fbpx
Now Reading
Selepas Bezza Gula, Kini Tular Honda HR-V Pula Rosak Selepas 2 Minggu Dibeli

Selepas Bezza Gula, Kini Tular Honda HR-V Pula Rosak Selepas 2 Minggu Dibeli

Menurut wanita itu, kereta Honda HR-V yang baru dua minggu dimiliki mula mengalami kerosakan selepas pulang dari pusat servis di Gong Badak, Terengganu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pada minggu lalu, media sosial dihangatkan dengan isu sebuah kereta Perodua Bezza yang rosak selepas lapan jam diterima.

Isu itu nyata menarik perhatian ramai apabila pusat servis Perodua mendakwa kereta tersebut mengalami kerosakan di bahagian enjin yang berpunca akibat bendasing seperti gula.

Walau bagaimanapun, isu itu telah berjaya diselesaikan apabila Syarikat Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) bersetuju untuk membeli semula kereta tersebut dengan harga penuh.

Baru sahaja reda, warganet sekali lagi dikejutkan dengan luahan seorang wanita yang kecewa akibat kereta yang baru dibelinya rosak.

Baca Artikel Berkaitan: Perodua Setuju Beli Semula Kereta Rosak Dengan Harga Penuh – Pemilik Bezza ‘Gula’

Kereta Baru Dibeli Dua Minggu

Menerusi perkongsian yang dibuat oleh seorang pengguna Facebook, wanita itu meluahkan rasa kecewa apabila kereta Honda HR-V yang baru sahaja dua minggu diguna telah rosak.

Menurut wanita berkenaan, kejadian bermula pada 2 September 2023, dua minggu selepas dia menerima kereta tersebut pada 26 Ogos 2023.

“Selepas 2 minggu kereta diguna, kereta dihantar ke Pusat Servis di Terengganu untuk operasi servis 1,000 kilometer. Kereta dihantar pada sebelah pagi dan sebelah petang kereta sudah boleh diguna seperti biasa,” tulisnya.

Kereta Rosak Selepas Hantar Ke Pusat Servis

Namun, selepas dua hari keluar dari pusat servis, dia mendakwa keretanya mula mengalami beberapa kerosakan.

Dia kemudiannya menghantar semula kereta tersebut dan masalah itu telah diselesaikan dalam tempoh seminggu.

“Selepas dua hari dari pusat servis, kereta alami beberapa kerosakan iaitu kawalan (controller) lampu depan tidak boleh dilaras, lampu penunjuk pada dashboard berkelip-kelip, lampu kecemasan (emergency light) menyala.

“Kereta dihantar ke pusat servis semula dan seminggu selepas itu kereta boleh diambil,” jelasnya lagi.

Namun, kereta itu sekali lagi mengalami masalah yang sama sehingga dia perlu berulang-alik ke pusat servis disaat dia sedang sarat mengandung.

Foto: Facebook

Pusat Servis Tidak Dapat Kesan Punca, Kereta Dibawa Ke Ibu Pejabat Di Kuala Lumpur

Pada bulan Oktober 2023, dia mendakwa keretanya masih belum pulih. Malah, pusat servis mendakwa ‘tidak dapat mengesan punca masalah kereta’.

Dia kemudiannya sekali lagi menghubungi pusat servis kereta berkenaan bagi mendapatkan maklumat berhubung kenderaan miliknya.

Namun, pusat servis itu masih lagi memberikan alasan yang sama. Malah, dia diberitahu bahawa pegawai teknikal daripada ibu pejabat syarikat kereta berkenaan akan hadir ke Terengganu bagi melihat masalah pada kenderaan miliknya itu.

Ibu pejabat syarikat kereta berkenaan kemudiannya menghubungi wanita itu pada 10 Januari yang lalu dan memaklumkan bahawa masalah keretanya tidak dapat diselesaikan.

Malah, kenderaannya itu juga perlu dibawa ke Kuala Lumpur bagi tujuan pemantauan dan penyelesaian.

Wanita berkenaan nyata kecewa dengan apa yang berlaku terhadap dirinya. Malah, dia turut mendakwa masih perlu membuat bayaran bulanan sebanyak RM1,500 bagi kereta yang tidak digunakan.

Dia turut mempersoalkan tindakan pihak syarikat mengambil masa yang lama bagi menyelesaikan masalah itu.

Foto: Facebook

Dapat Kereta Ganti Sebagai Kegunaan Harian

Menerusi hantaran itu juga, wanita berkenaan ada berkongsi bahawa dia menerima sebuah kereta Perodua Myvi bagi kegunaan harian.

Namun, kerana keadaan kereta Perodua Myvi yang uzur, dia akhirnya mendapat kereta lain yang dikeluarkan oleh syarikat yang sama sebagai ganti.

Foto: Facebook
Foto: Facebook

Hantaran Dapat Perhatian Warganet

Hantaran tersebut nyata mendapat perhatian dari warganet. Rata-rata memintanya untuk membuat laporan kepada pihak berkuasa sama seperti isu yang pernah tular baru-baru ini.

Malah, ada juga yang memintanya untuk menularkan insiden tersebut agar tindakan yang pantas dapat diambil.

Honda sedang siasat dakwaan

Dalam pada itu, Honda Malaysia dilaporkan sedang menyiasat dakwaan pemilik berkenaan mengenai perkara tersebut.

Berikut antara komen netizen:

“Mohon Viralkan, Semoga Urusan Cik Dipermudahkan”

“Design Makin Wow Tapi Kualiti Makin Low Ke?

“Dia Yang Buat Kereta, Dia Kata Dekat kita Dia Tak Tahu Punca, Bukan Suruh Repair Lamborghini”

“Gunakan Kuasa Pembeli, Buat Laporan Kepada KPDN”

“Tak Jumpa Punca Rosak Dalam Tempoh Waranti, Gantilah Kereta Baru Sebijik”

Baca Artikel Berkaitan: Wanita Kecewa Baru Dapat Kereta 8 Jam Dah Rosak, Pusat Servis Dakwa Ada Gula Di Enjin Jadi Punca

Baca Artikel Berkaitan: Isu Kereta Baharu Rosak Selepas 8 Jam, Pemilik Bezza Balas Kenyataan Perodua – “Mana Hitam Putih, Hingga Hari Ini Tiada”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.