fbpx
Now Reading
Perkara Yang Nabi Tak Buat Atau Tinggalkan, Boleh Ke Kita Lakukan? Ini Penjelasan UAI [Video]

Perkara Yang Nabi Tak Buat Atau Tinggalkan, Boleh Ke Kita Lakukan? Ini Penjelasan UAI [Video]

Menurut UAI, sekiranya perkara itu haram, Nabi Muhammad SAW akan menjelaskannya untuk dijadikan panduan buat umatnya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umat Islam diwajibkan untuk mengikut sunah Rasulullah SAW dalam menjalani kehidupan seharian seperti memberikan senyuman ketika bertemu orang lain kerana ia juga satu sedekah yang memasukkan kegembiraan dalam hati dan mengeratkan ukhuwah.

Bagaimanapun, sebahagian kecil daripada sunah Nabi SAW ini tidaklah menjadi dosa sekirannya ia tidak dilakukan oleh umat Islam.

Pun begitu, antara yang sering menjadi persoalan ramai pula adakah berdosa dan haram sekiranya kita melakukan sesuatu perkara yang ditinggalkan atau tidak dilakukan oleh Baginda?

Perkara yang tidak dilakukan Nabi tak bermakna haram untuk dilakukan

Pendakwah selebriti, Ustaz Azhar Idrus atau lebih dikenali sebagai UAI menjelaskan perkara tersebut tidaklah menyebabkan hukumnya menjadi haram dan berdosa sekiranya dilakukan.

Menurut beliau, sekiranya perkara itu haram, Nabi Muhammad SAW akan menjelaskannya untuk dijadikan panduan buat umatnya.

“Kalau benda itu haram, Nabi akan jelaskan. Sama ada Nabi kata Allah haramkan atau janganlah kamu makan benda ini atau hendaklah kamu tinggalkan benda ini kalau kamu beriman kepada Allah ada tanda-tandanya.

“Tapi kalau semata-mata Nabi tak buat, tak boleh kita kata haram, itu bukan dalil,” katanya

Nabi tidak mengelap air wuduk, tapi perbuatan itu tak haram jika dilakukan

Menurutnya lagi, sebagai contoh, Baginda tidak menyapu air wuduk yang ada di badannya, bagaimanapun perbuatan menyapu atau mengelap air wuduk bukanlah sesuatu yang haram.

Antara contoh yang lain, Nabi Muhammad SAW tidak memakan daging Dhab, namun ia bukanlah sesuatu yang haram untuk dimakan oleh umat Islam yang lain.

Jelas UAI, sesuatu perkara yang dilarang oleh Allah SWT dan hukumnya haram semestinya mempunyai nas di dalam al-Quran dan hadis.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.