fbpx
Now Reading
“Tiada Yang Seberani Kaka Azraff” – Rakan Artis Beri Sokongan

“Tiada Yang Seberani Kaka Azraff” – Rakan Artis Beri Sokongan

Ekoran daripada penamatan kontrak Kaka bersama Warner Music Malaysia, ramai rakan artis yang memuji dan memberi sokongan terhadap penyanyi berkenaan antaranya seperti Uyaina Arshad, Alif Satar dan Zizan Razak.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pada Ahad (3 Disember) yang lalu, media sosial hangat memperkatakan mengenai dakwaan penamatan kontrak penyanyi yang popular dengan lagu Bawaku Pergi, Kaka Azraff.

Ianya selepas penularan satu surat dipercayai dikeluarkan oleh syarikat rakaman penyanyi berkenaan, Warner Music susulan tindakan lantang penyanyi wanita itu dalam menyuarakan sokongan terhadap Palestin dan mengutuk kekejaman rejim Zionis.

Khabar angin berhubung penamatan kontrak penyanyi itu akhirnya terjawab apabila semalam (6 Disember) syarikat rakaman berkenaan secara rasmi mengesahkan kontrak Kaka atau nama sebenarnya Nor Atiqa Noor Azraff telah ditamatkan.

Baca Artikel Berkaitan: Kontrak Kaka Azraff Sah Ditamatkan Warner Music

Rakan Artis Beri Sokongan, Anggap Tindakan Kaka Sebagai Berani

Kontroversi tersebut bukan sahaja menarik perhatian netizen malah beberapa rakan artis turut tampil memberi memberi sokongan terhadap penyanyi berkenaan.

Antaranya pengacara Uyaina Arshad yang memuji tindakan Kaka yang berani dan lantang dalam menyatakan sokongan terhadap Palestin.

Malah, dia berharap agar Kaka tidak patah semangat susulan isu yang melanda dirinya pada ketika ini.

“Saya tahu Kaka cekal dan tak gentar. Jangan hilang semangat kerana ini adalah sebahagian daripada jihad dan paling penting kita tahu niat sebenar untuk beri kesedaran selain jadi suara kepada yang tidak mampu bersuara.

“Bagi saya tidak ada orang lain yang seberani serta selantang Kaka dalam menyuarakan dan mengutuk kekejaman Israel terhadap rakyat Palestin,” katanya yang dipetik dari Kosmo.

Faham Kenapa Sesetengah Artis Takut Untuk Bersuara

Tambah pengacara Wanita Hari Ini itu lagi, dia memahami kenapa ada di antara artis yang takut untuk bersuara mengenai konflik Palestin dan Israel.

“Memang ada risikonya macam akaun TikTok saya sendiri telah disekat, baru-baru ini. Tipulah kalau saya tak rasa sayang, tapi tak mengapa kita boleh buat akaun baharu.

“Senario berbeza pula perlu dihadapi individu yang bergantung kepada media sosial untuk menjana pendapatan, itu yang jadi masalah,” katanya lagi.

Zizan Beri Pujian Namun Ingatkan Perlu Ada Strategi Sendiri

Sama seperti Uyaina, pelawak terkenal Zizan Razak turut memuji keberanian Kaka dalam menyuarakan sokongan terhadap Palestin.

Menurut Zizan, setiap individu mempunyai cara dan strategi mereka tersendiri dalam memberikan sokongan terhadap isu semasa.

Walau bagaimanapun, pelakon utama filem Abang Long Fadil itu berpendapat setiap individu perlu sedar risiko yang bakal dihadapi akibat perbuatan yang dilakukan.

“Pada saya strategi itu terletak pada tangan kita, kalau kita nak berjuang sesuatu itu dalam rumah orang lain yang bukan hak milik sendiri, kita sudah tentu harus berjaga-jaga.

“Kena fikir sama ada perlu lantang bersuara atau tidak, jangan sampai merosakkan kerjaya kita.

“Pun begitu saya percaya bahawa Allah tahu niat baik kita, Allah tahu kepada siapa yang kita mahu tujukan. Di sini, saya memuji tindakan Kaka yang lantang bersuara,” katanya yang dipetik daripada Utusan Malaysia.

Tambah Zizan lagi, dia mempunyai cara tersendiri dalam menunjukkan sokongan kepada umum.

“Saya pun berjihad tapi saya tidak uar-uarkan kepada umum. Saya dah jalankan tanggungjawab saya dengan cara sendiri, bagi saya itu sudah cukup.

“Bila mendengar cerita pasal Kaka saya rasa kasihan pada dia. Tetapi rezeki milik Allah, kalau Kaka rasa itu terbaik untuk dia, terpulanglah. Begitu juga dengan sesiapa sahaja yang nak pilih jalan untuk lantang bersuara seperti itu,” katanya.

Mohon Kaka Tidak Bimbang

Turut menunjukkan sokongan terhadap Kaka adalah penyanyi dan pengacara terkenal Alif Satar yang sebelum itu sudah tampil menasihati agar penyanyi wanita itu tidak perlu risau tentang penamatan kontrak tersebut.

“Saya nak tekankan, ini melibatkan soal iman dan akidah.

“Tidak ada yang lebih besar daripada itu. Apa yang terjadi pastinya yang terbaik dan ada yang lebih baik.

“Saya pun suka tengok komen-komen yang menyokong Kaka dan sama-sama bersolidariti untuk mereka yang terkesan di Palestin,” kata Alif yang dipetik dari Kosmo.

Selain Uyaina, Zizan Razak dan Alif Satar, ibu saudara Kaka yang juga merupakan ratu rock negara, Ella turut memberikan sokongan terhadap anak saudaranya itu.

Menurut penyanyi berkenaan, Ella telah menghantar ‘Voice Note’ kepadanya sebelum sidang media pada hari ini (7 Disember) dan menyatakan sokongan terhadap penyanyi berkenaan.

Sebagai rekod, segalanya bermula apabila tular mesej peribadi (DM) di antara Kaka dan pelakon Australia pro-Israel, Nathaniel Buzolic berhubung konflik di Gaza.

Isu tersebut turut menyebabkan nama Kaka tersenarai dalam Instagram Jew Hate Database yang merupakan platform khas penyokong Israel.

Baca Artikel Berkaitan: Kontrak Kaka Azraff Bersama Warner Music Ditamatkan Gara-gara Lantang Sokong Palestin, Kritik Israel?

Baca Artikel Berkaitan: Kontrak Ditamatkan, Kaka Azraff Terkilan & Tuntut Penjelasan Warner Music

Baca Artikel Berkaitan: “Justice For Kaka”- Netizen Bela Kaka Azraff Mula Serang Akaun Warner Music Di Instagram

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.