myTukar Rai Ulang Tahun Ke-6 Dengan 3 Drama Pendek Untuk Hiburan Pelanggan
Penggambaran tiga buah filem pendek oleh myTukar ini dijalankan sepenuhnya di Malaysia dengan kerjasama pasukan dari Singapura, Thailand dan Korea Selatan.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Percayalah, semua orang mesti suka dengan drama yang bagus.
Oleh sebab itulah myTukar memastikan lakonan dalam drama mereka ini hanya wujud di sebalik skrin dan tidak terjadi dalam kehidupan sebenar menerusi tiga video pendek dengan aksi klise tetapi pengakhiran yang tidak begitu tipikal.
Nantikan draam keluarga Korea Makjang yang mengisahkan tentang tentang cinta sebenar seorang anak lelaki dan ibunya yang tidak menerimanya.
Diikuti pula dengan kisah seram Thai klasik yang akan membuatkan anda menjerit ketakutan apabila mengetahui perkara tersembunyi di hadapan mata di dalam garaj.
Ketiga-tiga drama dari myTukar ini diakhiri dengan kisah cinta tiga segi Hong Kong yang akan membuatkan anda tertanya-tanya tentang pilihan watak utama wanita berkenaan yang terbaik untuk dirinya.
Pertumbuhan Pendapatan myTukar Semakin Meningkat Dari Tahun Ke Tahun
Ketua Pemasaran Serantau Carro Katherine Teo berkata, “Dengan menggunakan minat audiens kami terhadap drama, kami menyamarkan iklan kami sebagai filem bergenre untuk memberitahu mereka bahawa kami hanya menyampaikan drama dari segi iklan sahaja.
“Untuk kereta terpakai berkualiti yang tidak bermasalah (dan tanpa drama!) dan ‘Good As New’, myTukar merupakan pilihan yang pertama.”
Tiga video pendek itu merupakan hasil usaha dari pelbagai negara dan semua penggambaran dijalankan sepenuhnya di Malaysia oleh pasukan dari Singapura dan Malaysia bersama para pelakon dan kru dari Thailand serta Korea Selatan.
Sejak ditubuhkan pada 2017, myTukar telah berkembang dari sebuah kedai lot di Glenmarie dan kini telah diperluaskan kepada lebih 2,600 pengedar berdaftar, 10 pusat jualan, 23 pusat pemeriksaan, 5 bengkel dan 2 pusat baik pulih.
myTukar juga mencapai pertumbuhan pendapatan dari tahun ke tahun sebanyak 85% pada tahun 2022, diiringi dengan pertumbuhan menakjubkan sebanyak 215% dalam sektor jualan runcit.
CEO myTukar Derrick Eng berkata, “Ia merupakan satu penghormatan besar untuk berkembang bersama dengan syarikat ini dan membina penjana pasaran yang bukan sekadar menguruskan pembelian dan penjualan kereta terpakai, tetapi juga menyediakan perkhidmatan utama untuk seluruh kitaran hayat pemilikan kereta yang merangkumi perkhidmatan selepas jualan, insurans, pembiayaan dan waranti lanjutan.
“Kami akan terus mengutamakan kepentingan minat pelanggan dan saya sangat teruja untuk meningkatkan lagi keupayaan kami.”
Syarikat Induk myTukar, Carro Sambut Ulang Tahun Ke-8
Sementara itu, syarikat induk myTukar, Carro juga menyambut ulang tahun yang ke-8 pada Oktober ini.
Ditubuhkan pada tahun 2015, Carro telah berkembang daripada sebuah pasaran kereta terpakai Singapura kepada pasaran kereta terpakai dalam talian terbesar dan paling menguntungkan di Asia Tenggara.
Dengan catatan rekod EBITDA positif sebanyak US$4 juta pada TK2023 dan 4,500 pekerja di seluruh Asia-Pasifik, Carro meletakkan sasaran yang lebih besar untuk tahun-tahun akan datang, termasuk Carro Care, sebuah perniagaan perkhidmatan selepas jualan yang dikuasakan Jardine Cycle and Carriage.
Melihat kembali kepada kemajuan dalam lapan tahun yang lepas, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif, Aaron Tan berkata beliau amat berbangga dengan pencapaian mereka sehingga ke hari ini.
Dengan apa yang Carro telah berjaya capai dalam lapan tahun ini dan saya berterima kasih kepada para pekerja kami yang berdedikasi, para pelanggan setia kami dan juga para pelabur serta rakan-rakan kerjasama kami yang telah membawa kami ke pencapaian-pencapaian ini.
Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif, Aaron Tan.
Sertai Sambutan Ulang Tahun Ini Dengan Tawaran Untuk Pembeli Kereta myTukar Certified
Untuk meraikan ulang tahun mereka, Carro dan myTukar akan menawarkan promosi untuk para pelanggan yang berada di Singapura, Malaysia, Indonesia dan Thailand.
Di Malaysia, myTukar akan memberikan enam buah iPhone terbaharu iaitu iPhone 15 (128GB) bernilai RM4,399 kepada enam orang pelanggan dengan hanya perlu membeli kereta myTukar Certified untuk melayakkan diri menyertai cabutan tersebut.
Tawaran ini hanya sah untuk tempoh terhad sehingga 30 November; tertakluk pada Terma dan Syarat.
Untuk menonton video-video pendek ini, anda boleh melayari saluran YouTube dan Instagram myTukar dan sebarang maklumat lanjut mengenai promosi yang ditawarkan, boleh klik [DI SINI].