Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang sebelum ini dihentikan akan diperkenalkan semula dengan kaedah baharu iaitu menjalani latihan di kem tentera.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, sebanyak 13 kem tentera Wataniah akan digunakan untuk latihan PLKN 3.0 selama tempoh 45 hari dengan jumlah seramai 4,000 pelatih dapat ditampung.
“Kerajaan sudah memikirkan semula untuk meneruskan PLKN. Jemaah Menteri pada 2021 sudah pun meluluskan supaya ia dikaji semula dengan cara baharu untuk kita meneruskan PLKN.
“Satu jawatankuasa khas ditubuhkan Kementerian Pertahanan untuk mengkaji bagaimana cara kita hidupkan semula PLKN, tetapi dengan ‘template’ baharu yang mana PLKN dulu dilakukan di banyak kem.
“Kita mahu supaya kali ini, kita tidak berbelanja banyak tetapi ia lebih memberikan pulangan baik kepada modal insan,” katanya dipetik Kosmo hari ini (9 Oktober).
Menurut Mohamad atau lebih mesra disapa Tok Mat, pelaksanaan latihan ini akan merangkumi dua fasa iaitu fasa pertama membabitkan penyertaan pelajar tingkatan empat yang akan berlangsung di sekolah menerusi penyertaan mereka dalam badan beruniform.
Manakala Fasa kedua pula melibatkan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang akan diambil dan dilatih lebih kepada latihan disiplin dan ketenteraan.
“Itu sebab cadangan supaya pusat latihan ini diadakan di kem tentera. Kita ada Pusat Latihan Askar Wataniah sebanyak 13 di seluruh negara serta Pusat Latihan Polis (PULAPOL) yang dapat menampung latihan untuk satu tahun sekurang-kurangnya 4,000 orang.
“Manakala kos pelaksanaan PLKN 3.0 dicadangkan tidak melebihi RM100 juta setahun, lebih rendah berbanding lebih RM500 juta setahun sebelum ini,” katanya.
Jelas Tok Mat, penggunaan kem tentera dan Pusat Latihan Polis (PULAPOL) dapat menjimatkan perbelanjaan kerajaan selain membolehkan mereka mendapat situasi sebenar kententeraan dan kepolisan.
“Dalam 45 hari latihan, 90% daripada modul adalah untuk latihan sebagai anggota tentera dan 10% latihan kewarganegaraan. Disiplin penting, kita perlu anak muda yang memiliki disiplin tinggi dan latihan ketenteraan ini boleh memberikan semangat jati diri yang kuat kepada anak muda,” katanya lagi.
Berkongsi lanjut, Tok Mat berkata selepas pelatih menamatkan latihan, mereka akan diberi peluang untuk menyertai badan uniform seperti tentera dan polis.
“Selepas berakhir fasa dua, mereka akan disambut oleh pertahanan awam, polis dan tentera. Mereka yang mahu masuk tentera akan diserapkan sebagai anggota tetap dan mereka akan jalani latihan asas dan rekrut semula.
“Mereka yang sudah masuk IPTA boleh sertai Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) dan lain-lain. Di universiti wujud badan uniform yang boleh memberikan peluang mereka untuk memasuki badan beruniform. Kalau mereka mahu jadi bomba, RELA pun memang sudah sedia ada,” jelasnya.
Menurut Ustazah Asma’ lagi, berdasarkan kitab Mughni al-Muhtaj, terdapat tujuh keperluan nafkah yang wajib suami…
Ramai di kalangan netizen berpendapat Bella Astillah dan Daniesh Suffian adalah sepadan serta tidak menolak…
Pemuzik jalanan dikenali sebagai Genji Buskers bersama Kazim Band dilihat sedang mempersembahkan nyanyian lagu sekitar…
Sebelum ini, seorang pelakon wanita dikritik kerana berpakaian seksi dan terdedah semasa melangsungkan majlis akad…
Seorang ibu dikenali sebagai Intan berkata dia berasa sedih melihat lukisan anak sulung yang menggambarkan…
Kejadian tersebut dipercayai berlaku di salah sebuah stesen minyak di Bukit Sentosa, Rawang, Selangor pada…