fbpx
Now Reading
Imam Solat Tarawih, Tapi Makmum Qada’ Solat Subuh Boleh Atau Tidak? Ini Jawapannya [Video]

Imam Solat Tarawih, Tapi Makmum Qada’ Solat Subuh Boleh Atau Tidak? Ini Jawapannya [Video]

Solat fardhu merupakan solat yang wajib dilakukan dan sekiranya ditinggalkan dengan tidak sengaja seperti tertidur, terlupa atau sebagainya, maka ia wajib diganti.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sudah menjadi suatu kebiasaan para umat Islam di seluruh dunia termasuk Malaysia akan mengerjakan solat sunat Tarawih di masjid setiap kali tibanya bulan Ramadan.

Bagaimanapun, umat Islam tetap diwajibkan untuk mendahului qada’ (ganti) solat fardu yang ditinggalkan sebelum ini berbanding solat sunat.

Hal ini kerana, solat fardu merupakan solat yang wajib dilakukan dan sekiranya ditinggalkan dengan tidak sengaja seperti tertidur, terlupa atau sebagainya, maka ia wajib diganti.

Memandangkan solat Tarawih dilakukan secara dua rakaat satu salam sama seperti solat Subuh, maka timbul persoalan sama ada bolehkah kita menunaikan solat fardu itu ketika imam mengerjakan solat sunat terbabit.

Makmum boleh solat Qada’ subuh ketika imam solat Tarawih

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @masjid.kg.nakhoda, seorang lelaki yang merujuk kepada kitab Taqrirat Sadidah menyatakan bahawa makmum boleh menggantikan solat Subuh ketika imam dan jemaah lain sedang menunaikan solat Tarawih.

“Boleh jika imam solat sunat, makmum di belakang solat fardu,” katanya.

Lelaki terbabit pada masa yang sama turut mengajar dan menunjukkan cara untuk melakukannya untuk pengetahuan orang ramai.

“Contoh saya sebagai makmum nak solat sunat Tarawih, bila imam solat Tarawih kita sebagai makmum akan takbir macam biasa ‘Allahuakbar’ dan niat dalam hati ‘sahaja aku solat fardu Subuh qada menjadi makmum’.

“Bila imam rukuk, maka kita pun rukuk, bila imam iktidal, kita pun iktidal dan bila imam sujud kita pun sujud,” katanya.

Doa Qunut tak wajib baca ketika solat berjemaah dengan imam solat Tarawih

Menurutnya, mereka yang melakukan solat qada’ fardu ketika menjadi makmum tidak wajib untuk melakukan bacaan doa Qunut selepas bangun daripada rukuk rakaat kedua.

“Tidak perlu baca kerana doa Qunut itu dikira sebagai sunat ab’ad, jadi jika tidak dibaca solat masih sah dan yang kedua kita nak elak daripada terkena fitnah.”

Jelasnya lagi, doa Qunut juga tidak wajib dibaca kerana untuk mengelak berlakunya sebarang fitnah daripada para jemaah yang lain.

Menunaikan solat sunat Tarawih dan Witir sepanjang bulan Ramadan ini semangnya sesuatu perkara yang baik dan terpuji, namun jangan pula kita lupa untuk menggantikan solat fardu yang pernah ditinggalkan sebelum ini.

Diharapkan perkongsian ini dapat memberi manfaat berguna buat anda semua dan bantu sebarkan buat pengetahuan yang lain.

Jawapan sama turut dijelaskan oleh pendakwa terkenal, Ustaz Azhar Idrus dalam satu video kuliah dan sesi soal jawab agama pada 2022 lalu.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.