Ibu Mengalir Air Mata Lepas 17 Orang Anak Buat Kejutan Hadiah Kereta Idaman [Video]

Setiap anak pasti mahu mengembirakan hati ibu bapa yang telah banyak berkorban untuk membesarkan mereka.

Oleh itu, banyak perkara yang boleh digunakan untuk mengembirakan hati mereka contohnya menjaga ibu bapa dengan baik, mendoakan kesejahteraan dan ada juga yang mengambil kesempatan untuk menghadiahkan barang idaman sebagai penghargaan.

17 adik-beradik bagi kereta pada ibu

Perkara ini samalah seperti apa yang dilakukan oleh 17 orang adik-beradik ini apabila mereka membelikan sebuah kereta kepada ibu sebagai penghargaan atas jasa wanita hebat itu.

Menerusi video dikongsikan oleh Hafizah Aji di TikTok, awalnya dia hanya mencuba nasib untuk membuat pinjaman kereta dari bank dan tidak sangka apabila cubaan itu berjaya diluluskan.

Oleh itu, salah seorang adik-beradiknya kemudian bertanya di dalam grup WhatsApp keluarga mengenai hasrat untuk membelikan kereta buat ibu.

Semua setuju untuk bayar sama-sama kereta buat ibu

Apa yang menarik, kesemua mereka bersetuju dan perancangan untuk membuat kejutan kepada ibu bermula apabila mereka menyatakan pinjaman untuk membeli kereta baharu tidak lulus.

Selepas selesai semua urusan, maka tibalah hari untuk kenderaan jenama Kia itu diambil dan Hafizah kemudian memaklumkan kepada adik-beradiknya.

Kelihatan semua teruja dan tidak sabar untuk membuat kejutan selain menyatakan setiap urusan pembelian berjalan dengan lancar.

Mereka kemudian pulang ke rumah ibu beramai-ramai untuk melakukan kejutan sambil si ibu setia menanti di rumah kerana kakak kepada Hafizah memaklumkan kononya dia akan membawa wanita itu berjalan.

“Lepas tu ternampak mama tengok gambar kereta (kereta yang dihadiahkan) itu.

“Sabar ya ma, kereta anda sedang menanti,” ujarnya.

Ibu menangis tengok kereta idaman di depan rumah

Mereka kemudian masuk ke perkarangan rumah dengan membawa kereta baharu itu sambil membunyikan hon dan kelihatan si ibu menangis kerana terharu sebaik sahaja melihat kereta idaman berada di depan rumah.

“Maaf ma banyak tipu sunat hari ini,” ujarnya lagi.

Hafizah dalam pada itu, berharap ibunya dapat menerima hadiah tersebut meskipun ia tidak setanding dengan pengorbanan yang telah dilakukan oleh wanita tersebut demi membesarkan 17 orang anaknya.

“Terima kasih untuk segalanya, awak sentiasa menjadi inspirasi saya,” ucap Hafizah lagi.

@hafizahaji

hadiah yang tak setanding jasa mama untuk kami semua 17 orang anak mama🥹🫶🏻 #surprisegift #mom #family #bigfamily #17siblings

♬ Wanita Terbaik – Furqan Fawwaz

Melihat di ruangan komen, ramai yang turut terharu dengan kejutan tersebut. Malah ada juga yang berharap agar mereka juga dapat melakukan perkara yang sama kepada ibu bapa tersayang suatu hari nanti.

“Mudahan kamu semua adik-beradik di lapangkan dan diluaskan rezeki kamu. Semoga Allah kurniakan kebahagian yang tak pernah putus di dunia ini”

“Aku tak dapat lagi nak bahagiakan mak dan ayah aku macam ni”

“Sedih aku lihat..”

Recent Posts

  • Trending

Lelaki Tumpangkan Wanita & Anak Selepas Lihat Si Suami Tolak Motor Di Lebuh Raya Raih Pujian [Video]

Menurut Zufar, dia terlihat wanita dan anaknya itu sedang berjalan kaki manakala suami wanita berkenaan…

3 hours ago
  • Trending

Pelajar Beri Guru ‘Bouquet’ Sayur-Sayuran Tarik Perhatian Ramai [Video]

Menerusi video tersebut, kelihatan pelajar berkenaan seronok apabila guru menerima jambangan sayur-sayuran dengan gembira.

3 hours ago
  • Tech
  • Trending

Pengguna iPhone Dakwa Kemas Kini iOS 17.5 Buat Foto Lama Dipadam Muncul Kembali

Segelintir pengguna iOS 17.5 mendakwa gambar-gambar yang bertahun lamanya sudah dipadam kini hadir semula ke…

4 hours ago
  • Trending

ZUS Coffee Umum Pendirian Sokong Pembebasan Palestin Dan Menentang Genosid

ZUS Coffee dalam menyatakan bahawa mereka menentang isu pembunuhan beramai-ramai yang berlaku kepada masyarakat Palestin…

4 hours ago
  • Trending

Tak Sependapat Dengan Azhar Sulaiman, Leona Kongsi Pengalaman Ke Palestin

Menurut Leona, dia dan bapanya sering berbeza pendapat dalam pelbagai perkara malah dia sendiri sukar…

4 hours ago
  • Trending

Padah Masuk Lorong Ditutup Untuk Selenggara, Axia Terbalik Di Lebuh Raya [Video]

Menerusi video tersebut kelihatan kereta Axia tersebut terbalik selepas melanggar timbunan objek dipercayai batu tar…

5 hours ago