Bangkit dari suatu pengalaman yang mengerikan sehingga menyebabkan trauma bukanlah suatu perkara yang mudah.
Malah segelintir individu memerlukan tempoh yang sangat lama untuk pulih darinya selepas menjalani beberapa sesi rawatan bersama pakar termasuklah dari sokongan yang tersayang.
Baru-baru ini, seorang individu yang dikenali sebagai @fatiniqaa telah berkongsi di laman X (Twitter) mengenai keadaan dirinya selepas jatuh dari ketinggian 12 meter ketika berada di tapak projek.
Jelas Fatin, awalnya doktor menjangkakan dia hanya mempunyai peluang sebanyak 10% untuk berjalan kerana kelihatan urat telah putus.
Namun atas kuasa Allah SWT selepas pembedahan doktor mendapati urat berbabit tidak putus dan dia hanya memerlukan sedikit masa untuk berjalan semula seperti sebelumnya meskipun tidak tahu bilakah waktu itu akan tiba.
Dalam hantaran itu, Fatin turut berkongsi video menunjukkan suami tercinta membantunya untuk membersihkan diri ketika berada di hospital.
Dapat dilihat dia dilayan seperti puteri apabila sang suami membasuh rambutnya, mengeringkan serta memakai alat penjagaan kulit pada wajah.
Dalam pada itu, Fatin menjelaskan kejadian jatuh itu telah menyebabkan dia patah tulang pelvis dan juga tulang belakang sehingga ia perlu dimasukkan sebanyak 8 skru dan 2 titanium.
Ujarnya, dia telah membuat pelbagai perancangan pada tahun ini seperti berbulan madu, graduasi serta ingin memiliki bayi namun Allah SWT telah menentukan segalanya.
“Saya bersyukur sekurang-kurangnya tuhan telah jodohkan i dahulu dengan suami walaupun baru dua bulan berkahwin.
“Saya telah cuba sedaya upaya untuk kuat, tetapi selepas keluar dan balik ke rumah serta lihat suami dan mak bersihkan badan saya, basuh najis, ia membuatkan saya menangis.
“Allahu terus saya makin semangat untuk cepat sembuh, saya tak nak jadi beban,” kata Fatin selain menyatakan dia belajar pelbagai perkara dari ujian tersebut dan reda dengannya.
Fatin turut mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang telah mendoakannya serta memohon maaf kerana tidak dapat membalas ucapan tersebut satu per satu.
“Tolong ingat saya dalam doa anda semua, saya doakan agar semua sentiasa dalam lindunganNya.”
Melihat di ruangan balas, ramai yang prihatin terhadap keadaan di alami Fatin dan berharap agar segala urusannya dipermudahkan.
Malah, jururawat yang menjaganya turut mendoakan agar dia diberikan kesembuhan yang cepat.
Tambah Anwar lagi, golongan yang tidak mendapat manfaat daripada penyasaran subsidi ini adalah T20 dan…
Penerbangan Singapore Airlines SQ321 yang terbang dari London ke Singapura terpaksa dilencongkan ke Bangkok.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri, Mohd Fared Mohd Khalid bagaimanapun mengesahkan bahawa madrasah…
Tuan rumah itu menawarkan ruang tamu yang dilengkapi dengan katil bujang berserta pasu bunga dengan…
Malah, di akhir video tersebut, anggota polis itu sempat menitipkan pesanan agar pekerja dari Indonesia…
Menurut wanita OKU berkenaan, dia kecewa kerana ramai yang tidak peka dengan keadaan sekeliling ketika…