fbpx
Now Reading
Pernah Ditikam Di Dada Ketika Pencuri Masuk Rumah 9 Tahun Lalu, Wanita Ini Berjaya Tamat Belajar & Grad ANC!

Pernah Ditikam Di Dada Ketika Pencuri Masuk Rumah 9 Tahun Lalu, Wanita Ini Berjaya Tamat Belajar & Grad ANC!

Pada 2014 negara digemparkan dengan berita pelajar universiti yang ditikam sebanyak lima kali oleh penjenayah yang cuba menceroboh rumah sewanya di Lendu, Melaka.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Apabila mengimbau disaat berada di zaman universiti pasti terlalu banyak kenangan indah dan pahit yang berlaku.

Malah di tempat belajar ini jugalah kita semua mula mengenali dunia, rakan selain berjuang untuk mengejar masa depan yang lebih baik.

Pelajar kena tikam 5 kali ‘survive’ dan berjaya tamat belajar dengan ANC

Baru-baru ini, baru-baru ini tular satu ciapan dari @hourlymalaytwt di Twitter yang bertanya apakah perkara atau drama yang pernah berlaku ketika di zaman universiti.

Seorang pengguna kemudian menceritakan mengenai seorang pelajar wanita yang berada di tahun ditahun akhir telah ditikam selepas rumah sewanya dimasuki penjenayah yang masuk melalui tingkap biliknya.

Kejadian berlaku beberapa minggu sebelum peperiksaan akhir semester

Ujarnya ketika kejadian berlaku ia beberapa minggu sebelum peperiksaan semester akhir namun mangsa yang ditikam itu pulih selain turut menduduki peperiksaan itu dan menyatakan pelajar itu juga menjadi graduan kelas pertama.

Ciapan itu kemudian menjadi tular di platform berkenaan sehingga ia kemudian menjadi perhatian mangsa kepada kejadian itu yang dikenali sebagai Siti Irina Ridzwan.

Irina sempat kongsikan perkembangan diri selepas kejadian rompakan berlaku

Dalam ciapan itu, dia yang mesra dipanggil Irina kemudian menceritakan perkembangan dirinya selepas kejadian itu berlaku.

“Secara tidak langsung, minggu lepas merupakan tahun ke sembilan sejak kes itu berlaku.

“Saya telah dikeluarkan daripada hospital selepas seminggu dan sembuh sekitar 80% selepas sebulan kes itu berlaku,” jelasnya.

Ucap terima kasih kepada pihak yang mendoakannya

Menurut Irina, dia percaya ia adalah kerana doa dari keluarga, rakan pensyarah dan juga orang ramai yang berada di sosial media.

Dia juga turut mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada pihak yang telah mendoakan kesejahteraannya.

Irina dalam masa sama memperbetulkan kenyataan individu sebelum ini dengan memaklumkan dia hanya mendapat Anugerah Naib Canselor (ANC) dan bukan kelas pertama ketika tamat pengajian pada tahun 2015.

“Saya tidak melanjutkan pelajaran di luar negara, dekat UiTM Shah Alam je dan yang itu baru kelas pertama sebab Public Relation (PR) agak susah ya,” ciapnya lagi.

Ditanya bagaimana berani untuk melawan penjenayah, Irina jelaskan sebenarnya marah tidur diganggu

Hantaran itu bagaimanapun di sambut orang ramai dengan pelbagai soalan apabila ada yang bertanya bagaimana Irina berani untuk melawan penjenayah tersebut ketika kejadian berlaku.

Irina mengatakan dia ketika itu sedang tidur dan berasa marah kerana terganggu.

“Masa jadi tu saya tengah tidur, sejujurnya lebih kepada marah sebab ada orang kacau kita tidur. Jadi tengah mamai, kita tak fikir sangat,” jawab wanita itu.

Melihat di ruangan balas, ramai yang teruja dengan perkara tersebut malah tidak kurang juga ada yang memujinya kerana mempunyai sifat yang begitu berani serta pejuang.

“Saya bangga awak terselamat! Baca komen awak marah sebab kena kacau tidur. Wow awak sangat luar biasa. Tahniah telah menjadi graduan meskipun melalui keadaan yang sangat trauma”

“Awak selamat dari tikaman di dada dan berjaya menjadi graduan ANC, awak layak untuk dihormati. Jika ada pelajar yang membaca ini anda tiada alasan untuk tidak berjaya”


Mangsa ditikam sebanyak lima kali oleh penjenayah

Pada tahun 2014 yang lalu, negara digemparkan dengan satu kejadian melibatkan seorang pelajar Universiti Teknologi Malaysia (UiTM) yang ditikam sebanyak lima kali oleh penjenayah yang ingin memasuki rumah sewanya di Lendu, Melaka.

Mangsa ketika kejadian telah bertindak untuk melawan serta menjerit sebelum penjenayah terbabit menikamnya.

Alami kecederaan di dada dan tangan

Irina kemudian dilaporkan mengalami kecederaan di bahagian dada kerana ditikam sebanyak lima kali manakala sekali di tangan oleh penjenayah tersebut.

Sewaktu insiden berlaku, Irina difahamkan sedang tidur dan terjaga sebelum melihat terdapat kelibat seorang lelaki di dalam biliknya. Dia kemudian melawan serta menjerit sehingga didengari oleh rakan serumah, lapor Astro Awani.

Menurut Irina penjenayah yang ditangkap telah dihukum penjara lapan tahun serta dua sebatan.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.