fbpx

Tular Rider Makanan Jalan Kaki Kerana Motor Disita, Ini Penjelasan JPJ [Video]

Menurut JPJ, antara sebab motosikal milik rider itu disita adalah LKM atau ‘roadtax’yang telah tamat tempoh.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pekerjaan penghantar makanan atau rider merupakan satu pekerjaan yang tidak asing lagi di kalangan masyarakat di negara ini.

Malah ada yang menjadikan pekerjaan tersebut sebagai kerjaya sepenuh masa untuk menyara diri dan keluarga.

Tular video rider jalan kaki lepas motosikal kena sita untuk hantar makanan

Baru-baru ini, tular satu video di media sosial memaparkan seorang rider yang berjalan kaki sambil membawa beg galas delivery.

Menerusi video yang tular itu, difahamkan motosikal yang dibawa oleh rider berkenaan telah disita ketika operasi sekatan jalan raya (SJR) dilakukan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Lelaki tersebut ketika ditahan dipercayai sedang menjalankan tugas untuk menghantar makanan kepada pelanggan namun disebabkan motosikal yang disita dia lalu memilih untuk berjalan kaki.

Perkara itu secara tidak langsung telah mengundang pelbagai reaksi di kalangan orang ramai apabila ada yang menyifatkan pihak berkuasa tidak sepatutnya melakukan tindakan sebegitu rupa kepada rider terbabit.

Namun tidak kurang juga ada yang mendoakan agar rider tersebut dimurahkan rezeki dan tabah menghadapi ujian.

Ada juga segelintir yang mengkritik anggota JPJ terlibat kerana mereka seolah-olah tiada empati atau rasa belas kasihan terhadap individu tersebut.

“Buatnya abang tu ada anak bini dan ini je sumber rezeki dia tak ke naya abang tu. Semoga dilimpahkan rezeki yang luas buat dirimu”

“Viral terus, alamak tuan. JPJ buat keje dia, undang-undang kena ikut. Kesian tak pasal-pasal JPJ disalahkan”

JPJ tampil jelaskan LKM motosikal ditunggang rider tamat tempoh dan tiada insurans

Video tular berkenaan turut dikongsikan di laman Facebook Kementerian Netizen Malaysia.

Susulan daripada penularan video tersebut, pihak JPJ kemudiannya tampil di ruangan komen hantaran video sama menjelaskan hal sebenar.

Menurutnya, Lesen Kenderaan Motor (LKM) atau lebih popular dengan panggilan ‘roadtax’ yang ditunggang rider berkenaan telah tamat tempoh selain tidak mempunyai insurans.

“Oleh itu, JPJ menahan dan sita untuk mengelakkan rider tersebut berlaku kemalangan dan sebagainya disebabkan tiada insurans tersebut,” katanya di ruang komen.

Jelasnya lagi, sekiranya berlaku sebarang kemalangan atau perkara tidak diingini di jalan raya penunggang motosikal tersebut tidak akan menyusahkan pemandu lain serta keluarga.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.