Bapa Dukung Anak Syurga Ke Garisan Penamat Ketika Sertai Marathon Buat Ramai Sebak [Video]

Seseorang yang bergelar bapa pasti sanggup melakukan apa sahaja demi anak yang tersayang.

Malah ada yang sanggup mempertaruhkan nyawa atau berhabisan wang sekalipun demi melihat anaknya dapat menjalani kehidupan yang bahagia.

Bapa sanggup tolak anak istimewa dalam stroller sambil berlari marathon

Baru-baru ini, tular satu video di TikTok memaparkan seorang bapa yang membawa anak syurganya menyertai Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon (KLSCM) pada 1 Oktober lalu.

Menerusi video dikongsikan oleh Wira Sudepja Rabu, kelihatan bapa itu menolak anak perempuan yang juga Orang Kurang Upaya (OKU) berada di dalam stroller sambil berlari ketika menyertai program tersebut.

Malah apa yang lebih menarik, anak perempuan yang mesra dipanggil Dihan itu kelihatan tenang dan seronok sepanjang dibawa berlari bersama bapanya.

Penyokong turut bersorak beri semangat

Bukan hanya itu, orang ramai yang menjadi penyokong di tepi jalan turut bersorak memberi semangat buat mereka ketika menuju ke garisan penamat.

Ketika menghampiri garisan penamat bapa itu segera mendukung anak syurganya itu dan berlari anak ke garisan penamat.

Perkara itu dilakukan oleh si bapa kerana ingin mencipta momen istimewa bersama anaknya selain mahu meraikan hari jadi Dihan yang ke-15 tahun.

Sebaik sahaja sampai ke garisan penamat, bapa itu terus mengucup pipi anaknya selain turut meninggalkan pesan buat si manja.

“Duhai anak, hidup ini bukan sekadar bertahan hidup, hidup anak syurga seperti mu luar biasa.

“Semoga terus dikurniakan kesihatan yang baik, agar kita hargai nikmat kehidupan dengan kesyukuran,” tulisnya.

Wira dalam masa sama turut mengucapkan syukur atas anugerah terindah yang diberikan Allah SWT kepadanya.

Mahu terus cipta kenangan bersama anak

Memetik laporan Harian Metro, bapa itu akan terus mencipta momen bahagia bersama Dihan selagi diberikan kesempatan.

“Selagi ada kudrat, selagi anak syurga saya bernyawa, saya mahu terus mencipta momen bahagian dengannya. Saya mahu dia sentiasa tersenyum,” jelasnya.

Untuk makluman, Dihan atau nama penuhnya Nur Wadihan menghidap Cerebral Palsy sejak lahir dan Wira telah mendedahkannya kepada aktiviti seperti ini sejak dia berusia enam tahun lagi.

Pernah sertai acara berbasikal dan dapat dua pengiktirafan MBOR

Antara acara yang disertai oleh bapa ini dan Dihan adalah berbasikal ke Bukit Fraser, Pahang pada 2020 manakala pada 2021 mereka berbasikal ke Gunung Jerai, Kedah serta Wang Kelian, Perlis.

Malah sebelum ini mereka turut berhasrat untuk melakukan kayuhan berbukit di Sumpitan Lenggong namun ia tergendala atas faktor kesihatan Dihan yang tidak mengizinkan.

“Saya memang nak cipta momen luar biasa dengan dia. Dia memang tak tahu apa-apa, tapi dapat tengok keseronokan pada wajahnya. Melihat dia ketawa, bagi saya itu cukup mahal,” ujarnya lagi.

Anak beranak ini turut menerima sebanyak dua pengiktirafan dari Malaysia Book of Records (MBOR) bagi penyertaan dalam acara duathlon dengan menaiki kerusi roda.

Melihat di ruangan komen, ramai yang kagum dengan semangat dimiliki bapa hebat ini malah ia turut membuatkan mereka sebak.

“Sayang kalau sampai depan pintu syurga, jangan lupa genggam erat tangan ayah”

“Saya pernah ada anak syurga, masuk funrun betapa seronok dia dengan suasana malam. Kami tolak sampai ke garisan penamat. Semua tinggal kenangan”

“Awak adalah antara bapa yang hebat penah saya lihat. Semoga tuhan memberkati awak dan wirawati (anak perempuan)”

“Senyum sorang tengok ni, sukanya tengok orang bersorak untuk Dihan dan abang. Happy tengok Dihan”

Recent Posts

  • Trending

Dituduh Tak Cakna Isu Di Rafah, Ning Baizura Akhirnya Tampil Beri Penjelasan [Video]

Menurut Ning Baizura, dia juga tahu mengenai apa yang berlaku di Palestin, tidak seperti apa…

9 hours ago
  • Trending

Islam Tidak Merestui Perbuatan Atau Penganjuran ‘Speed Dating’ – Mufti Pulau Pinang

Difahamkan, program cari jodoh itu terbuka buat mereka yang berusia 25 hingga 35 tahun dan…

1 day ago
  • News
  • Trending

KPN Sahkan Suspek Kes Serangan Balai Polis Ulu Tiram Anggota JI, 7 Individu Ditahan

Menurut KPN, suspek telah membuat persediaan untuk menyerang Balai Polis Ulu Tiram berkenaan kerana menggunakan…

1 day ago
  • Trending

“Mentaliti Rendah” – Pemandu Parkir Kereta Di Selekoh & Pejalan Kaki Dikecam

Pemandu kereta jenis Lamborgini Hurucan, MPV dan SUV itu meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya…

1 day ago
  • Hiburan
  • Trending

Fatiya Latiff Dedah Hidap Skizofrenia, Mohon Maaf Pada Ibu Dalam Ucapan Hari Jadi

Skizofrenia merupakan penyakit mental kronik yang menyebabkan berlaku gangguan pemikiran secara serius.

1 day ago
  • Trending

“Tak Perlu 8 Bulan”- Dr Akmal Saleh Bantu Selesai Masalah Ketiadaan Meja & Kerusi Dalam Tempoh 24 Jam [Video]

Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu melakukan lawatan mengejut ke sekolah rendah agama berkenaan…

1 day ago