Lelaki Minum Susu Pekat Macam Air Biasa, Tarik Perhatian Netizen [Video]

Setiap individu mempunyai makanan dan minuman kegemarannya yang tersendiri. Namun, harus diingat setiap orang perlu berpada-pada dalam mengambil makanan tersebut.

Ini kerana kebanyakan makanan dan minuman yang menjadi kegemaran kebiasaannya terdiri daripada makanan yang mengandungi kadar gula tinggi.

Walaupun telah diingatkan berkali-kali untuk mengawal pemakanan yang diambil, namun masih ada segelintir individu yang tidak mengendahkan kesan daripada pengambilan makanan terutama makanan-makanan manis ini.

Minum Susu Pekat Terus Dari Tin

Namun, berbeza dengan seorang lelaki Arab yang fasih berbahasa Melayu ini. Menerusi video yang dikongsikan di akaun TikTok @ratib1230, kelihatan dia meneguk susu pekat terus dari tin seperti minum air biasa.

Tindakannya itu nyata mengejutkan ramai pihak kerana dia dilihat meneguk susu pekat berkenaan tanpa membancuh atau mencampurkannya dengan mana-mana air atau makanan.

Malah, dia turut meminta agar orang ramai tidak perlu pelik dengan tindakan tersebut kerana baginya, masyarakat di negara arab sememangnya minum susu pekat dengan cara seperti itu.

“Guys, jangan rasa pelik nampak orang Arab makan susu pekat, sebab apa susu pekat ni di negara Arab memang kami makan macam ini.

“Bukan kami minum dengan teh o atau makanan apa, tak, cuma kalau kami buat salad buah, kami letak sikit tapi memang kami kebanyakan makan macam ini,” katanya menerusi video berkenaan.

Harga Susu Pekat Di Negara Arab Jauh Lebih Mahal

Tambah lelaki itu, harga susu pekat di negara mereka jauh lebih mahal berbanding negara Malaysia.

“Memang mahal bukan macam dekat sini, murah. RM2 ke RM3, dekat Arab yang besar harga RM70 ke RM80, memang mahal sangat.

“Kami selalu beli yang tin kecil harga dalam RM20,” katanya lagi.

Menerusi video yang telah mendapat tontonan lebih 2.4 juta itu, dia turut menunjukkan cara minum susu pekat terus dari tin.

“Orang Malaysia terus kata potong kaki bila nampak saya minum susu pekat,” tulisnya di video berkenaan berserta emoji ketawa.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet hairan dengan tindakannya yang minum dan boleh menelan susu pekat itu tanpa mencampurkannya dengan bahan yang lain.

Malah, ada segelintir yang memerli lelaki berkenaan bahawa dia akan mendapat penyakit kencing manis atau diabetes akibat daripada tindakannya itu.

Namun, ada juga yang memintanya berhati-hati kerana kandungan susu pekat di negara Arab berkemungkinan berbeza dengan susu pekat di Malaysia.

Area Mana Bang, Saya Pernah Duduk Syria, Jordan, Lubnan, Saudi, Tak Pernah Nampak Pun

Ini Bukan Susu Betul Bro, Ini Gula Campur Dengan Minyak Kelapa Sawit Tak Silap Saya

Dekat Sana Susu Mahal, Dekat Sini Kaki Palsu Mahal

Susu Dekat Arab Lain Bang, Dekat Sini Gula Tinggi

Patutlah Orang Arab Suka Berkata-Kata Manis, Ok Faham

Potong Kaki Abang Oii

Baca Artikel Berkaitan:

Recent Posts

  • Trending

Dituduh Tak Cakna Isu Di Rafah, Ning Baizura Akhirnya Tampil Beri Penjelasan [Video]

Menurut Ning Baizura, dia juga tahu mengenai apa yang berlaku di Palestin, tidak seperti apa…

1 day ago
  • Trending

Islam Tidak Merestui Perbuatan Atau Penganjuran ‘Speed Dating’ – Mufti Pulau Pinang

Difahamkan, program cari jodoh itu terbuka buat mereka yang berusia 25 hingga 35 tahun dan…

2 days ago
  • News
  • Trending

KPN Sahkan Suspek Kes Serangan Balai Polis Ulu Tiram Anggota JI, 7 Individu Ditahan

Menurut KPN, suspek telah membuat persediaan untuk menyerang Balai Polis Ulu Tiram berkenaan kerana menggunakan…

2 days ago
  • Trending

“Mentaliti Rendah” – Pemandu Parkir Kereta Di Selekoh & Pejalan Kaki Dikecam

Pemandu kereta jenis Lamborgini Hurucan, MPV dan SUV itu meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya…

2 days ago
  • Hiburan
  • Trending

Fatiya Latiff Dedah Hidap Skizofrenia, Mohon Maaf Pada Ibu Dalam Ucapan Hari Jadi

Skizofrenia merupakan penyakit mental kronik yang menyebabkan berlaku gangguan pemikiran secara serius.

2 days ago
  • Trending

“Tak Perlu 8 Bulan”- Dr Akmal Saleh Bantu Selesai Masalah Ketiadaan Meja & Kerusi Dalam Tempoh 24 Jam [Video]

Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu melakukan lawatan mengejut ke sekolah rendah agama berkenaan…

2 days ago