“The Ball Is Jepun?” – Ibu Pening Semak Buku Latihan Anak, Rupanya Sebab Tampal Kertas Terbalik [Video]

Sebagi seorang ibu bapa pasti kita inginkan perkara yang terbaik buat anak-anak khususnya hal membabitkan pendidikan.

Oleh itu, tugas mengajar tidak boleh diserahkan bulat-bulat kepada guru di sekolah sebaliknya sebagai ibu bapa kita perlu memainkan peranan untuk memantau pelajaran mereka.

Perkara ini termasuklah untuk menyemak kerja sekolah, tahap pendidikan dan sebagainya agar kita lebih mengetahui bagaimanakah prestasi anak ketika belajar.

Ibu pening lepas semak buku latihan anak

Baru-baru ini, tular satu video memaparkan seorang ibu yang sedang membuat semakan buku latihan anak perempuannya sehingga mengundang perhatian ramai.

Menerusi video dikongsikan oleh @Umie_Ahmad, dia dilihat sedang membuat semakan buku latihan Bahasa Inggeris milik anaknya yang kini berada di tahun 1.

Dalam latihan itu kelihatan anaknya membuat latihan mengenai preposition seperti di atas (on), di bawah (under), di dalam (in) untuk melihat sejauh mana kefahamannya mengenai topik tersebut.

Awalnya ayat dalam latihan pertama tersusun

Namun apa yang menarik perhatian, di awal video kelihatan semua ayat si kecil kelihat begitu tersusun. Namun sebaik masuk sahaja latihan kedua dia mula tertinggal satu kata hubung iaitu ‘the’ menyebabkan ayat di dalam latihan itu tidak sempurna seperti “The ball is in box”.

“Pastu mai ke sini (latihan kedua) ha dah hilang dah ‘the’. The ball is in the box. ‘The’ hilang dah,” ujarnya.

Perkataan ‘under’ jadi Jepun sebab tampal kertas terbalik

Tetapi sebaik sahaja si ibu menyelak muka surat sebelah untuk melihat latihan ketika kelihatan si anak tersilap melekatkan kertas latihannya dan menyebabkan perkataan ‘under’ menjadi seperti ‘jepun’.

“Mai kat sini tak boleh blah weh (ibu tunjuk latihan ketiga), dia pelekat terbalik jadi ‘The ball is Jepun’.

“Haihhh anak aku inilah,” katanya.

Perkara itu secara tidak langsung membuatkan si ibu pening dengan gelagat anaknya itu.

“Adoihlah anak lain macam betul siapkan kerja sekolah, dia main tulis je, mau ibu nak jadi singa sebab dia lekat terbalik perkataan ‘Under’ rosak terus ayat,” tulisnya di ruang kapsyen.

@tiktok_shopfarihandika

Adoihh laa anak lain macam betoi siapkan keja sekolah…dia main tulis jaaa…mau ibu nak jd singa🤭😂 sbb dia pelekat terbalik ja perkataan Under rosak teruss ayat😝

♬ Cena Engraçada e Inusitada – HarmonicoHCO

Dah betulkan semula latihan yang salah

Dalam satu lagi muat naik, si ibu menunjukkan kesalahan itu telah pun diperbetulkan oleh anaknya.

Melihat di ruangan komen, ramai yang turut terhibur dengat gelagat kanak-kanak itu.

Tidak kurang juga ada yang memujinya kerana kanak-kanak itu mempunyai tulisan yang cantik dan jelas.

“Kalau tak bagitahu tampal terbalik.. saya pun baca Jepun”

“Baru tahu ‘under’ diterbalikkan jadi Jepun”

“Aku baca Jepun juga”

“Cramp perut tetiba jadi Jepun”

Recent Posts

  • Hiburan
  • Trending

Fatiya Latiff Dedah Hidap Skizofrenia, Mohon Maaf Pada Ibu Dalam Ucapan Hari Jadi

Skizofrenia merupakan penyakit mental kronik yang menyebabkan berlaku gangguan pemikiran secara serius.

37 mins ago
  • Trending

“Tak Perlu 8 Bulan”- Dr Akmal Saleh Bantu Selesai Masalah Ketiadaan Meja & Kerusi Dalam Tempoh 24 Jam [Video]

Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu melakukan lawatan mengejut ke sekolah rendah agama berkenaan…

44 mins ago
  • Trending

“Siap Boleh Setting Brightness” – Wireman Kreatif Guna ‘Fan Regulator’ Jadi Suis Lampu [Video]

Cahaya lampu pendarflour itu boleh diubah mengikut mood di dalam rumah seperti ingin bersantai, bersembang…

48 mins ago
  • Trending

“Macam Cerita K-Drama”- Bapa Catat Setiap Perkembangan Anak Dalam Diari Jadi Contoh Buat Orang Ramai

Menerusi diari tersebut bapa Naufal turut berkongsi detik manisnya menyambut hari jadi pertama anaknya itu…

2 hours ago
  • Trending

“Allahu Sedihnya” – Ramai Sebak Lihat Warga Emas Jual Buah Potong Tepi Jalan Guna Basikal [Video]

Wanita warga emas itu dipercayai menjual buah potong yang siap dibungkus pada harga RM2.

2 hours ago
  • Trending

“Dalam Akaun Ada RM20” – Ibu Cuba Penuhi Permintaan Anak Mahu Beri Hadiah Kepada Guru Jadi Perhatian

Walaupun kekurangan wang, wanita yang dikenali sebagai Siti itu tetap membawa anaknya pergi ke kedai…

2 hours ago