fbpx
Now Reading
Baru Tinggalkan Rumah 2 Hari, Wanita Terkejut Lebah Bersarang Di Ampaian

Baru Tinggalkan Rumah 2 Hari, Wanita Terkejut Lebah Bersarang Di Ampaian

Menurut wanita berkenaan, tingkap di bahagian ruang tamu rumahnya telah dibiarkan terbuka semasa ketiadaannya dan menyebabkan lebah bersarang.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru Tinggalkan Rumah 2 Hari, Wanita Terkejut Lebah Bersarang Di Ampaian

Umum mengetahui serangga seperti lebah hidup secara berkumpulan dan akan membuat sarang di beberapa kawasan seperti bukit, pohonan kayu atau bangunan seperti rumah.

Lebah juga sering dikenali dengan fungsinya iaitu menghasilkan madu menerusi debunga yang dimakan.

Meskipun madu bagus untuk manusia, lebah agak berbahaya jika ia membuat sarang di kawasan rumah. Ini kerana, ia boleh menyerang manusia melalui sengatan apabila rasa terancam.

Wanita terkejut jumpa sarang lebah lepas dua hari tinggalkan rumah

Baru-baru ini, seorang wanita di Singapura terkejut apabila mendapati ribuan lebah bersarang di rumahnya.

Dia yang dikenali sebagai Ye telah membuat pertanyaan di sebuah grup Facebook mengenai tindakan yang perlu diambil untuk menyelesaikan masalah sarang lebah.

Menerusi gambar yang dikongsikan oleh Ye, kelihatan kumpulan lebah itu telah bersarang pada ampaian yang diletakkan di ruang tamu.

Malah dia bertanya sekiranya orang ramai mengetahui mana-mana agensi atau pasukan yang boleh membantunya dalam mengendalikan sarang lebah itu.

Sedar kewujudan sarang lebah pada 29 Januari sebelum meminta bantuan daripada majlis perbandaran

Menurut Mothership, Ye memberitahu kepada Shin Min Daily News dia telah meninggalkan rumah pada 26 Januari untuk ke Malaysia dan pulang ke rumah dua hari selepas itu (28 Januari).

Walau bagaimanapun, dia hanya menyedari perkara itu pada 29 Januari selepas bangun dari tidur.

Kata Ye, awalnya dia menyangkakan sarang tersebut adalah rak namun sangkaan itu meleset sebaik melihatnya dari jarak dekat.

Ujarnya pada hujung minggu lalu rumah tersebut tidak berpenghuni dan tingkap di ruang tamu dibiarkan terbuka. Oleh itu, tiada siapa menyedari serangga itu telah terbang masuk ke dalam rumah.

Ramai beri cadangan hubungi bomba atau majlis perbandaran agar sarang itu dipindahkan

Melihat di ruangan komen, ramai netizen mencadangkan agar wanita itu menghubungi majlis perbandaran, bomba dan penyelamat atau penternak lebah.

Ye kemudiannya menjawab dia telah menghubungi pihak majlis perbandaran dan mereka akan menghantar pihak bertanggungjawab untuk membuat pemeriksaan.

Mothership kemudiannya telah mendapatkan respon daripada jurucakap Majlis Perbandaran Tanjong Pagar yang memaklumkan pihaknya ada menerima panggilan daripada pemilik rumah tersebut pada jam 10.35 pagi.

Susulan itu, mereka telah menghantar pakar kawalan serangga (pest control) dan ia berjaya dialihkan pada hari yang sama jam 12.30 tengah hari.

“Sekiranya ada mana-mana penduduk di kawasan ini mengalami masalah sama, anda diminta untuk menghubungi majlis perbandaran dan kami akan membantu untuk mengalihkannya,” kata jurucakap itu.

Lebah bina sarang lain apabila ingin membentuk koloni yang baru

Untuk makluman lebah membina sarang daripada lilin yang terdapat dalam badannya.

Lebah akan berpindah dan membentuk sarang lain apabila tiba musim mengawan atau ingin membina kumpulan baru.

Sekiranya anda berdepan dengan masalah seperti ini, apa yang perlu dilakukan adalah kekal tenang dan hubungi pihak penyelamat seperti Bomba dan juga Jabatan Pertahanan Awam (JPAM).

Jangan sesekali menganggu atau cuba untuk mengalihkan sarang lebah dengan sendiri kerana anda akan membuatkan lebah bertindak lebih agresif.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.