Kanak-Kanak Gali Tanah Untuk Tanam Kucing, Raih Pujian Ramai -“Bagus Adik-Adik Ini” [Video]

Setiap individu disarankan untuk sentiasa berbuat baik dengan kesemua makhluk ciptaan tuhan di atas muka bumi ini termasuklah haiwan.

Namun, sejak akhir-akhir ini, masyarakat sering dihidangkan dengan cerita tentang penderaan dan penganiayaan binatang.

Entah di mana perginya sifat ihsan dan belas kasihan segelintir individu hingga sanggup menyeksa dan mencederakan mahkluk tuhan itu.

Walau bagaimanapun, dalam kita dijamukan dengan cerita-cerita yang negatif tentang penderaan haiwan, masih ada lagi insan yang memilih untuk berbuat baik sesama makhluk Allah.

Ibu Terkejut Anak Gali Kubur Kucing

Itulah yang terjadi kepada seorang ibu yang terkejut melihat kedua-dua anaknya mengorek tanah untuk menanam bangkai haiwan.

Menerusi video yang dimuat naik di akaun TikTok @akaktako, segalanya bermula apabila dia membawa anak-anak ke kedai miliknya selepas habis waktu sekolah.

“Pagi tadi masa buka kedai, nampak bangkai kucing depan kedai, kami angkat dan ubah, tak sempat nak tanam,” tulisnya di video itu.

Namun, apa yang mengejutkan adalah tindakan dua beradik itu yang boleh terfikir untuk mencangkul tanah bagi tujuan menanam bangkai kucing.

“Tiba-tiba anak datang kedai, dua-dua sepakat nak tanam,” tulisnya di video berkenaan.

Sanggup Ulang-Alik Pergi Ke Bangkai Kucing

Malah, apa yang menarik perhatian adalah anak-anaknya itu sanggup berulang alik ke bangkai kucing itu semata-mata untuk mengukur saiz dengan tanah yang telah digali.

“Ulang alik empat hingga lima kali sebab nak ukur saiz kucing dengan kubur yang diorang gali,” tulisnya lagi di video berkenaan.

Kanak-kanak tersebut juga turut dilihat saling bekerjasama mengangkat bangkai berkenaan dan membawanya ke tanah yang telah digali untuk ditanam.

Menerusi video yang telah mendapat lebih 300 ribu tontonan itu, wanita itu menitipkan rasa bangga dengan apa yang dilakukan oleh kedua-dua anaknya.

“Tak semua budak boleh fikir macam anak-anak mama fikir,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.

@akaktako

Tak semua budak boleh fikir macam anak-anak mama fikir🥹

♬ original sound – rashied ghoul – rashied ghoul

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji tindakan kanak-kanak lelaki berkenaan. Ada juga yang turut memuji ibu bapa mereka kena berjaya mendidik anak menjadi seperti itu.

Namun, ada juga yang terhibur dengan perbuatan mereka yang hanya mengukur menggunakan tangan tanpa peralatan yang betul.

Ingatkan Kucing Tu Halimunan, Rupanya Baru Nak Ukur

Siap Pas Lagi Ukuran Dia, Baru Nak Sedih Tapi Part Ukur Tu Tak Boleh La Aku

Hasil Didikan Yang Baik Yang Menjadikan Adik-Adik Ini Prihatin Sesama Makhluk

Bagus Adik-Adik Ini, Ada Sifat Ihsan Terhadap Haiwan

Aku Respect Wei Sebab Ada Orang Dah Langgar Tapi Biar Bangkai Tengah Jalan

Baca Artikel Berkaitan:

Recent Posts

  • Trending

Kucing Milik Pengasas Bawal Exclusive Sambut Hari Jadi Di Butik Louis Vuitton Raih Perhatian Ramai [Video]

Jelas Haliza, Money merupakan kucing pertama yang dijemput oleh Louis Vuitton bagi meraikan hari jadi…

3 mins ago
  • Trending

Ibu ‘Join’ Anak Menari Lagu Nirmala Atas Pentas Di Sekolah Buat Ramai Teruja [Video]

Aida turut berharap momen menari bersama-sama di atas pentas itu akan menjadi kenangan paling manis…

27 mins ago
  • News
  • Trending

Pusat Hiburan Di KL Terbakar Dibaling ‘Molotov Cocktail’, Polis Buka Kertas Siasatan

Polis membuka kertas siasatan susulan kejadian pusat hiburan di Jalan Yap Kwan Seng yang dibaling…

2 hours ago
  • Trending

Anas Tahir Kongsi Kisah Pemuda ‘Dicekak’ Leher Hanya Kerana Mahu Rapatkan Saf

Niat baik pemuda yang dikenali sebagai Waqiuddin yang cuba merapatkan kakinya dengan seorang jemaah ketika…

2 hours ago
  • News
  • Trending

Suami Pengasuh Ditahan, Dipercayai Umpan Budak 11 Tahun Dengan Video Lucah Sebelum Liwat

Menurut KPD Alor Gajah, siasatan lanjut mendapati pengadu menghantar anaknya kepada pengasuh dari jam 3…

18 hours ago
  • News
  • Trending

Isu Penularan Berita Palsu, Chatbot WhatsApp Bakal Diperkenal – Fahmi Fadzil

Menteri Komunikasi menjelaskan MCMC bakal bekerjasama dengan platform Meta bagi mewujudkan chatbot tersebut.

18 hours ago