“Mulia Hati Kau Dik” – Budak Lelaki Bantu Susun Kasut Jemaah Masjid Bandar Perda Raih Pujian [Video]

Generasi muda pada zaman ini sering kali dilihat semakin kerap bermain telefon pintar seperti melayari media sosial atau bermain game dalam talian.

Pun begitu, tidak semua kanak-kanak yang melakukan hal tersebut kerana masih ada segelintir yang mengejar pahala dengan membantu orang ramai atau melakukan kerja-kerja sukarelawan.

Tular kanak-kanak lelaki susun kasut dan selipar para jemaah masjid

Seperti baru-baru ini, tular di media sosial satu video yang menunjukkan seorang kanak-kanak lelaki membantu menyusun kasut dan selipar para jemaah di Masjid Bandar Perda, Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @ee_ynwa, kelihatan kanak-kanak yang memakai baju berwarna biru itu pada mulanya sedang duduk di hadapan perkarangan masuk pintu masjid berkenaan.

Tunggu jemaah tiba di hadapan pintu masjid untuk bantu susun kasut dan selipar

Apa yang mengharukan, ternyata budak lelaki itu sedang menunggu ketibaan para jemaah kerana ingin membantu menyusun kasut dan selipar yang ditinggalkan di hadapan tangga.

“Di saat budak lain sibuk dengan permainan dalam talian, gajet dan merempit. Dia (kanak-kanak itu) susun kasut jemaah masjid. Mulia hati kau dik,” tulisnya di dalam video.

Foto: TikTok/ee_ynwa

Bantu susun kasut dan selipar jemaah masjid kerana inginkan pahala

Budak lelaki itu yang ditemui oleh si perakam selepas selesai solat berkata dia menyusun kasut dan selipar para jemaah masjid kerana inginkan ganjaran pahala daripada Allah SWT.

Tidak hanya itu, kanak-kanak berhati mulai itu juga menyatakan dia sering berdoa buat kedua-dua ibu bapanya.

@ee_ynwa

budak zaman sekarang,kejadian berlaku di masjid jarang² sekali kita jumpa,pernah dgr ustaz² kata nak hilang kan sombong bangga diri cuci tandas masjid susun kasut masjid #masjid #fyp

♬ original sound – Pse smart – Pse smart

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna TikTok memuji tindakan kanak-kanak itu selain mendoakan agar dia terus istoqmah dalam melakukan kebaikan.

Malah, seorang bilal masjid daerah SPT juga menyatakan pihak masjid berkenaan akan mengusahakan sesuatu untuk kanak-kanak itu.

Recent Posts

  • Dunia
  • Trending

Gara-gara Wanita Letak Kereta Di Tempat Tak Sepatutnya, Nama Malaysia Jadi Sebutan Di Jepun

Ekoran daripada insiden 'double park' tersebut, kontraktor di Jepun terpaksa mengambil masa selama 3 jam…

2 days ago
  • Trending

Pelari Menara Terbaik Dunia Bawa 1 Beg ‘Jajan’ Dari Malaysia Untuk Kongsi Dengan Atlet Negara Lain

Antara snek zaman kanak-kanak yang dibawa di dalam bagasi Soh Wai Ching adalah keropok jenama…

2 days ago
  • News
  • Trending

Guru Didakwa Tampar, Tumbuk & Cekik 4 Pelajar Hanya Kerana Diintai Ketika Sedang Merokok

Guru sekolah agama berkenaan didakwa turut memarahi dan melemparkan kata-kata kesat kepada beberapa orang murid…

2 days ago
  • Trending

Pelancong China Kecewa Bercuti Di Malaysia, Badan Basah Kuyup Gara-gara Hujan Tak Henti

Pelancong dikenali sebagai Xiao Huihui itu mengeluh selepas terpaksa meredah hujan lebat ketika bersiar-siar di…

2 days ago
  • Trending

Kereta Terpaksa Jalan Mengundur Gara-gara Kamera Di Palang Parkir ‘Gagal’ Imbas Nombor Plat [Video]

Jelas pemilik kereta, dia terpaksa meletakkan nombor plat di bahagian depan kiri kerana ruangan tengah…

2 days ago
  • Trending

Pelajar Gigih Ulang Kaji Pelajaran Bawah Lampu Jalan Curi Perhatian Netizen [Video]

Menurut beberapa netizen, pelajar yang belajar di bawah lampu jalan itu merupakan penuntut dari Universiti…

2 days ago