“Hon 3 Kali Tanda Wish Birthday” – Wanita Ini Kena Prank Sempena Hari Jadi Bikin Ramai Terhibur [Video]

Bagi kebanyakan orang, hari kelahiran atau hari jadi merupakan saat yang paling istimewa dalam kehidupan. Ia merupakan detik yang sering dinantikan oleh setiap individu bagi meraikan pertambahan usia.

Lazimnya, ahli keluarga atau teman rapat akan menyambut hari kelahiran dengan pelbagai cara antaranya seperti memberi kejutan atau makan di tempat yang istimewa.

Namun, berbeza pula dengan sambutan hari lahir seorang wanita ini yang dirancang oleh dua orang rakan baiknya.

Minta Pengguna Jalan Raya Hon Sebanyak Tiga Kali Tanda Ucap Selamat Hari Jadi

Menerusi video yang dikongsikan di akaun TikTok @izzahanuar52, kelihatan sehelai kertas A4 ditampal pada bahagian belakang kereta milik rakannya tertera ayat ‘Hari ini birthday saya, sila ulang hon sebanyak tiga kali tanda wish’.

Sepanjang perjalanan mereka bertiga, kedengaran beberapa orang pengguna jalan raya menekan hon sebanyak tiga kali sebagai tanda ucapan.

Namun begitu, rakannya yang dikenali sebagai Idayu terkejut dengan tindakan pengguna jalan raya yang lain.

Malah, dia berasa hairan dan risau sekiranya terdapat kerosakan atau perkara yang tidak diingini hingga menyebabkan orang ramai menekan hon kepadanya.

“Eh apa masalahnya ni? Tak de apa je kan? Eh risau pula aku ni,” kata Idayu menerusi video berkenaan.

Kelihatan rakannya itu juga mula rasa tertekan akibat sering dihon banyak kali.

“Aku dah stress dah ni, aku dah stress, Ya Allah, aku dah memandu berhemah dah ni ha,” kata Idayu lagi.

Terkejut Lihat Nota Yang Ditampal

Di akhir video berkenaan, kelihatan Idayu terkejut dan tidak menyangka punca sebenar pengguna jalan raya lain menekan hon adalah disebabkan kertas yang ditampal di bahagian belakang keretanya.

Menerusi video yang telah mendapat lebih 2.5 juta tontonan itu, pemilik akaun TikTok yang merupakan rakan wanita berkenaan merakamkan ucapan terima kasih kepada warga Seremban yang membunyikan hon sepanjang perjalanan mereka.

“Terima kasih warga Seremban yang sporting. Happy birthday kak Idayu, dah meningkat usia, jangan marah-marah lagi orang hon,” tulisnya menerusi ruang kapsyen.

Video yang turut dikongsikan di akaun Twitter @localrkyt nyata menarik perhatian netizen. Rata-rata daripada mereka terhibur dengan apa yang dilakukan oleh rakan wanita berkenaan.

Namun, ada juga segelintir yang menitipkan pesanan untuk tidak melakukan perkara sedemikian bagi mengelakkan perkara tidak diingini.

@izzahanuar52

Terima kasih warga Seremban🫡🌹 Happy Birthday kak @Idayu Husain 🎂 Dah meningkat usia, jangan marah2 lagi orang hon😂😂😂😭😭😭#fyppppppppppppppppppppppp #fypシ #berandatiktok #berandafyp #ambiltahu #birthday #birthdayprank #birthdaygirl

♬ original sound – SNIA_5535 – SNIA_5535

Apesal Tak Jumpa Semalam! Kalau Tak Boleh Hon

Kalau Aku Pun Stres Tiba-Tiba Kena Hon Banyak Kali

Kalau Kena Dekat Aku Ni, Aku Dah Berhenti Tepi Tengok Kot Ada Benda Dekat Kereta

Rare Betul

Stres Member, Jangan Dinormalkan

Baca Artikel Berkaitan: Buat Kejutan Hari Jadi, Ibu Terharu Satu Asrama Nyanyi Lagu ‘Happy Birthday’ [Video]

Baca Artikel Berkaitan: “Setiap Tahun Terlepas” – Bapa Sebak Anak Buat Kejutan Terbang Dari London Demi Sambut Hari Jadi [Video]

Recent Posts

  • Hiburan
  • Trending

“Tahun Terakhir Saya Sebagai Penyanyi” – Aliff Syukri Umum Undur Diri Dari Dunia Nyanyian

Menurut usahawan terkenal itu, dia sudah putus asa dan mahu memberikan peluang kepada artis-artis baharu…

3 hours ago
  • Trending

Lelaki Handsome Bila Berduit? Ini Pendapat Golongan Wanita [Video]

Topik ini mula timbul selepas video seorang influencer TikTok bertanya kepada beberapa individu apakah definisi…

3 hours ago
  • Trending

Kejadian Kepala Air Di Lata Iskandar Cetus Kerisauan Ramai [Video]

Menurut Amsyar, insiden dirakam kira-kira jam 7.40 pagi pada 13 Mei ketika dia menuju ke…

4 hours ago
  • Trending

Penunggang Motosikal Dikecam Selamba Rosakkan Cermin Sisi Ativa Ketika Di Jalan Raya [Video]

Menerusi video tersebut, kelihatan penunggang motosikal terbabit memukul cermin sisi kereta Ativa berkenaan dan menyebabkan…

5 hours ago
  • Trending

“Maaf Hanya Mampu Bawa Pergi Kedai Eco” – Lelaki Bawa Ibu Pergi Kedai RM2 Sempena Hari Ibu Raih Perhatian [Video]

Melalui video yang dikongsikan itu, kelihatan ibu pemuda berkenaan dilihat sedang memilih bunga perhiasan serta…

6 hours ago
  • Trending

Ramai Kagum Lihat Wanita Jaga Ibu ‘Bedridden’, Siap DIY Katil [Video]

Menurut Aisyah ayahnya sakit sejak tahun 2021 kerana sakit saraf manakala si ibu pula sakit…

7 hours ago