Isu ‘cop parking’ bukanlah sesuatu yang baru, sejak dahulu lagi perkara sebegini sudah mula berlaku dalam kalangan masyarakat di Malaysia terutamanya penghuni flat.
Pun begitu, sejak kebelakangan ini ia mula mendapat perhatian ramai susulan penularan beberapa video kejadian cop parking yang dimuat naik di media sosial.
Terbaharu, seorang pemandu lelaki yang juga penghuni sebuah flat turut menghadapi situasi yang sama apabila tempat letak kenderaan yang ingin dimasukinya telah dihalang oleh seorang wanita.
Menerusi hantaran video ‘dashcam’ yang dimuat naik di akaun TikTok @aidilxlanun, kelihatan sebuah kereta jenis Perodua Kenari berwarna hitam ingin keluar daripada petak parkir tersebut.
Susulan itu, pemandu lelaki terbabit yang sedang ingin memarkir kenderaannya lantas menunggu kereta terbabit untuk beredar.
Bagaimanapun, pemandu Kenari itu keluar dan berhenti seketika untuk meletakkan tong berwarna putih di dalam petak parkir bagi menghalang lelaki itu meletakkan kenderaannya.
Lelaki terbabit yang bengang dengan tindakan wanita itu lantas bersuara dan menyoal tentang undang-undang cop parking.
“Ape kak tutup parking mana boleh tutup parking. Siapa cepat dia dapat lah. Lain kali duduk kondo kak jangan duduk flat macam ni.
“Sekarang ini saya nak tanya jadi kesalahan ke tak jadi kesalahan cop parking ni?” kata lelaki itu.
Namun, wanita terbabit dilihat tetap berkeras dan enggan mengalihkan tong yang diletakkannya itu menyebabkan lelaki berkenaan terpaksa mengalah dan mencari kawasan tempat letak kenderaan yang lain.
Memindai di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial mengecam tindakan wanita itu meletakkan tong di dalam kawasan petak parkir awam.
Malah segelintir netizen turut berkongsi pengalaman mereka berhadapan dengan situasi yang sama di kawasan perumahan masing-masing.
Menurut Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), perbuatan cop parking seperti meletak kerusi, motosikal, kon, pasu bunga, berdiri atas petak parkir dan sebagainya merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 50(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
“Jika mana-mana orang melainkan dengan kuasa yang sah, berada di atas mana-mana jalan atau di mana-mana tempat letak kereta bagi maksud mendesak mana-mana orang lain berkenaan dengan penjagaan atau pencucian sesuatu kenderaan motor, atau bagi maksud mengarahkan mana-mana pemandu sesuatu kenderaan motor berkenaan dengan meletakkan kereta di atas jalan atau di tempat itu, dia melakukan suatu kesalahan.”
Twitter/JPJ_Malaysia
Menurut JPJ lagi, undang-undang ini juga boleh digunakan di semua kawasan sama ada ditempat awam mahupun di premis swasta termasuk pusat membeli-belah.
Individu yang didapati bersalah kerana cop parking boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih RM2,000 atau penjara tidak lebih enam bulan bagi kesalahan pertama dan denda sehingga RM4,000 atau penjara tidak lebih 12 bulan bagi kesalahan seterusnya mengikut Seksyen 119.
Menurut Ning Baizura, dia juga tahu mengenai apa yang berlaku di Palestin, tidak seperti apa…
Difahamkan, program cari jodoh itu terbuka buat mereka yang berusia 25 hingga 35 tahun dan…
Menurut KPN, suspek telah membuat persediaan untuk menyerang Balai Polis Ulu Tiram berkenaan kerana menggunakan…
Pemandu kereta jenis Lamborgini Hurucan, MPV dan SUV itu meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya…
Skizofrenia merupakan penyakit mental kronik yang menyebabkan berlaku gangguan pemikiran secara serius.
Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu melakukan lawatan mengejut ke sekolah rendah agama berkenaan…