Tular Rider Makanan Jalan Kaki Kerana Motor Disita JPJ, Aisar Khaled ‘Surprise’ Belikan Motosikal Baru [Video]

Baru-baru ini, tular di media sosial satu video yang memaparkan seorang penghantar makanan berjalan kaki selepas motosikal miliknya disita oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) atas dua kesalahan membabitkan cukai jalan yang dilakukannya.

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku semasa pihak JPJ sedang melakukan sekatan jalan raya (SJR) di jalan berkenaan.

Pun begitu, video yang sohor di media sosial itu telah mendapat perhatian ramai, di mana rata-rata netizen bersimpati melihat nasib penghantar makanan itu.

Aisar Khaled tampil beri bantuan kepada rider makanan

Terbaru, pempengaruh media sosial, Aisar Khaled turut terkesan dengan penularan video berkenaan sekaligus tampil untuk memberi bantuan.

Menerusi video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya (@aisarkhaledd), Aisar telah pergi ke rumah lelaki terbabit untuk bertanya mengenai kejadian yang tular itu.

Penghantar makanan cerita semasa kejadian, akui kesalahan sendiri

Menurut penghantar makanan yang dikenali sebagai Syahrul itu, kejadian terbabit berlaku semasa dia ingin menghantar makanan dari Salak Tinggi, Sepang menuju ke Nilai, Negeri Sembilan.

Namun, semasa dalam perjalanan dia telah berhadapan dengan SJR sekaligus menyebabkan motosikalnya disita selain dirinya disaman pihak penguatkuasa terbabit.

Ujar Syahrul, dia mengakui kesalahan dirinya kerana tidak mempunyai cukai jalan pada waktu itu kerana sudah tamat tempoh.

“Saya akui kesalahan saya dan saya tak minta diviralkan,” luah Syahrul sebelum menitiskan air mata.

Aisar beri kejutan hadiahkan motosikal yang baru

Aisar kemudianya membawa Syahrul ke sebuah kedai motosikal untuk memberi kejutan kepada penghantar makanan itu sebuah motor yang baru.

Tidak hanya itu, di akhir perkongsian videonya, Aisar turut memberi sedikit wang tunai kepada Syahrul.

@aisarkhaledd

Suprise Motosikal Kepada Rider FoodPanda Yang Kehilangan Motosikalnya Kena Sita Oleh Pihak Berkuasa . 💔 #riderfoodpanda #motor #jpjmalaysia #sedekah #foryou #aklegacyteam #aisarkhaledd #epyepe

♬ Royalty – Egzod & Maestro Chives & Neoni

Memindai ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial turut berasa sebak melihat video terbabit selain memuji tindakan Aisar yang membantu penghantar makanan yang tular itu.

JPJ beri penjelasan mengapa menyita motosikal terbabit

Terdahulu, pihak JPJ yang terkesan dengan penularan video berkenaan telah memberi penjelasan mengenai kejadian itu.

Menurut JPJ, motosikal milik lelaki itu disita oleh kerana Lesen Kenderaan Motor (LKM) atau roadtax telah tamat tempoh selain tidak mempunyai insurans.

“Oleh itu, JPJ menahan dan sita untuk mengelakkan rider tersebut berlaku kemalangan dan sebagainya disebabkan tiada insurans tersebut,” katanya.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Tular Rider Makanan Jalan Kaki Kerana Motor Disita, Ini Penjelasan JPJ [Video]

Recent Posts

  • News
  • Trending

Jumlah Kelahiran Bayi Di Malaysia Semakin Menurun Berbanding Suku Tahun Pertama 2023

Menurut Ketua Jabatan Perangkaan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir setakat suku pertama tahun 2024…

14 hours ago
  • Trending

Anak Gigih Buat Slaid Kerana Mahu Pinjam Kereta Ibu Untuk Bercuti Undang Perhatian [Video]

Jelas Wan, anaknya sebelum ini telahpun meminta izin untuk menggunakan kenderaan miliknya, namun dia belum…

14 hours ago
  • Trending

Ramai Suka Konsep Cari Jodoh Sambil Makan & Borak Santai Di Kafe [Video]

Menerusi video yang tular di media sosial, kelihatan peserta dapat mengenali antara satu sama lain…

16 hours ago
  • Trending

Gara-gara Tidur Lepas Asar, Telatah Lucu Kanak-kanak Ini Kalut Bersiap Ke Sekolah Bikin Ramai Terhibur [Video]

Kanak-kanak berkenaan turut menganggap hari itu merupakan hari Khamis ketika disoal oleh ibunya sedangkan hari…

17 hours ago
  • Info

Akaun 3 KWSP Dah Bermula, Ini Cara Pindahkan Wang Ke Akaun Fleksibel [Video]

Pemindahan wang simpanan ke dalam Akaun Fleksibel boleh dilakukan bermula kelmarin (12 Mei) hingga 31…

18 hours ago
  • Trending

Pemuda Kongsi Pengalaman Selepas Disahkan Hidap Kanser [Video]

Menurut pejuang kanser itu dia mengalami rasa sakit di bahagian tulang belakang bagi tempoh yang…

18 hours ago