Cucu Sorong Nenek Strok 20KM Di Kelantan Kerana Tak Mampu Bayar Sewa Rumah
Menurut IRDK Services, pemerhatian mereka mendapati warga emas itu memerlukan lampin dewasa dan barang dapur.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Kita pasti pernah mengeluh dengan nasib diri terutama bila membandingkannya dengan orang lain yang jauh lebih kaya atau berjaya.
Bagaimanapun, kita seharusnya belajar erti bersyukur dengan pemberian rezeki daripada Allah SWT kerana di Malaysia masih terdapat ramai orang yang hidup lebih susah berbanding kita.
Seperti baru-baru ini, tular di media sosial kisah seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun yang tinggal bersama neneknya yang juga menghidapi penyakit strok.
Cucu sorong nenek stroke 20KM kerana tak mampu bayar sewa rumah
Menerusi hantaran di laman IRDK Services, kanak-kanak itu dikatakan terpaksa menyorong neneknya dengan menggunakan kerusi roda rosak sejauh 20KM dari Kok Lanas ke Kampung Batu 8, Jalan Kuala Krai kerana tidak mampu membayar sewa rumah.
Difahamkan, nenek kanak-kanak itu sebelum ini mencari rezeki dengan mengutip besi buruk setelah kematian suaminya beberapa tahun lalu.
“Kini dua beranak ini menumpang sementara di bahagian dapur rumah arwah ibu tirinya dan hanya mengharapkan belas ihsan daripada jiran tetangga,” tulisnya di kaspyen.
Warga emas hidap stroke perlu lampin dewasa dan barang dapur
Menurut IRDK Services, pemerhatian mereka mendapati warga emas itu memerlukan lampin dewasa dan barang dapur.
“Dari pemerhatian penulis, pesakit ini amat memerlukan pampers dewasa, bayangkan lima pek lampin sudah berharga RM100 lebih.
“Barangan dapur kerana jiran-jiran boleh tolong masakkan untuk mereka,” tulisnya lagi.
Berkongsi lanjut, laman Facebook tersebut turut meminta orang ramai mendoakan agar mendoakan semoga urusan kedua-dua beranak itu dimudahkan.
Ramai bersimpati dan sebak, mohon pihak berwajib bantu
Memindai ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial turut bersimpati dan sebak melihat nasib kanak-kanak itu dan neneknya.
Dalam pada itu, netizen juga berharap agar ada pihak yang bertanggungjawab dapat membantu warga emas terbabit dan cucunya.
Tidak ketinggalan mereka turut mendoakan supaya kanak-kanak itu dan neneknya tabah menghadapi ujian daripada Allah SWT ini.