“Air Mata Jantan Mengalir” – Para Bapa Peluk Anak Yatim Piatu Semasa Ceramah Motivasi Undang Sebak [Video]

Setiap orang di Malaysia pasti pernah menghadiri majlis-majlis ceramah motivasi semasa kecil dahulu, bahagian yang paling menyedihkan apabila penceramah menyentuh soal ibu dan bapa.

Kalau dalam majlis tersebut ada ibu dan bapa sekali, pasti kita akan diminta untuk pergi memeluk mereka untuk memohon ampun serta doa.

Budak lelaki seakan tiada arah tuju ketika rakan-rakan peluk ibu bapa

Namun, lain pula kisahnya dengan seorang kanak-kanak lelaki ini apabila dia seakan tiada arah tuju di saat para pelajar lain sedang memeluk ibu dan ayah mereka dalam sebuah majlis ceramah motivasi.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @iqmaljamil92, penceramah motivasi terbabit yang dikenali sebagai Ahmad Iqmal berkata kisah mengenai kanak-kanak itu juga membuatkannya menitiskan air mata.

“Kisah yang sangat-sangat menyedihkan, sehingga penceramah pun menangis. Tolong tengok sampai habis, pasti menangis,” tulisnya di dalam video.

Minta para pelajar peluk ibu bapa semasa majlis ceramah motivasi

Menurut Ahmad, semasa slot ‘parenting’ ketika majlis ceramahnya, dia meminta para pelajar pergi memeluk dan mendapatkan doa daripada ibu dan ayah.

Foto: TikTok/iqmaljamil92

Bagaimanapun, Ahmad melihat seorang kanak-kanak ini seolah tidak tahu ingin pergi ke mana semasa rakannya yang lain sedang sebok memeluk ibu dan bapa mereka.

Penceramah itu kemudianya meminta pasukannya pergi mendapatkan kanak-kanak itu untuk bertanya.

Rupanya ibu bapa kanak-kanak terbabit telah meninggal dunia akibat kemalangan

Apa yang menyedihkan, kanak-kanak itu berkata bahawa ibu dan bapanya telah meninggal dunia akibat kemalangan.

“Saya suruh ‘team’ saya cari budak tu balik. Bila saya tanya, mak ayah dia dah meninggal kemalangan.

“Masa ini memang saya dah tak tahan air mata, air mata jantan saya mengalir juga. Masa ini saya minta wakil ibu bapa untuk peluk dan bagi kata-kata semangat dekat dia,” tulisnya lagi.

Beberapa bapa pelajar lain segera berdiri dan pergi memeluk kanak-kanak terbabit

Susulan itu, para bapa pelajar yang lain dilihat terus berdiri dan berjalan ke arah kanak-kanak itu lantas memberikannya pelukan.

Foto: TikTok/Iqmaljamil92

Jelas Ahmad lagi, kejadian itu menyebabkan hampir keseluruhan ibu bapa dan pelajar-pelajar yang ada di dalam dewan berkenaan menitiskan air mata.

Dalam pada itu, Ahmad turut memberi pesanan kepada orang ramai terutamanya golongan muda agar sentiasa menjaga dan berbuat baik kepada ibu bapa selagi insan berkenaan masih hidup.

@iqmaljamil92

kisah adik yang berumur 11 tahun ayah nya n mak nya excident. tengok sampai habis confm menangis. al- fatihah buat ibu ayahnya. #fypシ #viral #motivation #ibuayah

♬ Lokman Naufal_Haruman Terindah – ꧁ 𝑹.𝒌𝒂𝒚_𝑶𝒇𝒇𝒊𝒄𝒊𝒂𝒍 ꧂

Rata-rata netizen turut sebak melihat video terbabit

Memindai di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial yang lain turut berasa sebak dan menitiskan air mata melihat video terbabit.

Malah segelintir netizen yang sudah kehilangan ibu dan bapa turut berkongsi pengalaman dan perasaan mereka selepas bergelar yatim piatu.

Recent Posts

  • Hiburan

Filem ‘The Experts’ Tampilkan Aksi Heist Penuh Bergaya [Trailer]

‘The Experts’ menyaksikan sebuah keluarga iaitu lima adik beradik yang telah lama meninggalkan kegiatan merompak,…

4 hours ago
  • Trending

Tangisan Wanita Baca Warkah Diberikan Oleh Anak Ketika Hari Ibu Buat Ramai Tersentuh [Video]

Menerusi video tersebut, empat beradik tersebut menghadiahkan sebuah kuali sebelum bertindak memberikan warkah meluahkan pengorbanan…

7 hours ago
  • Trending

“Rugi Besar…” – Dapat Tentangan Keras, Isa Isarb Batalkan Program Realiti Lelaki & Wanita Tinggal Sebumbung [Video]

Dia turut menerangkan kepada peserta bahawa program Hero Teladan itu berisiko diserbu oleh Jabatan Agama…

8 hours ago
  • Trending

Ayah Ayu Ting Ting Berang, Jemaah Haji Malaysia Hina Indonesia Negara Miskin? [Video]

Dalam pada itu, isteri kepada lelaki berkenaan yang juga bapa kepada Ayu Ting Ting turut…

8 hours ago
  • Trending

Wanita Dikritik Selepas Suap Bayi 10 Hari Dengan Makanan Pepejal

Perkongsian tersebut telah mengundang kecaman ramai yang kurang bersetuju makanan bentuk pepejal diberikan kepada bayi…

8 hours ago
  • Trending

Phua Chu Kang Curi Perhatian, Lebih Gemarkan Nasi Lemak Malaysia Dari Singapura

Apa yang lebih menarik perhatian apabila Phua Chu Kang atau nama betulnya Gurmit Singh dilihat…

9 hours ago