Suami Jaga Bak Puteri, Wanita Cerita Kejadian Jatuh Dari Ketinggian 12m Raih Perhatian [Video]
Menurut Fatin, awalnya doktor menjelaskan dia hanya mempunyai 10% peluang untuk berjalan semula kerana kelihatan seperti uratnya putus.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Bangkit dari suatu pengalaman yang mengerikan sehingga menyebabkan trauma bukanlah suatu perkara yang mudah.
Malah segelintir individu memerlukan tempoh yang sangat lama untuk pulih darinya selepas menjalani beberapa sesi rawatan bersama pakar termasuklah dari sokongan yang tersayang.
Jatuh dari ketinggian 12 meter, doktor beritahu hanya ada 10% peluang untuk jalan semula
Baru-baru ini, seorang individu yang dikenali sebagai @fatiniqaa telah berkongsi di laman X (Twitter) mengenai keadaan dirinya selepas jatuh dari ketinggian 12 meter ketika berada di tapak projek.
Jelas Fatin, awalnya doktor menjangkakan dia hanya mempunyai peluang sebanyak 10% untuk berjalan kerana kelihatan urat telah putus.
Namun atas kuasa Allah SWT selepas pembedahan doktor mendapati urat berbabit tidak putus dan dia hanya memerlukan sedikit masa untuk berjalan semula seperti sebelumnya meskipun tidak tahu bilakah waktu itu akan tiba.
Suami bantu uruskan diri ketika terima rawatan di hospital
Dalam hantaran itu, Fatin turut berkongsi video menunjukkan suami tercinta membantunya untuk membersihkan diri ketika berada di hospital.
Dapat dilihat dia dilayan seperti puteri apabila sang suami membasuh rambutnya, mengeringkan serta memakai alat penjagaan kulit pada wajah.
Dalam pada itu, Fatin menjelaskan kejadian jatuh itu telah menyebabkan dia patah tulang pelvis dan juga tulang belakang sehingga ia perlu dimasukkan sebanyak 8 skru dan 2 titanium.
Ada pelbagai rancangan namun reda dengan ujian diberikan Allah SWT
Ujarnya, dia telah membuat pelbagai perancangan pada tahun ini seperti berbulan madu, graduasi serta ingin memiliki bayi namun Allah SWT telah menentukan segalanya.
“Saya bersyukur sekurang-kurangnya tuhan telah jodohkan i dahulu dengan suami walaupun baru dua bulan berkahwin.
“Saya telah cuba sedaya upaya untuk kuat, tetapi selepas keluar dan balik ke rumah serta lihat suami dan mak bersihkan badan saya, basuh najis, ia membuatkan saya menangis.
“Allahu terus saya makin semangat untuk cepat sembuh, saya tak nak jadi beban,” kata Fatin selain menyatakan dia belajar pelbagai perkara dari ujian tersebut dan reda dengannya.
Fractured pelvis and ni spine i sekaranggg 8screw and 2 titanium ya macam iphone 15 😂 pic.twitter.com/9TzNw0qnz0
— fatih 🍫 (@fatiniqaaa) September 30, 2023
Ucap terima kasih orang ramai yang mendoakan
Fatin turut mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang telah mendoakannya serta memohon maaf kerana tidak dapat membalas ucapan tersebut satu per satu.
“Tolong ingat saya dalam doa anda semua, saya doakan agar semua sentiasa dalam lindunganNya.”
Melihat di ruangan balas, ramai yang prihatin terhadap keadaan di alami Fatin dan berharap agar segala urusannya dipermudahkan.
Malah, jururawat yang menjaganya turut mendoakan agar dia diberikan kesembuhan yang cepat.