Tidak dinafikan Pulau Langkawi merupakan salah satu destinasi pelancongan yang popular di Malaysia.
Malah keindahan laut yang biru sentiasa membuatkan para pelancong di dalam dan luar negara untuk kembali ke Langkawi.
Walau bagaimanapun, umum mengetahui perjalanan untuk masuk ke Pulau Langkawi perlu menggunakan kenderaan awam sama ada di ruang udara atau laut seperti kapal terbang dan feri.
Baru-baru ini, kecoh di media sosial apabila Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Mohd Suhaimi Abdullah mengeluarkan kenyataan ketika bersidang di parlimen sehingga membuatkan Menteri Pengangkutan Malaysia (MOT), Anthony Loke terkejut.
Menerusi video yang dikongsikan, Mohd Suhaimi telah bertanya kepada Anthony adakah perlu untuk mengadakan Mass Rapid Transit (MRT) dari Alor Setar ke Kuah, Langkawi.
Perkara itu disuarakan oleh MP Langkawi berkenaan disebabkan jadual feri yang tidak menentu dan berbeza sewaktu program LIMA diadakan.
“Semasa LIMA feri berjalan seperti biasa sehingga ada 6 kali sehari (perjalanan yang dijadualkan) sehari tetapi sekarang 3 kali sehari. Kenapa semasa LIMA perkara ini boleh diperbetulkan?
“Yang kedua, ada cadangan kerana dah muak dengan feri ini mereka mencadangkan sama ada perlukah diadakan keretapi daripada Alor Setar ke Kuah macam MRT di KL ini lah,” tanya Suhaimi.
Anthony kemudian menjawab dia tidak pasti ada soalan yang didengar dari MP tersebut adalah benar atau tidak untuk menggunakan MRT bagi menghubungkan dua kawasan itu.
“Saya tak pasti saya dengar betul ke tidak dari Alor Setar ke Kuah menggunakan MRT.
“Sebab dia perlu merentasi laut,” jelas menteri itu sebelum mengulas jawapan mengenai jadual perjalanan feri.
Menurut semakan portal saudara kami TRP, jarak dari Alor Setar yang merupakan ibu negeri Kedah ke Kuah, Langkawi adalah sekitar 61.1 kilometer berdasarkan semakan di Google Maps dan ia adalah gabungan darat serta laut.
Untuk membina laluan keretapi di darat bukanlah suatu masalah yang besar namun sedikit rumit jika melalui laut.
Menggunakan Kuala Kedah sebagai titik permulaan keretapi, laut dan akan diakhiri dengan satu titik di Langkawi berdekatan Jeti Penarak yang berdekat dengan Kuah jarak ini adalah sejauh 51.5km merentasi lautan.
Adakah idea ini sesuatu yang mustahil? Bagi kami tidak sekiranya ia menggunakan keretapi biasa seperti yang digunakan di Eurostar yang menghubungkan United Kingdom dan Eropah merentasi bawah lautan Selat Inggeris.
Namun untuk menggunakan MRT ia agak janggal kerana perkhidmatan tersebut tertumpu kepada kawasan kecil bagi jarak yang dekat.
Perkara itu secara tidak langsung turut memberi pelbagai reaksi di kalangan orang ramai apabila ada yang seolah-olah tidak boleh menerima pertanyaan itu.
Tidak kurang juga ada menyatakan ia adalah suatu pembaziran sekiranya ingin membina MRT dari Alor Setar ke Langkawi.
Terdapat juga yang menyatakan kemungkinan MP itu ingin mencadangkan keretapi seperti Eurostar di UK yang melintas dibawah laut dari England ke France namun ia memakan kos yang tinggi.
Keseluruhannya yang mana satu lebih berbaloi? Sama ada MHflypass ASEAN oleh MAS atau ASEAN Explorer…
Menurut Fahmi, akaun Meta Malaysia Gazette telah dinyahaktif sehingga terpaksa membuka akaun baru.
Jelas pelantun lagu Sumpah itu, komen yang dilemparkan telah lari dari objektif asal ciapannya di…
Perbuatan melutut juga bercanggah dengan tuntutan syarak supaya memberi kemaafan dengan berlapang dada.
Menurut Nur, keputusan itu dibuat setelah anak sulungnya yang berusia 12 tahun mendedahkan perbuatan keji…
Bagi pokok awam yang dijaga oleh DBKL, pihak mereka akan melakukan pemantauan berkala jika berlaku…