Ayah Buat Perjanjian Dengan Anak ‘Tiada Pakwe Sampai Habis Belajar’ Buat Ramai Terhibur [Video]

Setiap ibu bapa pasti mahu perkara terbaik buat anak-anak. Ini kerana anak merupakan anugerah dan amanah tuhan yang tidak ternilai.

Apabila menyebut soal mendidik anak, pernahkah anda mendengar kata orang-orang tua dahulu bahawa menjaga anak perempuan lebih susah daripada menjaga 100 ekor lembu.

Ini kerana didikan serta jagaan yang teliti dan rapi perlu diberi kepada mereka agar didikan tersebut dapat diamalkan apabila mereka besar nanti.

Namun, pada masa kini, tugas mendidik anak terutamanya anak perempuan boleh menjadi sukar akibat daripada kecanggihan teknologi dan perkara lain seperti rakan sebaya dan media sosial yang boleh memberi pengaruh dalam kehidupan anak-anak.

Lelaki Buat Perjanjian Dengan Anak, Tiada Teman Lelaki Sehingga Habis Belajar

Risau dengan cabaran dan dugaan pada masa hadapan, seorang bapa telah membuat perjanjian bersama dua orang anak dara ciliknya.

Menerusi video yang dikongsikan di akaun TikTok @abah_double_sumayyah, dia telah berkongsikan momen di mana satu perjanjian telah dibuat di antara dia dan anak-anak perempuannya berkaitan tiada teman lelaki sehingga mereka menamatkan pelajaran.

Kelihatan lelaki berkenaan menunjukkan dokumen perjanjian yang tertera ‘Perjanjian di antara Abah dan anak-anak abah: Tiada Pakwe Sehingga Tamat Belajar’.

“Baca ini abah dah buat ayat besar-besar dah ini ‘Tiada Pakwe Sehingga Tamat Belajar’, bukan habis form 5 (tingkatan 5).

“Habiskan dulu diploma dengan degree (ijazah) tahu, baru ada pakwe, boleh? Kakak boleh? Janji?” kata lelaki berkenaan kepada anak-anaknya itu.

Apa yang menarik perhatian adalah kelihatan dia turut meminta kedua-dua anak perempuannya menurunkan tandatangan sebagai tanda setuju dengan perjanjian tersebut sebelum ianya dituruti oleh si anak.

Video yang telah mendapat lebih 500 ribu tontonan itu nyata menarik perhatian warganet. Rata-rata terhibur dengan apa yang dibuat oleh lelaki berkenaan bersama anak perempuannya itu.

Malah, ada yang percaya tidak mustahil perkara sebegini turut dilakukan oleh ayah mereka suatu masa dahulu menyebabkan mereka kini masih kekal single.

Perjanjian Tak Sah Sebab Bawah Umur

Siap Salam Ambil Gambar, Ingat Sign Agreement Insuran

Ramai Saksi Ni

Agaknya Waktu Aku Kecil, Aku Pun Ada Sign Perjanjian Ni, Tu Sampai Sekarang Masih Single

Mungkin Bapa Aku Buat Perjanjian Gini Kot Dulu, Tu Single Sampai Sekarang

Bapa Aku Selalu Ingatkan Macam Ni Dulu, Last-Last Sampai Sekarang Dah 27 Tahun Pun Tak Jumpa Jodoh Lagi

Baca Artikel Berkaitan: Anak Nangis Lihat Tandatangan Bapa Di Surat Kebenaran Buat Ramai Terhibur [Video]

Baca Artikel Berkaitan: “The Ball Is Jepun?” – Ibu Pening Semak Buku Latihan Anak, Rupanya Sebab Tampal Kertas Terbalik [Video]

Recent Posts

  • Trending

Dituduh Tak Cakna Isu Di Rafah, Ning Baizura Akhirnya Tampil Beri Penjelasan [Video]

Menurut Ning Baizura, dia juga tahu mengenai apa yang berlaku di Palestin, tidak seperti apa…

15 hours ago
  • Trending

Islam Tidak Merestui Perbuatan Atau Penganjuran ‘Speed Dating’ – Mufti Pulau Pinang

Difahamkan, program cari jodoh itu terbuka buat mereka yang berusia 25 hingga 35 tahun dan…

1 day ago
  • News
  • Trending

KPN Sahkan Suspek Kes Serangan Balai Polis Ulu Tiram Anggota JI, 7 Individu Ditahan

Menurut KPN, suspek telah membuat persediaan untuk menyerang Balai Polis Ulu Tiram berkenaan kerana menggunakan…

1 day ago
  • Trending

“Mentaliti Rendah” – Pemandu Parkir Kereta Di Selekoh & Pejalan Kaki Dikecam

Pemandu kereta jenis Lamborgini Hurucan, MPV dan SUV itu meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya…

1 day ago
  • Hiburan
  • Trending

Fatiya Latiff Dedah Hidap Skizofrenia, Mohon Maaf Pada Ibu Dalam Ucapan Hari Jadi

Skizofrenia merupakan penyakit mental kronik yang menyebabkan berlaku gangguan pemikiran secara serius.

2 days ago
  • Trending

“Tak Perlu 8 Bulan”- Dr Akmal Saleh Bantu Selesai Masalah Ketiadaan Meja & Kerusi Dalam Tempoh 24 Jam [Video]

Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu melakukan lawatan mengejut ke sekolah rendah agama berkenaan…

2 days ago