fbpx
Now Reading
Raya Sama-Sama! Yayasan MR DIY, Alif Satar dan The Locos Santuni Anak-Anak Di Rumah Titian Kaseh

Raya Sama-Sama! Yayasan MR DIY, Alif Satar dan The Locos Santuni Anak-Anak Di Rumah Titian Kaseh

Program ini turut disertai oleh selebriti versatil, Alif Satar, dan kumpulan pemuziknya ‘The Locos’.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebagai sokongan kepada inisiatif Hari Raya Aidilfitri, ‘Raya Sama-Sama’ peruncit perkakas rumah terbesar di Malaysia, MR D.I.Y. menerusi Yayasan MR D.I.Y. baru-baru ini telah menganjurkan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) ‘Raya Sama-Sama Membantu’ di rumah anak-anak yatim Rumah Titian Kaseh di Kuala Lumpur.

Program ini menjadi lebih menarik apabila turut disertai oleh penyanyi, pelakon dan pengacara TV popular Malaysia, Alif Satar, dan kumpulan pemuziknya ‘The Locos’.

Ia adalah malam yang indah apabila para sukarelawan MR D.I.Y. Cares, Alif Satar dan The Locos seronok bermain permainan dan mengadakan sesi nyanyian nyanyian lagu Nasyid dan Hari Raya, serta membantu ‘Rumah Titian Kaseh’ memasang hiasan Hari Raya.

Ditambah pula dengan sesi ‘Buka Puasa’. Sebagai tanda penghargaan, rumah itu turut menerima sumbangan RM2,000 dalam bentuk MR D.I.Y. baucar tunai, dan kotak bantuan ‘Raya Sama-Sama Membantu’ yang dipenuhi dengan hiasan Hari Raya Aidilfitri dan keperluan harian.

Di acara yang berasingan, sukarelawan MR D.I.Y. Cares turut bekerjasama dengan rumah-rumah anak yatim dan rumah-rumah penjagaan, dengan menghantar kotak bantuan ‘Raya Sama-Sama Membantu’ ke 14 buah rumah kebajikan lain di seluruh negara.

Untuk maklumat lanjut mengenai inisiatif MR D.I.Y pada musim perayaan ini, layari mrdiy.com, mrdiy.com.my, Facebook, Instagram, dan TikTok.

Rumah kebajikan dan pertubuhan lain yang turut menerima sumbangan Hari Raya Aidilfitri daripada Yayasan MR D.I.Y adalah:

  • Pusat Jagaan Mahmudah Malaysia, Semenyih, Selangor
  • Rumah Anak-Anak Yatim Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj, Melaka Tengah, Melaka
  • Pertubuhan Anak Yatim Darul Aminan (PAYDA), Seremban, Negeri Sembilan
  • Pusat Jagaan Impian Syimah, Johor Bharu, Johor
  • Pertubuhan Kebajikan Baitul Husna, Kuantan, Pahang
  • Pusat Jagaan Sinar Berkat, Ipoh, Perak
  • Rumah Anak Yatim, Taman Seri Mengkuang, Kubang Semang, Pulau Pinang
  • Pertubuhan Rumah Anak Yatim Az Zahra, Merbok, Kedah
  • Pusat Jagaan Hembusan Kasih, Arau, Perlis
  • Rumah Anak Yatim Huzai, Kemaman, Terengganu
  • Yayasan Kebajikan Anak-Anak Yatim Kelantan, Pengkalan Chepa, Kelantan
  • Rumah Anak Yatim & Asnaf As Sakinah, Papar, Sabah
  • Pusat Jagaan Nur Murni, Kuching, Sarawak
Anak-anak ‘Rumah Titian Kaseh’ ‘Raya Sama-Sama’ sukarelawan Yayasan MR D.I.Y, Alif Satar dan The Locos
Salah sebuah rumah kebajikan, Rumah Anak Yatim, Taman Seri Mengkuang, Kubang Semang, Pulau Pinang, menerima sumbangan Hari Raya Aidilfitri ‘Raya Sama-Sama’ daripada Yayasan MR D.I.Y.
Sukarelawan MR D.I.Y. Cares di Pertubuhan Anak Yatim Darul Aminan (PAYDA), Seremban, Negeri Sembilan

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.