Tuan Rumah Buat Laporan Polis, Dakwa Penyanyi Terkenal Tak Bayar Sewa Rumah & Bil Elektrik Cecah RM6,770

Bagi sesetengah individu yang memiliki beberapa aset kediaman, lazimnya akan menjadikan ia sebagai satu sumber pendapatan tambahan dengan menyewakannya.

Namun, segalanya bergantung kepada nasib. Ini kerana tidak semua pemilik rumah bernasib baik memiliki penyewa yang memahami dan boleh membuat bayaran tepat pada masa yang ditetapkan.

Ada segelintir yang terpaksa ‘mengemis’ daripada penyewa bagi mendapatkan bayaran sewa rumah. Malah, ada yang lebih teruk apabila penyewa bersikap tidak endah dan menyebabkan bil lain turut tertunggak.

Penyanyi Didakwa Sudah Lebih Tiga Bulan Tidak Bayar Sewa Rumah

Begitulah yang terjadi kepada seorang pemilik rumah apabila dia mendakwa tidak menerima bayaran rumah sewa daripada penyewanya yang dipercayai seorang penyanyi lelaki popular era 90-an.

Menurut wanita itu, penyanyi lelaki berkenaan sudah lebih tiga bulan tidak membayar sewa rumah yang berjumlah RM3,000 sejak Jun yang lalu.

Dakwa wanita itu lagi, penyanyi lelaki terbabit turut mempunyai tunggakan bil elektrik yang mencecah sehingga RM6,770.

Telah Keluarkan Notis Kosongkan Rumah, Namun Diendahkan

Menurut wanita yang merupakan pemilik kediaman itu, notis mengosongkan rumah telah diberikan kepada keluarga penyanyi berkenaan dan telah diterima oleh isterinya.

Namun, penyanyi itu bertindak mengendahkan notis tersebut dan kekal tinggal di rumah itu. Apa yang lebih teruk, dia juga didakwa sering membuat bising dan merosakkan harta benda jiran.

Menurut Harian Metro, penyanyi itu dikatakan turut memelihara kucing yang menyebabkan bau busuk dan membuang sampah merata-rata hingga menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan jiran tetangganya.

Pemilik Rumah Buat Laporan Polis

Ekoran daripada kejadian ini, pemilik rumah bertindak membuat laporan di Balai Polis Setapak, Kuala Lumpur.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Ashari Abu Samah kemudiannya mengesahkan pihaknya ada menerima laporan berkenaan.

“Ada laporan diterima berkaitan perkara ini. Pengadu buat laporan kerana takut terjadi apa-apa.

“Pengadu cuba selesaikan perkara ini secara baik dengan penyewa,” katanya.

Apa Pemilik Boleh Buat Jika Penyewa Tidak Bayar Sewa Berbulan-Bulan

Untuk info, sebagai tuan rumah, anda boleh mengambil beberapa tindakan sekiranya penyewa gagal membuat bayaran sewa bagi tempoh berbulan-bulan walaupun telah diberikan kelonggaran.

Berdasarkan laman web Sewanify, pemilik rumah boleh mengambil beberapa langkah berikut terhadap penyewa:

  • Semak surat perjanjian sewa rumah
  • Berkomunikasi dengan penyewa
  • Berikan insentif keluar secara sukarela
  • Tamatkan penyewaan dan keluarkan notis tuntutan
  • Dapatkan rumah sewa dengan kehadiran pegawai mahkamah (bailif)
  • Tuntut tunggakan sewa rumah

Baca Artikel Berkaitan: Berang Mangga Kena Tukar Sebab Tak Bayar Sewa, Penyewa Kunci Owner Dalam Rumah

Baca Artikel Berkaitan: Cucu Sorong Nenek Strok 20KM Di Kelantan Kerana Tak Mampu Bayar Sewa Rumah

Recent Posts

  • Dunia
  • Trending

Gara-gara Wanita Letak Kereta Di Tempat Tak Sepatutnya, Nama Malaysia Jadi Sebutan Di Jepun

Ekoran daripada insiden 'double park' tersebut, kontraktor di Jepun terpaksa mengambil masa selama 3 jam…

2 days ago
  • Trending

Pelari Menara Terbaik Dunia Bawa 1 Beg ‘Jajan’ Dari Malaysia Untuk Kongsi Dengan Atlet Negara Lain

Antara snek zaman kanak-kanak yang dibawa di dalam bagasi Soh Wai Ching adalah keropok jenama…

2 days ago
  • News
  • Trending

Guru Didakwa Tampar, Tumbuk & Cekik 4 Pelajar Hanya Kerana Diintai Ketika Sedang Merokok

Guru sekolah agama berkenaan didakwa turut memarahi dan melemparkan kata-kata kesat kepada beberapa orang murid…

2 days ago
  • Trending

Pelancong China Kecewa Bercuti Di Malaysia, Badan Basah Kuyup Gara-gara Hujan Tak Henti

Pelancong dikenali sebagai Xiao Huihui itu mengeluh selepas terpaksa meredah hujan lebat ketika bersiar-siar di…

2 days ago
  • Trending

Kereta Terpaksa Jalan Mengundur Gara-gara Kamera Di Palang Parkir ‘Gagal’ Imbas Nombor Plat [Video]

Jelas pemilik kereta, dia terpaksa meletakkan nombor plat di bahagian depan kiri kerana ruangan tengah…

2 days ago
  • Trending

Pelajar Gigih Ulang Kaji Pelajaran Bawah Lampu Jalan Curi Perhatian Netizen [Video]

Menurut beberapa netizen, pelajar yang belajar di bawah lampu jalan itu merupakan penuntut dari Universiti…

2 days ago