fbpx
Now Reading
Kontrak Ditamatkan, Kaka Azraff Terkilan & Tuntut Penjelasan Warner Music

Kontrak Ditamatkan, Kaka Azraff Terkilan & Tuntut Penjelasan Warner Music

Menurut Kaka dia tidak terkilan kontraknya ditamatkan namun kecewa ianya berakhir sebegitu rupa tanpa ada perbincangan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Penyanyi, Kaka Azraff meluahkan rasa terkilan dan menuntut syarikat rakaman Warner Music Malaysia memberi penjelasan atas keputusan menamatkan kontraknya secara tiba-tiba tanpa sebarang alasan munasabah.

Menurut Kaka, dia sudah menerima surat penamatan kontrak tersebut namun ia tidak menyatakan sebarang alasan penamatan kontraknya yang dianggap berlaku secara tiba-tiba.

Justeru dia mahu satu kenyataan dikeluarkan oleh Warner Music di sebalik keputusan tersebut.

“Saya sudah terima (surat), tetapi alasan penamatan kontrak itu tidak dijelaskan dan dimaklumkan. Sejujurnya, saya terkilan.

“Saya dan pihak peguam tiada perancangan untuk ambil tindakan undang-undang.

“Tetapi saya berharap ada kenyataan rasmi kenapa saya diberhentikan. Itu lebih baik,” katanya.

Tambahnya lagi, sebagai salah seorang penyanyi paling lama bernaung di bawah Warner Music, sepatutnya pihak terbabit mempunyai pertimbangan wajar dengan memperincikan alasan mereka.

“Sebagai salah seorang artis rakaman dan antara yang paling lama di Warner Music Malaysia, saya percaya, paling kurang saya seharusnya diberikan sebab rasmi mengapa pengurusan label ini memutuskan untuk menamatkan kontrak kami.

“Saya tidaklah terkilan apabila kontrak ditamatkan kerana percaya rezeki Allah itu luas, tapi kecewa ditamatkan sedemikian rupa dan secara mengejut tanpa ada ruang perbincangan, walaupun tempoh notis diberikan adalah selama 30 hari,” katanya.

Dalam pada itu, Kaka menyifatkan penamatan kontrak lebih awal dengan Warner Music kerana kelantangannya bersuara isu Palestin adalah satu jihad kecil.

Malah Kaka atau nama penuhnya  Nor Atiqa Noor Azraff menegaskan apa yang dilakukannya adalah sebagai tanda sokongan buat rakyat Palestin dan perkara itu langsung tidak memberi kesan kepadanya.

“Saya lihat dari sudut yang positif sebab saya tahu bersama di pihak yang benar. Baru beberapa hari jadi nampak positif sahaja.

“Saya tak nak lihat dari sudut negatif sebab apa yang saya buat adalah untuk saudara kita di sana (Palestin).

“Jadi kalau mendatangkan kesusahan sikit, saya anggap ini jihad kecil daripada saya,” katanya.

Terdahulu Warner Music mengesahkan sudah membatalkan kontrak rakaman bersama Kaka. Syarikat rakaman berkenaan bagaimanapun tidak menyatakan secara terperinci bilakah tarikh kontrak itu ditamatkan.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.