Bukan Untuk Makan, Wanita Beli Lobster RM1,003 Di Restoran Mewah Untuk Dilepaskan Ke Laut

Apabila berkunjung ke restoran mewah, antara perkara utama yang menjadi pilihan adalah makanan atau menu istimewa yang dihidangkan oleh restoran berkenaan.

Kepelbagaian dan keunikan menu inilah yang menjadi antara kriteria utama pelanggan dalam menentukan pemilihan sesuatu kedai makan.

Sebut sahaja tentang hidangan atau menu, lazimnya apabila restoran itu mempunyai menu makanan laut, pastinya harga makanan di premis berkenaan sedikit mahal.

Ini ditambah lagi sekiranya kedai itu turut menyediakan haiwan laut yang masih hidup khusus buat pengguna yang mahu menikmati hasil laut yang segar.

Wanita Beli Udang Karang Untuk Dilepaskan, Mahu Buat Perkara Baik

Namun, lain pula yang terjadi kepada seorang wanita di Rom, Itali. Kunjungannya bersama suami ke sebuah restoran makanan laut mewah di Pulau Sardinia Itali itu bukan untuk menikmati makanan.

Sebaliknya, dia mengejutkan pengunjung dan pemilik restoran apabila bertindak melepaskan udang karang atau lobster yang berharga €200 (anggaran kira-kira RM1,003) ke dalam laut.

Pemilik restoran yang dikenali sebagai Antonio Fasolino serta adiknya, Gianluca mendakwa pada mulanya mereka menganggap ia hanya gurauan daripada wanita itu.

Namun, wanita berkenaan kelihatan serius dan menegaskan mahu melakukan perkara yang baik. Antonio kemudiannya mengambil udang karang itu daripada tangki dan menimbang haiwan berkenaan di dapur restoran miliknya.

Dia kemudiannya meletakkan haiwan seberat dua kilogram itu ke dalam baldi dan membawanya kepada pasangan berkenaan.

Sempat Tanya Sama Ada Perbuatannya Itu Boleh Cederakan Haiwan Atau Tidak

Wanita yang berasal dari Switzerland itu sempat bertanyakan kepada Antonio sama ada haiwan itu boleh mengalami kecederaan atau tidak sekiranya dilepaskan dari ketinggian yang tinggi.

Namun, Antonio menyakinkan bahawa udang karang berkenaan tidak akan mengalami kecederaan.

Susulan daripada ini, pengunjung wanita itu bertindak melepaskan udang karang itu melalui pagar besi sambil diperhatikan oleh suami dan pengunjung restoran yang lain.

Tambah Antonio, pelanggannya itu kelihatan sangat gembira dan teruja apabila melihat haiwan berkenaan berenang ke dalam air.

Malah, dia juga berasa terharu dan turut gembira kerana dapat memenuhi permintaan pengunjung wanita itu.

@dailymirror

Woman orders £175 lobster from swanky restaurant and then threw it in the sea #dailymirror #breakingnews #news #italy #lobster #sardinia #seafood

♬ original sound – Daily Mirror

Baca Artikel Berkaitan:

Recent Posts

  • Hiburan
  • Trending

Blockout2024: “Tidak Perlu Sampai Memaki & Memalukan”- Siti Nurhaliza

Jelas penyanyi nombor satu negara itu, sekiranya seseorang mahu menegur, ia harus dilakukan dengan beradab…

8 hours ago
  • Trending

Peniaga Jual Nasi Arab Ayam ‘Seekor’ RM35 Tarik Perhatian Ramai [Video]

Menerusi video, turut kelihatan peniaga gerai makan tersebut meletakkan seekor ayam di atas dulang yang…

8 hours ago
  • Trending

“Kesiannya, Dah Lah Tak Banyak” – Ramai Sedih Lihat Harimau Belang Maut Dilanggar Di Bentong [Video]

Kejadian dipercayai berlaku pada awal pagi tadi (16 Mei) sebelum penemuan harimau belang itu dilaporkan…

8 hours ago
  • News
  • Trending

Polis Sahkan Terima Laporan Resit Pesanan Piza Mengandungi Ayat Hina Islam [Video]

Hasil siasatan dilakukan mendapati pihak restoran terbabit menerima pesanan mengandungi ayat menghina Islam menerusi sebuah…

9 hours ago
  • Trending

Risau Pesakit Mungkin Kena Tunggu Lama, Notis Permohonan Maaf Hospital Undang Perhatian

Menurut kenyataan itu, ia berikutan hospital berkenaan berhadapan dengan masalah kekurangan doktor yang kebanyakannya telah…

9 hours ago
  • Automotif
  • Tips
  • Trending

Apa Nak Buat Kalau Kereta Terbakar Ketika Memandu? Ini Langkah-langkah Yang Perlu Diambil [Video]

Lelaki itu turut menasihati pemandu agar tidak kembali ke kenderaan jika semata-mata untuk melihat kebakaran…

10 hours ago