Pada 30 September yang lalu, kecoh di media sosial kejadian seorang wanita ditikam oleh seorang lelaki di sebuah kedai dobi layan diri yang terletak di Kem Sri Pantai, Seberang Takir, Terengganu.
Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang tular, kelihatan mangsa yang berusia 31 tahun ditikam oleh lelaki tidak dikenali itu yang datang dari arah belakang.
Namun, suspek yang juga penganggur telah berjaya ditahan polis di Kampung Mengabang Telipit, Kuala Nerus jam 3.30 petang pada 1 Oktober yang lalu.
Terbaharu, suspek yang dikenali sebagai Muhammad Faiz Radzali dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun dan empat sebatan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu semalam (10 Oktober).
Hakim Nooriah Osman menjatuhkan hukuman tersebut selepas dia mengaku bersalah kerana cuba merompak dan menyebabkan kecederaan ke atas wanita itu.
Dia dituduh mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara maksimum sehingga 20 tahun dan denda atau sebatan jika sabit kesalahan.
Mahkamah turut memerintahkan hukuman penjara yang dikenakan terhadap tertuduh bermula daripada tarikh dia ditahan iaitu pada 1 Oktober.
Tertuduh tidak diwakili peguam dan pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nur Nabihah Hanin Ayi.
Terdahulu, tular rakaman CCTV di media sosial menunjukkan suspek yang berusia 25 tahun datang dari arah belakang dan menikam mangsa dalam kejadian pada 30 September yang lalu.
Dia menikam wanita berkenaan menggunakan senjata tajam yang dipercayai sebilah gunting.
Akibat daripada kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan di bahagian belakang badan dan menerima rawatan daripada Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu.
Baca Artikel Berkaitan: Polis Cekup Lelaki Tikam Wanita Di Dobi Layan Diri
Menerusi diari tersebut bapa Naufal turut berkongsi detik manisnya menyambut hari jadi pertama anaknya itu…
Wanita warga emas itu dipercayai menjual buah potong yang siap dibungkus pada harga RM2.
Walaupun kekurangan wang, wanita yang dikenali sebagai Siti itu tetap membawa anaknya pergi ke kedai…
Menurut Zufar, dia terlihat wanita dan anaknya itu sedang berjalan kaki manakala suami wanita berkenaan…
Menerusi video tersebut, kelihatan pelajar berkenaan seronok apabila guru menerima jambangan sayur-sayuran dengan gembira.
Segelintir pengguna iOS 17.5 mendakwa gambar-gambar yang bertahun lamanya sudah dipadam kini hadir semula ke…