

Suspek bagaimapun mengaku tidak bersalah sewaktu disiasat oleh polis.

Malah pihak berkuasa Norway juga tidak mendedahkan negara manakah yang diintip oleh pemuda itu.

“Kami belum pasti apa yang sedang kami hadapi. Kami berada dalam fasa kritikal, awal dan terdedah dalam siasatan.

“Dia (suspek) didakwa menggunakan pemasangan teknikal untuk risikan isyarat haram,” kata peguam PST, Thomas Fredrik Blom kepada NRK.

Polis ada bukti dari kamera pengawasan

Menurut Nordic Page pula, pihak berkuasa mempunyai bukti dari kamera pengawasan memperlihatkan kereta sewa suspek melakukan pengintipan di beberapa lokasi penting antaranya di :

  • Kuarters Kerajaan
  • Pejabat Perdana Menteri
  • Kementerian Pertahanan

Polis rampas beberapa peranti dan alatan elektronik

Polis Norway turut berjaya merampas beberapa peranti dan alatan elektronik sewaktu penahanan suspek. Kesemua item tersebut kini dalam siasatan pihak berkuasa.

Agensi keselamatan di sana turut mengesyaki mungkin terdapat lebih ramai individu yang terlibat dalam kes itu, memandangkan aktiviti berkenaan agak rumit selain ia dilakukan secara besar-besaran.

Bagaimanapun mereka tidak mendedahkan sama ada suspek mempunyai mana-mana indivu lain yang terlibat atau menyatakan tujuannya ke sana.

Malah suspek juga dilaporkan enggan memberikan sebarang kenyataan kepada PST. Namun menurut peguam bela, Aase Karin Sigmond, dia berada dalam keadaan tidak sihat berikutan penahanan itu yang disifatkannya sebagai dramatik.

Difahamkan suspek kini berdepan pertuduhan di bawah Seksyen 121 Kanun Jenayah, yang membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun bagi individu yang mengumpul atau memiliki maklumat rahsia yang boleh membahayakan kepentingan negara itu.

Recent Posts

  • Hiburan
  • Trending

Blockout2024: Naim Daniel Buat Laporan Polis, Dedah Ibu Bapa Diugut Bunuh

Jelas pelantun lagu Sumpah itu, komen yang dilemparkan telah lari dari objektif asal ciapannya di…

27 mins ago
  • Info
  • Trending

Islam Larang Perbuatan Paksa Orang Melutut Mintak Maaf – Mufti Wilayah Persekutuan

Perbuatan melutut juga bercanggah dengan tuntutan syarak supaya memberi kemaafan dengan berlapang dada.

1 hour ago
  • Trending

Wanita Nekad Gugurkan Kandungan Lepas Tahu Suami Seorang Pedofilia [Video]

Menurut Nur, keputusan itu dibuat setelah anak sulungnya yang berusia 12 tahun mendedahkan perbuatan keji…

2 hours ago
  • Trending

“Bukan Semua Tanggungjawab Kami” – DBKL Jelaskan Fakta Tentang Pokok Di KL Yang Ramai Tak Tahu

Bagi pokok awam yang dijaga oleh DBKL, pihak mereka akan melakukan pemantauan berkala jika berlaku…

3 hours ago
  • News
  • Trending

“Dia Tumbuk Saya Dulu” – Tular Video ‘Elmo’ Di Melaka Pukul Lelaki Gara-gara Bengang Diganggu

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, setakat ini pihaknya tidak menerima…

3 hours ago
  • News
  • Trending

Atlet Kayak Negara Dilanggar & Diseret Pemandu Mabuk Sejauh 600 Meter

Saksi mendakwa kereta dipandu dalam keadaan melulu sebelum melanggar dan menyeret Siti Nurul Masyitah Elias.

4 hours ago