fbpx
Now Reading
Isu Cat Kereta Milik Pelanggan Tercabut Lepas 3 Bulan, MyTukar Beri Penjelasan

Isu Cat Kereta Milik Pelanggan Tercabut Lepas 3 Bulan, MyTukar Beri Penjelasan

Pelanggan tersebut dikatakan telah membayar RM3,000 kepada syarikat MyTukar untuk mengecat keretanya dengan warna baharu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Selain menjaga enjin serta bahagian dalaman kereta, kebanyakan pemilik kenderaan juga mahu memilih warna yang diminati mereka sebelum membeli kereta.

Kalau ada duit lebih, sekali sekali boleh tukar warna cat kereta yang menampakkan kereta anda lebih cantik mengikut citarasa peribadi.

Namun, pengalaman seorang lelaki yang teruja untuk mengecat warna keretanya bertukar pahit selepas berlaku satu isu terhadap kenderaannya itu.


Pelanggan Dakwa Kualiti Cat Kereta Di MyTukar Tidak Berkualiti Selepas 3 Bulan

Menerusi ciapan yang dimuat naik, seorang pengguna X (Twitter @_Faisalismail) meluahkan rasa ketidakpuasan hati terhadap kualiti cat keretanya selepas dihantar ke sebuah syarikat dikenali sebagai MyTukar.

Dalam ciapan itu, Faisal juga memuat naik video menunjukkan keadaan cat di beberapa bahagian keretanya yang sudah tertanggal.

Faisal menceritakan dia memilih MyTukar sebagai lokasi untuk mengecat keretanya kerana mempunyai tawaran promosi pada ketika itu.

Namun, dia agak terkejut selepas didakwa perlu membayar caj tambahan sebanyak RM800.

Tambahnya lagi, kereta mereka yang sepatutnya diterima selepas empat hari mengikut polisi juga telah tiba lewat iaitu selepas dua minggu.

Berdasarkan polisi, kenderaan yang dipulangkan selepas empat hari boleh mendapat ganti rugi sebanyak 50% pada bayaran bil dan mempunyai waranti tiga tahun jika berlaku sebarang kerosakan.

Okey 2 week masih boleh bersabar and dah dapat kereta semua even, we supposedly entitle for free deep cleaning for interior but after complaining baru buat!

Pengguna Twitter Faisal Ismail.

Selepas pelbagai ‘dugaan’ yang berlaku, perkara yang membuatkan mereka lebih bengang adalah kualiti cat kereta yang sudah tertanggal selepas tiga bulan.

Situasi yang terjadi membuatkan Faisal agak kecewa dengan kualiti servis daripada syarikat MyTukar.

Sangat-sangat dissapointed dengan servis dari MyTukar ni! Tak tahu berapa kali nak kena ulang alik hantar kereta, ingat kita banyak masa nak ulang alik?

Pengguna Twitter Faisal Ismail.

Pelanggan itu turut mendedahkan dia telah membayar sejumlah RM3,000 untuk proses mengecat keretanya di syarikat tersebut.

MyTukar Beri Respon Tentang Isu Yang Berlaku

Isu yang berlaku itu walau bagaimanapun telah mendapat perhatian dari pihak MyTukar.

Jurucakap MyTukar memberitahu kepada TRP bahawa mereka telah menghubungi pelanggan terbabit dan akan memperbaiki segala masalah yang berlaku dalam tempoh empat hari.

Kami juga akan menawarkan kereta lain kepadanya untuk digunakan buat sementara waktu ketika kenderaannya sedang diperbaiki di bengkel.

Kata jurucakap MyTukar kepada TRP.

Tambah MyTukar lagi, kualiti servis terhadap pelanggan menjadi keutamaan mereka dan akan menyiasat isu yang berlaku dengan lebih terperinci supaya tidak berulang lagi pada masa akan datang.

Sumber: X (Twitter Faisal Ismail)

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.