fbpx
Now Reading
Polis Cekup Lelaki Tikam Wanita Di Dobi Layan Diri

Polis Cekup Lelaki Tikam Wanita Di Dobi Layan Diri

Suspek kini direman selama empat hari untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan (KK) dan Seksyen 393 akta sama.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, tular satu video di media sosial memaparkan seorang wanita yang ditikam oleh seorang lelaki di sebuah kedai dobi layan diri di Kem Sri Pantai, Seberang Takir, Terengganu.

Menerusi video tersebut, kelihatan awalnya wanita berkenaan sedang berjalan di dalam dobi berkenaan sebelum datang seorang lelaki dari arah belakang dan kemudian menikamnya.

Baca artikel berkaitan: Wanita Cedera Ditikam Guna Gunting Di Dobi Layan Diri Kini Stabil, Suspek Diburu Polis

Tikam dan sepak kepala mangsa sebelum lari

Suspek dipercayai menikam mangsa dengan menggunakan senjata tajam iaitu gunting selain turut menyepak kepala mangsa sebelum melarikan diri, lapor Kosmo.

Kesan daripada tindakan suspek turut menyebabkan wanita berkenaan mengalami kecederaan di bahagian belakang badan.

Polis kemudian memaklumkan wanita berkenaan dalam keadaan stabil dan pihaknya masih memburu suspek.

Suspek tikam wanita di kedai dobi layan diri telah ditahan polis

Terbaharu, polis telah berjaya menahan individu berkenaan yang dipercayai terlibat dalam kes tersebut.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Superintendan Wan Mohd Zaki Wan Ismail polis telah menahan suspek yang juga penganggur di Kampung Mengabang Telipit, Kuala Nerus pada 3.30 petang, 1 Oktober.

Suspek dan mangsa tidak mengenali antara satu sama lain

Ujarnya, menerusi siasatan awal dilakukan suspek yang berusia 25 tahun serta wanita berkenaan tidak mengenali antara satu sama lain.

“Suspek kini direman selama empat hari untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan (KK) dan Seksyen 393 akta sama.

“Mangsa yang berusia 31 tahun itu dilaporkan dalam keadaan stabil selepas menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ),” jelasnya, lapor Harian Metro.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.