Anak Nangis Lihat Tandatangan Bapa Di Surat Kebenaran Buat Ramai Terhibur [Video]
Awalnya kanak-kanak itu menangis kerana menyangkakan surat kebenaran bagi program lawatan dilakukan sekolah telah diconteng oleh bapanya.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Umum mengetahui setiap sekolah atau tadika pasti mempunyai acara tahunan yang telah disusun sejak awal tahun lagi.
Antara acara atau program tahunan yang akan diadakan adalah hari sukan, perjumpaan ibu bapa, lawatan sambil belajar serta banyak lagi.
Acara lawatan sambil belajar merupakan salah satu program yang sering dinanti-nantikan oleh pelajar kerana ketika inilah mereka dapat melihat dunia luar bersama rakan sekelas.
Kanak-kanak menangis ingat surat kebenaran diconteng bapa
Baru-baru ini, tular satu video memaparkan seorang kanak-kanak yang menangis kerana menyangkakan dia tidak dapat mengikut rakan sekelasnya ke satu lawatan.
Menerusi video yang dikongsikan oleh @hanaishiteru di TikTok, kelihatan kanak-kanak berkenaan menangis teresak-esak kerana berasa sedih selepas melihat borang kebenaran yang diberikan kepada bapanya telah ‘diconteng’.
Bukan diconteng sebaliknya ia adalah tandatangan bapa
Namun si ibu cuba menjelaskan kepada anak perempuannya itu bahawa borang berkenaan bukan diconteng sebaliknya telah diisi dan ditandatangan oleh bapanya.
Dia kemudian mempamerkan tandatangan bapanya yang besar sehingga melebihi ruang yang disediakan.
“Terkejut anak tengok tandatangan bapa besar terlajak, trauma sekejap.
“Yaya ingatkan daddy conteng borang dia nak pergi jalan dengan kawan-kawan,” kata si ibu.
Jelas Hana, perkara itu telah menjadi kebiasaan suaminya.
Ramai yang terhibur dengan perkongsian si bapa
Melihat di ruangan komen, ramai yang terhibur dengan video tersebut malah ada yang mengatakan si kecil itu menangis mungkin kerana takut dimarahi gurunya.
Tidak kurang juga ada yang mengatakan bapa kanak-kanak itu juga tak nak kalah kerana meninggalkan tandatangan yang besar pada surat kebenaran si kecil.