Hanya Kerana Tak Cukup Duit Nak Buat Majlis Kahwin, Rider Sanggup Buat Laporan Polis Palsu Dakwa Disamun

Setiap pasangan yang bercinta pastinya mahu mengakhiri hubungan itu hingga ke jinjang pelamin.

Namun, pada masa kini, antara cabaran dan halangan utama yang perlu dihadapi sebelum menjadi suami isteri adalah kewangan.

Ini kerana kos dan bajet bagi melangsungkan majlis perkahwinan pada masa kini menelan belanja yang amat besar.

Kos paling minimum yang perlu disediakan bagi kenduri sebelah pihak sahaja kebiasaanya mencecah lebih RM10,000.

Dek kerana inilah kebanyakan pasangan belum bersedia untuk mengakhiri hubungan mereka. Malah, ada juga yang sanggup tangguh atau membatalkan perkahwinan kerana tidak cukup wang untuk mengadakan kenduri.

Buat Laporan Polis Palsu Dakwa Disamun

Begitulah yang terjadi kepada seorang penghantar makanan apabila dia didakwa membuat laporan polis palsu gara-gara tidak cukup wang simpanan untuk melangsungkan perkahwinan.

Menurut Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Arifai Tarawe, lelaki yang berusia 22 tahun itu membuat laporan palsu kononnya disamun oleh empat orang lelaki.

Tambah Arifai, rider itu mendakwa telah kehilangan wang tunai bernilai RM9,000 dan kad pengenalan dalam kejadian yang kononnya berlaku berhampiran sebuah rumah ibadat di Rantau, Seremban.

“Pihak polis menerima laporan dibuat lelaki itu kira-kira jam 10 malam pada 12 September memaklumkan dia disamun empat lelaki.

“Hasil soal siasat mengenai kejadian samun ini mendapati ia tidak berlaku dan pengadu mendakwa kehilangan wang tunai RM9,000 sebenarnya kerana ingin menangguhkan majlis perkahwinan kerana belum cukup wang,” katanya.

Semakan juga mendapati lelaki berkenaan tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau dan hasil ujian air kencing menunjukkan dia negatif dadah.

Susulan daripada kejadian ini, pihak polis mengingatkan kepada orang ramai agar tidak membuat laporan polis palsu.

Malah, tindakan undang-undang boleh dikenakan kepada mana-mana individu yang didapati bersalah membuat laporan palsu kepada pihak berkuasa.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan. Jika disabitkan kesalahan, individu boleh dikenakan hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Kenyataan Media Ketua Polis Daerah Seremban Siasatan Laporan Polis Palsu Disamun

Posted by Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban on Wednesday, 13 September 2023

Baca Artikel Berkaitan: Gara-Gara Tertekan Isteri Minta Duit, Lelaki Di Johor Nekad Buat Laporan Palsu Konon Disamun

Baca Artikel Berkaitan: Cuak Kena Marah Sebab Balik Lambat, Kanak-Kanak Buat Laporan Palsu Konon Nyaris Diculik

Recent Posts

  • Dunia
  • Trending

Gara-gara Wanita Letak Kereta Di Tempat Tak Sepatutnya, Nama Malaysia Jadi Sebutan Di Jepun

Ekoran daripada insiden 'double park' tersebut, kontraktor di Jepun terpaksa mengambil masa selama 3 jam…

1 day ago
  • Trending

Pelari Menara Terbaik Dunia Bawa 1 Beg ‘Jajan’ Dari Malaysia Untuk Kongsi Dengan Atlet Negara Lain

Antara snek zaman kanak-kanak yang dibawa di dalam bagasi Soh Wai Ching adalah keropok jenama…

1 day ago
  • News
  • Trending

Guru Didakwa Tampar, Tumbuk & Cekik 4 Pelajar Hanya Kerana Diintai Ketika Sedang Merokok

Guru sekolah agama berkenaan didakwa turut memarahi dan melemparkan kata-kata kesat kepada beberapa orang murid…

1 day ago
  • Trending

Pelancong China Kecewa Bercuti Di Malaysia, Badan Basah Kuyup Gara-gara Hujan Tak Henti

Pelancong dikenali sebagai Xiao Huihui itu mengeluh selepas terpaksa meredah hujan lebat ketika bersiar-siar di…

1 day ago
  • Trending

Kereta Terpaksa Jalan Mengundur Gara-gara Kamera Di Palang Parkir ‘Gagal’ Imbas Nombor Plat [Video]

Jelas pemilik kereta, dia terpaksa meletakkan nombor plat di bahagian depan kiri kerana ruangan tengah…

2 days ago
  • Trending

Pelajar Gigih Ulang Kaji Pelajaran Bawah Lampu Jalan Curi Perhatian Netizen [Video]

Menurut beberapa netizen, pelajar yang belajar di bawah lampu jalan itu merupakan penuntut dari Universiti…

2 days ago