Baru-baru ini, tular di media sosial seorang artis mural cuba menyiapkan lukisannya di stesen minyak kawasan Rehat dan Rawat (R&R) di sebuah lebuh raya bawah 20 jam untuk mengelak daripada disaman pihak tol kerana memarkir kenderaan terlalu lama.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @yaulacap, kelihatan lelaki terbabit menyediakan segala peralatannya sebelum mula melukis.
Dalam video sama, dia kelihatan sedaya upaya untuk menyiapkan lukisan mural di dinding stesen minyak berkenaan dalam kadar segera.
“Percubaan untuk lukis bawah 20 jam. Supaya tak kena saman tol park kereta lama dekat R&R highway. Ayuh!” tulisnya di dalam video.
Bagaimanapun, pelukis mural tersebut gagal untuk mencapai sasarannya apabila hanya berjaya menyiapkan lukisan berkenaan dalam tempoh 24 jam.
“Malangnya tak berjaya. Kena bayar saman juga sebab terlebih empat jam. Apa-apa pun enjoy mural saya,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Menurut lelaki terbabit, dia memarkir kenderaannya di dalam kawasan R&R berkenaan bagi memudahkannya untuk tidur sebentar di dalam kereta semasa berehat.
Malah dia turut mengakui kesilapannya kerana tidak meminta permit untuk melakukan kerja di dalam kawasan R&R terlebih dahulu bagi mengelakkan daripada disaman.
Difahamkan, lelaki terbabit melukis mural di dinding sebuah stesen minyak di R&R Bukit Gantang arah selatan.
Meskipun mural itu tidak disiapkan dalam tempoh 20 jam, tetapi hasil akhir muralnya itu benar-benar cantik sehingga meraih pujian ramai.
Meskipun tiada info lanjut, kami percaya saman yang dimaksudkan adalah Penalti Perjalanan Melebihi Tempoh Yang Ditetapkan (LJT).
Penalti LJT ini hanya dikenakan kepada pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) yang gagal memberi alasan munasabah apabila didapati melebihi tempoh perjalanan yang ditetapkan.
PLUS dalam satu kenyataan pada 2016 lalu berkata pihaknya mempunyai rekod semua kejadian kesesakan, kerja penyelenggaran lebuh raya, kemalangan dan kerosakan kenderaan yang boleh menyebabkan pengguna melebihi tempoh perjalanan mereka di lebuh raya.
Rekod berkenaan akan dirujuk dan disemak petugas tol PLUS sebelum penalti LJT boleh dipertimbangkan untuk dikenakan.
Tempoh perjalanan yang ditetapkan pula bergantung kepada jarak lebuh raya yang dilalui oleh pengguna. Sebagai contoh, perjalanan mengikut kadar kelajuan yang dikenalpasti antara Plaza Tol Gurun dan Pendang hanya akan menelan masa selama 30 minit sahaja.
“Jumlah itu akan ditambah dua jam 18 minit sahaja dengan mengambil kira kemungkinan pengguna berkenaan berhenti di Hentian Rehat & Rawat (R&R) Gurun.
“Sekiranya pengguna berkenaan keluar dari Plaza Tol Pendang melebihi tempoh yang dikira dari waktu memasuki plaza tol Gurun tanpa alasan serta bukti yang munasabah, maka penalti LJT boleh dikenakan.
“Malah, PLUS akan membayar balik jumlah penalti berkenaan seandainya pengguna dapat mengemukakan bukti,” katanya dipetik Berita Harian.
Namun kami tiada maklumat mengenai kaedah cara memohon permit bagi mereka yang ingin melakukan kerja-kerja di kawasan R&R untuk jangka masa yang lama.
Menurut KPD Alor Gajah, siasatan lanjut mendapati pengadu menghantar anaknya kepada pengasuh dari jam 3…
Menteri Komunikasi menjelaskan MCMC bakal bekerjasama dengan platform Meta bagi mewujudkan chatbot tersebut.
Pemuda berkenaan dilaporkan telah membeli shawarma ayam berkenaan pada 3 Mei sebelum berasa sakit perut…
Menerusi video tersebut, bapa wanita itu dilihat langsung tidak menoleh dan hanya menawarkan kuih yang…
Lebih menarik lagi, adik Abu Dabith juga dilihat bijak mengatur strategi dengan menghantar bulu tangkis…
Menurut lelaki berkenaan, seseorang yang ingin menjadi makmum hanya perlu berdiri bersebelahan individu berkenaan dan…