fbpx
Now Reading
Cadangan Bina MRT Alor Setar – Pekan Kuah, Langkawi Undang Pelbagai Reaksi [Video]

Cadangan Bina MRT Alor Setar – Pekan Kuah, Langkawi Undang Pelbagai Reaksi [Video]

Anthony bagaimanapun menjawab dia tidak pasti dengan pertanyaan dari MP Langkawi untuk mengadakan MRT dari Alor Setar ke Kuah memandangkan ia perlu merentasi laut.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tidak dinafikan Pulau Langkawi merupakan salah satu destinasi pelancongan yang popular di Malaysia.

Malah keindahan laut yang biru sentiasa membuatkan para pelancong di dalam dan luar negara untuk kembali ke Langkawi.

Walau bagaimanapun, umum mengetahui perjalanan untuk masuk ke Pulau Langkawi perlu menggunakan kenderaan awam sama ada di ruang udara atau laut seperti kapal terbang dan feri.

Pertanyaan MP Langkawi buat Anthony Loke terkejut

Baru-baru ini, kecoh di media sosial apabila Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Mohd Suhaimi Abdullah mengeluarkan kenyataan ketika bersidang di parlimen sehingga membuatkan Menteri Pengangkutan Malaysia (MOT), Anthony Loke terkejut.

Menerusi video yang dikongsikan, Mohd Suhaimi telah bertanya kepada Anthony adakah perlu untuk mengadakan Mass Rapid Transit (MRT) dari Alor Setar ke Kuah, Langkawi.

Cadang sama ada perlu atau tidak buat MRT dari Alor Setar ke Kuah, Langkawi

Perkara itu disuarakan oleh MP Langkawi berkenaan disebabkan jadual feri yang tidak menentu dan berbeza sewaktu program LIMA diadakan.

“Semasa LIMA feri berjalan seperti biasa sehingga ada 6 kali sehari (perjalanan yang dijadualkan) sehari tetapi sekarang 3 kali sehari. Kenapa semasa LIMA perkara ini boleh diperbetulkan?

“Yang kedua, ada cadangan kerana dah muak dengan feri ini mereka mencadangkan sama ada perlukah diadakan keretapi daripada Alor Setar ke Kuah macam MRT di KL ini lah,” tanya Suhaimi.

Anthony tak pasti dengan soalan ditanya oleh MP Langkawi

Anthony kemudian menjawab dia tidak pasti ada soalan yang didengar dari MP tersebut adalah benar atau tidak untuk menggunakan MRT bagi menghubungkan dua kawasan itu.

“Saya tak pasti saya dengar betul ke tidak dari Alor Setar ke Kuah menggunakan MRT.

“Sebab dia perlu merentasi laut,” jelas menteri itu sebelum mengulas jawapan mengenai jadual perjalanan feri.

Jarak dari Alor Setar ke Kuah dianggarkan sekitar 61.1km

Menurut semakan portal saudara kami TRP, jarak dari Alor Setar yang merupakan ibu negeri Kedah ke Kuah, Langkawi adalah sekitar 61.1 kilometer berdasarkan semakan di Google Maps dan ia adalah gabungan darat serta laut.

Foto: TRP

Untuk membina laluan keretapi di darat bukanlah suatu masalah yang besar namun sedikit rumit jika melalui laut.

Menggunakan Kuala Kedah sebagai titik permulaan keretapi, laut dan akan diakhiri dengan satu titik di Langkawi berdekatan Jeti Penarak yang berdekat dengan Kuah jarak ini adalah sejauh 51.5km merentasi lautan.

Adakah idea ini sesuatu yang mustahil? Bagi kami tidak sekiranya ia menggunakan keretapi biasa seperti yang digunakan di Eurostar yang menghubungkan United Kingdom dan Eropah merentasi bawah lautan Selat Inggeris.

Namun untuk menggunakan MRT ia agak janggal kerana perkhidmatan tersebut tertumpu kepada kawasan kecil bagi jarak yang dekat.

Undang pelbagai reaksi dikalangan orang ramai

Perkara itu secara tidak langsung turut memberi pelbagai reaksi di kalangan orang ramai apabila ada yang seolah-olah tidak boleh menerima pertanyaan itu.

Tidak kurang juga ada menyatakan ia adalah suatu pembaziran sekiranya ingin membina MRT dari Alor Setar ke Langkawi.

Terdapat juga yang menyatakan kemungkinan MP itu ingin mencadangkan keretapi seperti Eurostar di UK yang melintas dibawah laut dari England ke France namun ia memakan kos yang tinggi.

“Saya nak tanya, ini soalan yang serius kalau bina landasan keretapi dan lain-lain adakah lagi mahal dari buat jambatan dari Perlis atau Kedah ke Langkawi? Pendapat saya, baik buat jambatan macam penang tu, senang untuk keluar masuk guna kenderaan sendiri”

“Pembaziran je kalau nak buat MRT ke Langkawi, jenuh nak tanggung kos pengendalian. Penduduk Langkawi pun tak ramai dan tempat pelancongan pun bukannya satu tempat. Lebih baik naik taraf lapangan terbang dan jeti Langkawi je dah memadai, lagipun Langkawi malam-malam dah mati”

“Atau dia nak sebut keretapi macam Eurostar di United Kingdom yang melintas bawah laut dari England ke France? Nice tapi kos tinggi”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.