fbpx
Now Reading
Taufik Batisah Kongsi Rakyat Singapura Tak Lepas Peluang Sertai Geng Subuh Macam Jumaat [Video]

Taufik Batisah Kongsi Rakyat Singapura Tak Lepas Peluang Sertai Geng Subuh Macam Jumaat [Video]

Taufik Batisah turut mengucapkan terima kasih kepada pihak masjid kerana telah memberikan peluang kepadanya untuk menjadi bilal sewaktu kempen itu dijalankan di Masjid Mujahiddin.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Geng Subuh Macam Jumaat mula menjadi fenomena di negara ini selepas penyanyi terkenal, Alif Satar menjalankan kempen tersebut.

Kempen yang mendapat sambutan memberangsangkan itu mula dilakukan oleh penyanyi berkenaan pada Disember 2023 di lembah Klang.

Malah kempen itu turut disambut baik di beberapa kawasan lain yang mencontohi kempen berkenaan di tempat mereka.

Bukan hanya itu ia juga dipandang baik oleh pihak agamawan memandangkan ia mengajak orang ramai untuk melakukan kebaikan yang baik menuju ke jalan Allah SWT.

Singapura turut tidak ketinggalan sertai Geng Subuh Macam Jumaat

Apa lebih menarik selain Malaysia, negara jiran iaitu Singapura juga tidak melepaskan peluang untuk melakukan kempen Geng Subuh Macam Jumaat di negara mereka.

Menerusi video yang dikongsikan oleh penyanyi Singapura, Taufik Batisah di TikTok kelihatan ia mendapat sambutan meriah dengan kehadiran orang ramai.

Malah Taufik turut melaungkan azan sebelum solat subuh dimula di Masjid Mujahiddin, Singapura.

Jelas penyanyi itu, pada minggu lalu dia telah diberikan peluang untuk menjadi seorang bilal di masjid berkenaan dan ia sangat dihargai.

“Alhamdulillah minggu lepas saya dapat jadi bilal di masjid. Terima kasih Masjid Muhajiddin kerana telah memberi saya peluang ini.

“Terlalu banyak perlu diperbaiki insya-Allah,” katanya.

Malah dia juga turut mengucapkan terima kasih kepada beberapa individu kerana telah mempelawanya untuk menyertai Geng Subuh Macam Jumaat di masjid berkenaan.

Jelasnya perkara itu telah diinspirasi daripada gerakan dilakukan oleh Alif Satar, selain turut berterima kasih kepada pelatun lagu ‘Cukup Indah’ itu kerana memulakannya dan berharap ia memberikan inspirasi kepada orang ramai untuk solat di masjid.

Di Instagram Taufik turut menunjukkan ukhwah yang berlaku antara jemaah sepanjang kempen itu diadakan.

Ajak orang ramai sertai Geng Subuh Macam Jumaat bermula 20 dan 21 Januari di Masjid Darul Aman

Taufik dalam masa sama memaklumkan bahawa kempen itu akan diteruskan lagi di Masjid Darul Aman bermula 20 dan 21 Januari akan datang di negara tersebut.

Acara akan dimulakan pada jam 8.30 malam sehingga 7.30 pagi di mana ia akan bermula dengan solat Isyak secara berjemaah kemudian ceramah, seterusnya Qiyamullail, solat subuh berjemaah dan juga tazkirah.

Sebaik sahaja selesai jemaah akan mengadakan perjalanan pagi sejauh 3 kilometer (km) dan 6 km larian yang diketuai oleh Humankind Singapura.

“Kami mengajak anda semua untuk menyertai kami, bagi pihak Masjid Darul Aman kami sangat melakukan kehadiran anda.

“Tolong sebarkan pekara ini dan beritahu kepada rakan dan keluarga anda,” ujar pelantun lagu ‘Awak Kat Mana’.

@taufikbatisah

This Sunday 21 January #gengsubuhmacamjumaat di Masjid Darul Aman 4:00am: Solat Qiyamullail dipimpin oleh Ustaz Zahil Zakaria Al-Hafiz 5:50am: Solat Subuh berjemaah 6:15am: Tazkirah Subuh oleh Ustaz Dr Lutfi Masruh 7:30am: 3km Walk & 6km Run Please tag and share with your friends & family! Jom kita solat Subuh ramai2 insyaAllah ❤️

♬ Allahumma Salli Ala – Nashid

Ramai sambut baik kempen Geng Subuh Macam Jumaat di Singapura

Taufik juga meminta orang ramai untuk berkongsi video tersebut agar lebih ramai lagi akan menyertai kempen itu.

Mengintai di ruangan komen, gerakan itu mendapat respon yang positif daripada orang ramai.

Malah ada yang mendoakan agar perkara itu akan sentiasa berterusan dilakukan di negara berkenaan.

“Untung siapa yang mulakan dan mengajak kebaikan.. pahala terus mengalir. Pahala”

“Alhamdulillah semoga terus istiqamah bro, terbaik”

“Alhamdulillah semoga berterusan dan dipermudahkan urusan yang ingin berjemaah bersama”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.