Apabila mengimbau disaat berada di zaman universiti pasti terlalu banyak kenangan indah dan pahit yang berlaku.
Malah di tempat belajar ini jugalah kita semua mula mengenali dunia, rakan selain berjuang untuk mengejar masa depan yang lebih baik.
Baru-baru ini, baru-baru ini tular satu ciapan dari @hourlymalaytwt di Twitter yang bertanya apakah perkara atau drama yang pernah berlaku ketika di zaman universiti.
Seorang pengguna kemudian menceritakan mengenai seorang pelajar wanita yang berada di tahun ditahun akhir telah ditikam selepas rumah sewanya dimasuki penjenayah yang masuk melalui tingkap biliknya.
Ujarnya ketika kejadian berlaku ia beberapa minggu sebelum peperiksaan semester akhir namun mangsa yang ditikam itu pulih selain turut menduduki peperiksaan itu dan menyatakan pelajar itu juga menjadi graduan kelas pertama.
Ciapan itu kemudian menjadi tular di platform berkenaan sehingga ia kemudian menjadi perhatian mangsa kepada kejadian itu yang dikenali sebagai Siti Irina Ridzwan.
Dalam ciapan itu, dia yang mesra dipanggil Irina kemudian menceritakan perkembangan dirinya selepas kejadian itu berlaku.
“Secara tidak langsung, minggu lepas merupakan tahun ke sembilan sejak kes itu berlaku.
“Saya telah dikeluarkan daripada hospital selepas seminggu dan sembuh sekitar 80% selepas sebulan kes itu berlaku,” jelasnya.
Menurut Irina, dia percaya ia adalah kerana doa dari keluarga, rakan pensyarah dan juga orang ramai yang berada di sosial media.
Dia juga turut mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada pihak yang telah mendoakan kesejahteraannya.
Irina dalam masa sama memperbetulkan kenyataan individu sebelum ini dengan memaklumkan dia hanya mendapat Anugerah Naib Canselor (ANC) dan bukan kelas pertama ketika tamat pengajian pada tahun 2015.
“Saya tidak melanjutkan pelajaran di luar negara, dekat UiTM Shah Alam je dan yang itu baru kelas pertama sebab Public Relation (PR) agak susah ya,” ciapnya lagi.
Hantaran itu bagaimanapun di sambut orang ramai dengan pelbagai soalan apabila ada yang bertanya bagaimana Irina berani untuk melawan penjenayah tersebut ketika kejadian berlaku.
Irina mengatakan dia ketika itu sedang tidur dan berasa marah kerana terganggu.
“Masa jadi tu saya tengah tidur, sejujurnya lebih kepada marah sebab ada orang kacau kita tidur. Jadi tengah mamai, kita tak fikir sangat,” jawab wanita itu.
Melihat di ruangan balas, ramai yang teruja dengan perkara tersebut malah tidak kurang juga ada yang memujinya kerana mempunyai sifat yang begitu berani serta pejuang.
Pada tahun 2014 yang lalu, negara digemparkan dengan satu kejadian melibatkan seorang pelajar Universiti Teknologi Malaysia (UiTM) yang ditikam sebanyak lima kali oleh penjenayah yang ingin memasuki rumah sewanya di Lendu, Melaka.
Mangsa ketika kejadian telah bertindak untuk melawan serta menjerit sebelum penjenayah terbabit menikamnya.
Irina kemudian dilaporkan mengalami kecederaan di bahagian dada kerana ditikam sebanyak lima kali manakala sekali di tangan oleh penjenayah tersebut.
Sewaktu insiden berlaku, Irina difahamkan sedang tidur dan terjaga sebelum melihat terdapat kelibat seorang lelaki di dalam biliknya. Dia kemudian melawan serta menjerit sehingga didengari oleh rakan serumah, lapor Astro Awani.
Menurut Irina penjenayah yang ditangkap telah dihukum penjara lapan tahun serta dua sebatan.
Menurut Ning Baizura, dia juga tahu mengenai apa yang berlaku di Palestin, tidak seperti apa…
Difahamkan, program cari jodoh itu terbuka buat mereka yang berusia 25 hingga 35 tahun dan…
Menurut KPN, suspek telah membuat persediaan untuk menyerang Balai Polis Ulu Tiram berkenaan kerana menggunakan…
Pemandu kereta jenis Lamborgini Hurucan, MPV dan SUV itu meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya…
Skizofrenia merupakan penyakit mental kronik yang menyebabkan berlaku gangguan pemikiran secara serius.
Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu melakukan lawatan mengejut ke sekolah rendah agama berkenaan…