Kebelakangan ini, isu poligami merupakan antara topik yang paling hangat dibincangkan oleh pengguna media sosial.
Antara yang sering didengari adalah mengenai payung emas yang diterima isteri sekiranya mengizinkan suami berpoligami.
Pun begitu, adakah payung emas kepada isteri yang mengizinkan suaminya berkahwin lebih daripada satu itu benar dan wujud?
Susulan itu, Jabatan Mufti Wilayah Pulau Pinang menerusi Kosmo tampil menjelaskan mengenai isu payung emas ini.
Menurutnya, payung emas ini tidak terdapat di dalam al-Quran mahupun hadis, ini bermakna payung emas adalah satu rekaan semata-mata dan ia hanyalah perspektif yang tidak benar.
Jelas jabatan itu, di dalam al-Quran sememangnya terdapat ayat-ayat yang menceritakan tentang alam perkahwinan atau hubungan suami dan isteri, namun tidak disebut sama sekali mengenai payung emas.
Begitu juga dalam hadis, ada disebut tentang kelebihan seorang isteri yang mentaati suaminya dan sabar dalam menghadapi alam rumah tangga, namun langsung tidak menyebut tentang perkataan ‘payung emas’.
Contoh ayat al-Quran yang bercerita tentang hubungan sesama suami dan isteri adalah:
ٱلرِّجَالُ قَوَّٰمُونَ عَلَى ٱلنِّسَآءِ بِمَا فَضَّلَ ٱللَّهُ بَعْضَهُمْ عَلَىٰ بَعْضٍۢ وَبِمَآ أَنفَقُوا۟ مِنْ أَمْوَٰلِهِمْ ۚ فَٱلصَّـٰلِحَـٰتُ قَـٰنِتَـٰتٌ حَـٰفِظَـٰتٌۭ لِّلْغَيْبِ بِمَا حَفِظَ ٱللَّهُ ۚ وَٱلَّـٰتِى تَخَافُونَ نُشُوزَهُنَّ فَعِظُوهُنَّ وَٱهْجُرُوهُنَّ فِى ٱلْمَضَاجِعِ وَٱضْرِبُوهُنَّ ۖ فَإِنْ أَطَعْنَكُمْ فَلَا تَبْغُوا۟ عَلَيْهِنَّ سَبِيلًا ۗ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ عَلِيًّۭا كَبِيرًۭا
“Wanita (isteri) solehah adalah yang taat lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada kerana Allah telah memelihara mereka.”
Surah An-Nisa Ayat 34
Selain itu, Jabatan Mufti Wilayah Pulau Pinang juga turut mengambil contoh dari sebuah hadis daripada Abu Hurairah RA tentang Sabda Nabi Muhammad SAW mengenai seorang isteri yang mentaati suaminya.
“Jika seorang wanita menunaikan solat lima waktu, puasa pada bulannya (Ramadan), mengawal kemaluannya dan taat kepada suaminya. Masuklah dia ke dalam syurga dari mana-mana pintu yang anda kehendaki.”
Riwayat Ibn Hibban, 9/471
Kesimpulannya, terdapat banyak lagi ayat al-Quran dan hadis yang menceritakan tentang kelebihan berumah tangga serta hubungan suami dan isteri.
Namun, tidak terdapat sepotong pun ayat al-Quran atau hadis yang menceritakan tentang payung emas sebagaimana yang sering disebut segelintir individu.
Skizofrenia merupakan penyakit mental kronik yang menyebabkan berlaku gangguan pemikiran secara serius.
Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu melakukan lawatan mengejut ke sekolah rendah agama berkenaan…
Cahaya lampu pendarflour itu boleh diubah mengikut mood di dalam rumah seperti ingin bersantai, bersembang…
Menerusi diari tersebut bapa Naufal turut berkongsi detik manisnya menyambut hari jadi pertama anaknya itu…
Wanita warga emas itu dipercayai menjual buah potong yang siap dibungkus pada harga RM2.
Walaupun kekurangan wang, wanita yang dikenali sebagai Siti itu tetap membawa anaknya pergi ke kedai…