Nur Nilam Buat laporan Polis Kerana Terima Ugutan Bunuh Selepas ‘Live’ Bersama Ira Kazar [Video]

Baru-baru ini, tular di media sosial apabila isteri pelakon, Azlan Komeng iaitu Nur Nilam Ortiz telah melakukan siarang langsung (live) di akaun media sosial miliknya bersama Ira Kazar.

Klip video ‘live’ yang sohor di media sosial itu telah menimbulkan kecaman netizen kerana mendakwa Nilam menyokong penyondol sekaligus menerima pelbagai ancaman bunuh.

Nur Nilam dan Azlan Komeng buat laporan polis demi keselamatan

Susulan itu, Nilam dan Azlan telah membuat laporan polis berhubung ancaman yang diterima kerana risau akan keselamatan mereka.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya, Nilam mendakwa dia menerima pelbagai ugutan daripada pihak yang tidak bertanggungjawab.

“Saya dan Abang Lan (Azlan) baru sahaja balik dari balai polis buat laporan pada 2 Oktober. Laporan polis ini sebab rentetan ‘live’ saya bersama Ira Kazar.

“Saya menerima pelbagai DM ugutan bunuh, langgar lori, simbah asid dan sebagainya,” katanya.

Menurutnya, dia harus memperjelaskan segala isu berkaitan perkara itu kerana terdapat banyak cerita yang disampaikan sesetengah individu adalah tidak benar.

Nur Nilam santuni Ira Kazar hanya sebagai tetamu kerana ingin belajar masak

Kata Nilam, pada hari kejadian sekitar jam 9 malam, Ira telah datang ke rumahnya untuk belajar cara masakan Thailand.

Sebagai tuan rumah, Nilam menjelaskan dia harus menyantuni Ira sebagai seorang tetamu yang datang sama seperti orang lain.

“Bila orang dengar ada dia (Ira Kazar) dekat rumah saya semasa live, orang minta nak cakap ‘hi’ dekat Ira Kazar. Jadi dia masuklah untuk cakap ‘hi’ dan tak sampai beberapa saat ramai gila yang kecam dia. Saya pun terkejut.”

Nur Nilam Ortiz

Nur Nilam tidak pernah menyokong perbuatan Ira seperti yang didakwa

Menurutnya lagi, dia tidak pernah sesekali menyokong tindakan Ira seperti dakwaan yang dilemparkan segelintir netizen.

Malah, Nilam mendakwa dirinya sendiri pernah mengecam perkara yang dilakukan oleh Ira itu secara bersemuka.

“Malam itu jumlah tontonan saya 71 ribu, semua orang dekat dalam live itu tahu saya tak ‘backup’ dia, saya hentam dia depan-depan.

“Saya cakap ‘inilah dik kifarah kau, bila kau buat salah’. Ini bukan kali pertama yang saya hentam dia depan-depan. Ira tahu saya tidak suka dengan kesalahan dia menyondol orang.

“Saya cakap kita doa yang baik-baik sahajalah, takkan kita ramai-ramai nak bunuh dia? Dia dah kahwin pun,” katanya lagi.

“Jangan ‘spin’ cerita” – Nur Nilam

Dalam pada itu, Nilam turut mengecam tindakan segelintir individu tidak bertanggungjawab yang telah memuat naik semula klip siaran langsung itu secara separuh sehingga menimbulkan fitnah.

“Korang ‘screen record’ saya punya live sekerat-sekerat sampai jadi isu orang fitnah saya sokong dia. Saya santuni dia sebagai seorang tetamu sebab dia adik angkat Abang Lan.

“Tak akan lah disebabkan dia saya nak gaduh dengan suami saya. Sebab Abang Lan dengan keluarga dia baik, sebelum Abang Lan mengenali saya, Abang Lan mengenali keluarga Ira.

“Saya tak pernah berminat nak tahu kisah hidup orang lain. Tolong jangan ‘spin’ kenyataan saya,” ujar Nilam.

@puan_nurnilamortiz_

Sebab aku yakin, everything happen for a reason, and I believe in God is always Good #nurnilamORTIZ #nilambebel #AkN💞 #AMK💞 #NN💞 #irakazar

♬ original sound – Puan Nilam – Puan Nilam

Recent Posts

  • News
  • Trending

Balai Polis Ulu Tiram Diserang, 2 Anggota Maut & Seorang Cedera

Suspek yang bertopeng dan menyerang Balai Polis Ulu Tiram bagaimanapun berjaya ditembak mati di lokasi…

22 seconds ago
  • Trending

“Terima Kasih Atas Teguran” – Daiyan Trisha Batalkan Kontrak Dengan Beberapa Jenama Antarabangsa

Menurut Daiyan Trisha, dia bersyukur kerana isu ini telah membawa orang ramai untuk kembali fokus…

34 mins ago
  • Hiburan
  • Trending

Blockout2024: “Tidak Perlu Sampai Memaki & Memalukan”- Siti Nurhaliza

Jelas penyanyi nombor satu negara itu, sekiranya seseorang mahu menegur, ia harus dilakukan dengan beradab…

18 hours ago
  • Trending

Peniaga Jual Nasi Arab Ayam ‘Seekor’ RM35 Tarik Perhatian Ramai [Video]

Menerusi video, turut kelihatan peniaga gerai makan tersebut meletakkan seekor ayam di atas dulang yang…

18 hours ago
  • Trending

“Kesiannya, Dah Lah Tak Banyak” – Ramai Sedih Lihat Harimau Belang Maut Dilanggar Di Bentong [Video]

Kejadian dipercayai berlaku pada awal pagi tadi (16 Mei) sebelum penemuan harimau belang itu dilaporkan…

18 hours ago
  • News
  • Trending

Polis Sahkan Terima Laporan Resit Pesanan Piza Mengandungi Ayat Hina Islam [Video]

Hasil siasatan dilakukan mendapati pihak restoran terbabit menerima pesanan mengandungi ayat menghina Islam menerusi sebuah…

19 hours ago