fbpx

Wanita Kecewa Baru Dapat Kereta 8 Jam Dah Rosak, Pusat Servis Dakwa Ada Gula Di Enjin Jadi Punca

Selepas tempoh yang diberikan, hasil siasatan awal mendapati enjin kereta wanita berkenaan rosak disebabkan benda asing seperti gula yang terdapat dalam enjin kenderaan itu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Memiliki kenderaan seperti kereta dilihat sudah menjadi keperluan dalam kehidupan kebanyakan individu. Ini kerana ia memudahkan seseorang itu untuk bergerak ke destinasi yang dituju.

Oleh sebab itu, kebanyakan orang sanggup menggunakan sebahagian pendapatan bagi memiliki kenderaan tersebut.

Namun, tidak semua orang bernasib baik memiliki kereta yang elok walaupun kenderaan tersebut baharu sahaja dibeli.

Baru Dapat Kereta 8 Jam, Dah Rosak

Begitulah yang terjadi kepada seorang pengguna Facebook yang meluahkan rasa kecewa kerana kenderaan baru diterima rosak selepas lapan jam.

Apa yang lebih menyedihkan, dia terpaksa membuat bayaran pinjaman sebanyak RM537 sebulan walaupun kenderaan itu tidak boleh digunakan.

“Dah lebih dua bulan, masih tiada jawapan dan tidak selesai. Lagi sedih, saya masih kena bayar bulan-bulan RM537 walaupun kereta masih rosak,” tulis wanita berkenaan.

Menurut wanita itu, kereta berkenaan dibeli dan diperolehi daripada pusat jualan kereta yang terletak di Segamat, Johor kira-kira jam 11 pagi pada 17 Oktober yang lalu.

Namun, keretanya mula rosak dan tidak dapat dihidupkan pada kira-kira jam 7.40 malam hari yang sama.

Foto: Facebook

Pusat Servis Dakwa Enjin Rosak Kerana Gula, Mohon Ganti Rugi Kereta Baharu

Kereta wanita itu kemudiannya dibawa ke pusat servis pada keesokan harinya. Akibat daripada kerosakan itu juga, dia telah memohon agar pusat jualan berkenaan menggantikan kereta yang baharu.

Walau bagaimanapun, dia diminta untuk menunggu keputusan daripada ibu pejabat syarikat kereta berkenaan bagi tempoh dua minggu hingga ke satu bulan.

Selepas tempoh yang diberikan, hasil siasatan awal mendapati enjin kereta wanita berkenaan rosak disebabkan benda asing seperti gula yang terdapat dalam enjin kenderaan itu.

Namun, wanita berkenaan menafikan dakwaan keputusan siasatan tersebut.

“Masalahnya, saya pun tak bawa apa-apa makanan atau gula dalam tempoh lapan jam tu, apatah lagi nak usik enjin,” katanya lagi.

Foto: Facebook

Perlu Mohon Pinjaman Baru Untuk Kereta Baru

Apa yang lebih menyedihkan adalah jurujual berkenaan memaklumkan kepadanya bahawa dia perlu membuat permohonan pinjaman yang baru sekiranya mahu mendapatkan kereta yang baharu.

“Saya kata saya boleh buat hanya lepas dia settlekan loan lama saya dulu. Sebab sehingga hari ni, saya masih bayar loan kereta tu,” tulis wanita itu lagi.

Malah, pada 4 Disember, pusat jualan berkenaan meminta wanita itu dokumen bagi membuat pinjaman kedua. Namun, dia menolak permintaan tersebut kerana pinjaman pertamanya yang belum selesai.

Pada 8 Disember, pihak Khidmat Pelanggan syarikat tersebut dikatakan akan menjalankan siasatan terperinci dan tidak boleh mengemukakan sebarang persetujuan hitam putih bagi menukarkan keretanya dengan yang baharu.

Sehingga semalam (2 Januari), dia mendakwa masih belum menerima sebarang respon daripada syarikat pengeluar kereta berkenaan walaupun telah lebih dua bulan kejadian tersebut berlaku.

Menurut wanita itu, tujuannya memuat naik hantaran tersebut hanya mahu mempertahankan hak dirinya.

Menerusi hantaran itu juga, satu laporan polis telah dibuat pada 18 Oktober 2023 sebagai rujukan kepada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Foto: Facebook

Hantaran Tarik Perhatian Netizen

Hantaran itu nyata menarik perhatian warganet. Rata-rata bersimpati dengan nasib yang dialami oleh wanita berkenaan.

Malah, ada yang mencadangkan agar dia membuat laporan kepada tribunal pengguna dan KPDN bagi membela nasibnya yang teraniaya.

Berikut antara komen warganet:

“Buka Fail Tribunal Dulu, Kalau Tak Boleh Selesai Dua Pihak Baru Naik Mahkamah”

“Gila Apa Suruh Buat Loan Macam Tu Je, Setidaknya Offer La Kereta Sementara”

“Suka Hati Diorang Je Suruh Buat Loan Baru”

“Kesiannya Kak, Beli Kereta Baru Dengan Harapan Tak Risau Kerosakan”

Baca Artikel Berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.