4 Bulan Tak Jumpa, Reaksi Kanak-Kanak Dapat Kejutan Dari Bapa Buat Ramai Sebak [Video]

Figura seorang bapa memainkan peranan yang sangat penting buat kanak-kanak.

Mana tidaknya, kebiasaannya bapalah yang dijadikan idola dek kerana kerja kerasnya dan dilihat sebagai adiwira di dalam keluarga.

Kanak-kanak tergamam terima kejutan dari bapa

Baru-baru ini, tular satu video di media sosial memaparkan seorang kanak-kanak lelaki yang menangis sebaik menerima kejutan dari bapanya.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Saqinah Mansor di TikTok, awalnya kelihatan kanak-kanak dikenali sebagai Sayf dilihat berbual bersama ibunya di dalam kereta.

Tidak lama selepas itu datang seorang lelaki (bapa) mengetuk tingkap kereta.

Kemunculan lelaki berkenaan membuatkan Sayf tergamam sebelum dia akhirnya menyedari individu berada di luar pintu kereta adalah bapanya yang sudah beberapa bulan tidak berjauhan.

Kanak-kanak itu kemudian segera membuka kunci pintu kenderaan terbabit dan sebaik sahaja si bapa membuka pintu dia lalu menjerit memanggil lelaki berkenaan.

Terus peluk sebaik buka pintu

“Daddy!” teriak si kecil lantas bersalaman dan memeluk bapanya. Kelihatan reaksi si kecil seperti terkejut sebaik melihat bapa yang dirindui itu muncul di depan mata.

“Sihat? Happy tak? Jangan nangis. Budak yang daddy rindu,” kata bapanya sambil memeluk dan cuba memujuk si anak yang mula menangis.

Suka diberikan kejutan setiap kali bapa pulang dari kerja kapal, dah 4 bulan tak jumpa

Menurut Saqinah yang dipercayai ibu kepada Sayf, dia sememangnya suka jika diberikan kejutan dengan kepulangan bapanya namun kali ini adalah pertama kali dia menangis sebaik melihat susuk tubuh itu.

“Pertama kali dia nangis bila daddy turun kapal. Sebenarnya sejak akhir-akhir ini dia rindu daddy. Asyik tanya bila daddy nak balik.

“Kadang-kadang tanya daddy ada line tak untuk video call.

“Nak pergi sekolah minggu ni pun lemau je pagi-pagi. Jarang dia macam ni. Tak tahu lah apa yang dia pendam. Mungkin terlalu rindu.

“Alhamdulillah.. bertiga kembali kami selepas empat bulan setengah. Nikmati momen indah ini abang Sayf!” kata si ibu di ruang kapsyen.

@saqinahmansor

Dia memang suka kalau surprise bila daddy balik. Momi rasa dia memang suka perasaan bila nampak daddy balik. Tapi kali ni extra sikit drama, 1st time dia nangis bila daddy turun kapal. Sebenarnya lately ni memang nampak dia rindu daddy. Asyik tanya bila daddy nak balik. Kadang2 tanya daddy ada line tak untuk video call. Nak pergi sekolah minggu ni pun lemau je pagi2. Jarang dia macam ni. Tak tahu lah apa yang dia Pendam. Mungkin terlalu rindu. Alhamdulillah.. bertiga kembali kami selepas 4 bulan setengah. Enjoy this precious moment abang Sayf! 🥰 Khamis . 5 Oktober 2023 #seafarerslife #pjj #fyp

♬ Buah Hati – Armada

Melihat di ruangan komen, perkongsian video itu telah membuatkan ramai sebak dan menangis kerana melihat bagaimana perasaan seorang anak yang merindukan bapanya.

“Bapak dia, aku yang nangis. Saya boleh jadi anak akak dah ke”

“Aku tak pernah rasa kasih sayang seorang ayah sebegini. Tapi tak apa, semua ada hikmah. Allah SWT sebaik-baik perancang. Abang jealous dengan kau, dik”

“Untuk mendapat reaksi seperti ini, dia pasti sangat menyayangi ayahnya”

“Akak pun nangis sekali ni macam mana”

Recent Posts

  • Trending

Lelaki Tumpangkan Wanita & Anak Selepas Lihat Si Suami Tolak Motor Di Lebuh Raya Raih Pujian [Video]

Menurut Zufar, dia terlihat wanita dan anaknya itu sedang berjalan kaki manakala suami wanita berkenaan…

3 hours ago
  • Trending

Pelajar Beri Guru ‘Bouquet’ Sayur-Sayuran Tarik Perhatian Ramai [Video]

Menerusi video tersebut, kelihatan pelajar berkenaan seronok apabila guru menerima jambangan sayur-sayuran dengan gembira.

3 hours ago
  • Tech
  • Trending

Pengguna iPhone Dakwa Kemas Kini iOS 17.5 Buat Foto Lama Dipadam Muncul Kembali

Segelintir pengguna iOS 17.5 mendakwa gambar-gambar yang bertahun lamanya sudah dipadam kini hadir semula ke…

4 hours ago
  • Trending

ZUS Coffee Umum Pendirian Sokong Pembebasan Palestin Dan Menentang Genosid

ZUS Coffee dalam menyatakan bahawa mereka menentang isu pembunuhan beramai-ramai yang berlaku kepada masyarakat Palestin…

4 hours ago
  • Trending

Tak Sependapat Dengan Azhar Sulaiman, Leona Kongsi Pengalaman Ke Palestin

Menurut Leona, dia dan bapanya sering berbeza pendapat dalam pelbagai perkara malah dia sendiri sukar…

4 hours ago
  • Trending

Padah Masuk Lorong Ditutup Untuk Selenggara, Axia Terbalik Di Lebuh Raya [Video]

Menerusi video tersebut kelihatan kereta Axia tersebut terbalik selepas melanggar timbunan objek dipercayai batu tar…

5 hours ago