fbpx
Now Reading
Berang Mangga Kena Tukar Sebab Tak Bayar Sewa, Penyewa Kunci Owner Dalam Rumah

Berang Mangga Kena Tukar Sebab Tak Bayar Sewa, Penyewa Kunci Owner Dalam Rumah

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !

Masalah rumah sewa yang terjadi disebabkan oleh pemilik atau penyewa sering kita dengari. Antara yang selalu dibincangkan adalah penyewa diminta keluar dari rumah kerana tidak membayar duit sewa dan sebagainya.

Namun, mengejutkan apabila tular seorang pemilik rumah didakwa telah dikurung oleh penyewa rumahnya sendiri.

@kimiechannel

Owner rumah dikunci oleh penyewa disebabkan tak dapat bayar sewa. Bahaya sekarang ni gaiss.! #abangbomba #bombamalaysia #youtubermalaysia ##fyp #fypシ

♬ orijinal ses – ponciklendin

Menerusi video yang dikongsi oleh seorang pengguna TikTok @kimichannel, pemilik rumah tersebut menjelaskan kepada pihak bomba bahawa penyewa itu bertindak menukar mangga sewaktu dia sedang tidur.

Penyewa tidak bayar sewa tiga bulan

Menurutnya, penyewa tersebut tidak membayar sewa rumah selama tiga bulan.

Walaubagaimanapun, dia masih tinggal bersama pemilik rumah kerana menyewa salah satu bilik di dalam kediaman tersebut. Mengambil langkah sebagai amaran kepada si penyewa, wanita berkenaan terpaksa menukar mangga rumah.

Namun tindakan pemilik rumah berkenaan mungkin menimbulkan rasa kurang senang kepada penyewa tersebut. Dia kemudian bertindak menukar mangga tersebut dengan mangga yang lagi baru.

Kejadian berkenaan hanya disedari pemilik rumah tersebut keesokan paginya.

“Kesian akak ni bahaya ni…”

Ekoran dari tindakan balas penyewa tersebut, pemilik rumah berkenaan terperangkap di rumah berkenaan dan tidak dapat keluar dari rumah.

Perilakunya turut mengundang rasa pelik di kalangan netizen memandangkan kebiasannya hanya pemilik yang akan menukar kunci mangga sesebuah rumah.

Ramai yang turut meluahkan perasaan risau seandainya ada perkara buruk yang terjadi sewaktu dia terperangkap di rumah berkenaan.

“At first ingat owner kunci penyewa ni terbalik pulak ye..”

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.